Rakan Imaginasi



Uolls..
Pernah tak dengar cerita tentang anak-anak yang punyai rakan imaginasi..
Rakan imaginasi yang pada pandangan mata kasar tidak nampak kewujudannya tapi ianya "äda"dan "wujud"di mata anak...
Saya ada membaca beberape perkongsian artikel di laman web mengenai isu "rakan imagiansi di kalangan kanak-kanak", dan kebanyakan pakar beranggapan ianya hanya ilusi konflik kanak-kanak yang sentiasa membayangkan/mengimpikan yang sebenarnya mereka tidak keseorangan. Punya kawan, punyai teman untuk bermain sama.

Ada juga yang mengatakan ianya tahyul.

Tapi ada juga yang berpendapat "rakan imaginasi"ini sebenarnya wujud, atas sebab-sebab yang sukar untuk dijelaskan. Ianya lebih kebolehan kanak-kanak itu melihat jauh dari apa yang sepatutnya. Setengah orang memanggilnya dengan keadaan "hijab pancaindera istimewa yang terbuka".
Anak nombor 2 saya, My Yana punyai rakan imaginasi yang agak ekstrem semasa dia kecil. Melalui pengamatan saya, Yana jarang bermain dengan abangnya Anaqi tetapi lebih suka bermain disebelah almari, belakang langsir, belakang pintu atau didalam bilik yang tiada orang.

Dia akan ketawa.

Dia akan bercakap mesra.

Kadang2 dengar die membebel marah..

Dia juga pernah menangis. Katanya bergaduh dengan si XXX...


Saper itu XXX?

Saya banyak kali cuba untuk mengorek rahsia siapa sebenarnya rakan imaginasi My Yana...

Banyak kali...

Seingat saya, antara jawapan yang pernah saya dengar dari My Yana...

"Kawan Yana ikat rambut dua..."
"Kawan Yana tak suka mummy..."
"rumah kawan Yana jauhhhhhhhh"


Banyak lagi...

Ada pernah juga saya rasa takut.....

Sampailah satu usia yang mana, ketika itu waktu maghrib saya melalui satu pokok (di Mahallah Aisyah) untuk ke Mahallah Zainab (ketika itu saya merupakan fellow, sedang bertugas). Otw ketika berjalan, My Yana pegang tangan saya kuat gila. Dia cakap, mummyyy...takutlaaaaaa....ada kakak rambut panjang, muka putih takde pape,..nose takde, mulut takde....die panggil Yana.. (macam melambai2)


Ok...dem...

Saya tanya pendapat dengan rakan fellow saya, so ada doa dan minta nasihat/penawar ngan ustaz kat UIA. 

Dan sejak usia 6 tahun, my Yana membesar seperti kanak-kanak lain...

Tiada lagi rakan imaginasi...

Yang penting hijabnya sudah tertutup....

Pssst:

Sedikit perkongsian bagi mereka yang anaknya mempunyai imaginasi.
1. Kena sentiasa pantau anak
2. Kerap bermain dan berbual dengan mereka
3. Sentiasa menunjukkan yang anda benar-benar sayang dan perlukan mereka dalam kehidupan..


Rakan Imaginasi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 18, 2016 Rating: 5

6 comments:

  1. Seram pulak baca. Tp masa sy kecik dulu mak sy cote sy pun cm ada pengalaman gini huhu.. Tp sy xingatla :p

    ReplyDelete
  2. ayuuuuuuu! kaksu seram pulak baca. hope shein nanti jangan la ada imaginary friend.

    ReplyDelete
  3. Anak sy umo 3 thn skrg ni ada kwn imaginasi.. mcm ank u, dia slu bckap dgn kwnnya tu.. tp biasanya bila dia dgn sy atau dia sorg2 je dia 'sembang' dgn kwn tu.. bila sy tya dgn sapa dia bckp, ank jwb kwn sy.. tp x sure la ni imaginasi ke apa... ank sy no 2 pun pnh mcm tu msa umo dia ni.. skrg da 8 thn, xde da sy nmpk dia bckp dgn 'kwn' tu...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.