Ada Apa Dengan Ensogo Malaysia

Zaman kompetitif hari ini, menjadikan kita sentiasa terkejar-kejar dengan masa. Adakalanya, nak keluar beli barang rumah pun tak sempat. Dengan keadaan lalu lintas yang sentiasa sibuk. Menjadikan satu tekanan buat kita untuk pergi keluar berbelanja. 

Huhuhu.

Tapi bila saya mula "subscribe"dengan ensogo Malaysia, satu portal membeli-belah dalam talian di Asia Tenggara, yang menawarkan pelbagai pilihan eksklusif produk pada harga yang paling kompetitif menjadikan kehidupan saya lebih terurus. Dan yang paling best ensogo sentiasa menghantar emel pemberitahuan tentang tawaran hebat terkini yang ditawarkan oleh laman portal mereka.   



Tawaran produk dan perkhidmatan semuanya menarik dan berbaloi sangat. Dan pastinya tawaran produk adalah dari jenama terbaik dari pengeluar yang terpilih.

Antara lain kenapa saya suka membeli belah dengan Ensogo Malaysia, laman ini juga menyenaraikan produk di bawah "BEST SELLERS", sekaligus membantu saya membuat pemilihan barangan yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung ensogo Malaysia.

Dan jangan tidak tahu, ensogo Malaysia juga menawarkan 10AM FLASH SALES, yang mana bermula 10 pagi beberapa item terpilih dari ensogo Malaysia ditawarkan pada harga runtuh. Bervariasi produk yang sentiasa menjadi tumpuan dan tarikan terutama pembeli-pembeli tegar laman maya.

Saya sendiri tidak mengambil masa yang lama untuk membuat carian dan membeli-belah dari laman web ensogo Malaysia. Sambil-sambil melayan anak di hadapan televisyen, saya boleh mengeksplorasi laman membeli-belah ensogo untuk mencari barang keperluan yang saya kehendaki dan minati. Mudahkan! Semua pembelian hanya dari hujung jari anda :p

Check it out!

Apa yang saya nak dapatkan dari Ensogo Malaysia :=)

1.
Hmmm..antara paling pantang bila berada di rumah, lantai tidak dicuci. Biarpun bukanlah setiap hari saya mengeMOP lantai, tapi sekuramg-kurang 2 hari sekali saya pasti mop lantai untuk memastikan rumah saya sentiasa berkeadaan bersih dan bebas kuman.

Produk dari ensogo Malaysia yang mencuri perhatian saya tentunya SPIN MOP 360 Rotation yang datang sekali dengan bucket. Sangat mudah kerana ianya mempunyai fungsi untuk memutarkan bahagian mop sehingga 360 darjah putaran. Yang paling penting lepas menggunakannya, perkakasan ini mudah dibersihkan.

Dan produk ini diberi potongan diskaun sehingga 74% iaitu dari harga asal RM299, menjadi RM79 sahaja! Berbaloikan :)


2.


Saya juga suka memasak. Bukan hanya kerana ianya dapat menjimatkan perbelanjaan harian bahkan anak-anak saya juga lebih gemar menikmati hidangan yang dimasak oleh ibu mereka. Melihat pada produk periuk ini benar-benar menarik hati saya.

Murah pulak tu!

Dahlah dapat 5 periuk berbeza saiz, diberikan juga rak meletakkan periuk (pan tree). So, memang sangat praktikal untuk kita mengemas utensil-utensil dapur dengan tersusun dan kemas.  Harga yang ditawarkan RM35 daripada harga asal RM119, penjimatan sebanyak 71% disitu.

3.

 Dengan saiz 1.35L, diperbuatkan daripada "tupperware", Tupperware Speedy Chef antara produk yang mencuri perhatian saya. Contohnya jika saya nak buat pavlova, alatan ini sangat membantu untuk saya memukul krim sehingga mendapat tekstur yang dikehendaki, nak buat pancake juga mudah dan banyak lagi. Seumpama chef profesional, saya mampu menyediakan apa jenis hidangan menarik buat keluarga.

Harganya RM165 dan dengan pembelian produk ini membolehkan saya menerima hadiah percuma yang berharga RM60.

4.
 3-tier Slide Out Tower (SOT) antara produk yang memang saya cari selama ini. Biarpun saya sudah mempunyai kabinet dapur, namun saya masih lagi memerlukan ruang untuk meletakkan beberapa barang kering di dapur. Harganya RM49 daripada harga sebenar iaitu RM119, dan kita memperolehi keuntungan sebanyak 59% daripada pembelian ini.

5.
Pisau antara utensil menjadi keperluan untuk memasak. Tapi bayangkan jika pisau yang kita gunakan itu tumpul. Memang kita menjadi stress! Dengan adanya Edge of Glory Knife Sharpener (EDG) sangat membantu saya untuk menajamkan pisau. Rekaannya kompak dan paling penting ianya mampu grip dengan kukuh ketika saya mengasah pisau. Harganya hanya RM18 dari harga asal RM39.

Murahkan!!!

Dan jangan tidak percaya jumlah yang saya belanjakan untuk 5 barangan yang best ini hanyalah RM346 sahaja!!  Percayalah ianya lebih jauh berbaloi dripada kita keluar pergi membeli barangan ini di kedai-kedai luar.

Jimat masa
Jimat tenaga
Jimat minyak kereta
Jimat tol
Jimat segala-segalanya!

Untuk pegetahuan semua Ensogo ditubuhkan pada  tahun 2010 dan Ensogo Ltd juga  disenaraikan di Bursa Saham Australia pada Disember 2013. Sehingga hari ini ensogo memiliki berjuta-juta pelanggan dari Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Keterangan lanjut boleh layari :-


Jom kita shopping sambil relaks tanpa tension di 

Segalanya mudah hanya di hujung jari anda!!

Ada Apa Dengan Ensogo Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 25, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.