Bergaya Dengan Cara Anda Bersama YFS!

YFS Concept Store ditubuhkan pada tahun 1980 yang mana cawangan pertamanya terletak di Johor pada ketika itu. Sehingga kini terdapat 50 outlet YFS dengan 500 pekerja keseluruhannya. YFS adalah singkatan kepada Young, Fabulous dan Sassy menawarkan pelbagai rekaan pakaian yang ranggi dan terkini  memenuhi citarasa muda-mudi hari ini.

Pelancaran pembukaan terbaru telah diadakan di IOI Mall yang mana pihak YFS telah menjemput beberapa rakan media dan blogger bersama-sama meraikan kejayaan terbaru dari YFSCorp. 

Acara wajib, ketika sambutan CNY ~Yee Sang!!! Secara ironinya membawa maksud "membawa kebaikan, dan kekayaan".... :=)

Majlis bertambah meriah dengan adanya acara "Tarian Lion Dance"...

Turut serta diacara ini ialah "The Monkey King"
Kemunculan Monkey King dan juga Lion, membawa maksud semangat juang, membawa tuah, moga tahun baru kali ini beri lebih banyak öng!


Amboi Amir dan Sab bukan main seronok nak pegang Lion ~untuk lebih Ong! ya hehehehe

Majlis dihoskan oleh Sab si cantik manis yang begitu semangat dan teruja mengalu-alukan kedatangan para media ke majlis ini.

Seterusnya CEO YFS Concept Store, Mr. Nicholas Chong turut berkongsip tentang inspirasi gaya yang dibawakan oleh YFS yang mana sangat menekankan citarasa orang asia, mengikut rekaan dan juga saiz.


Bertemakan konsep "Style It Your Way With YFS", rata-rata rakan media yang menghadiri juga teruja dengan penerangan tentang cara pemilihan rekaan baju dan warna dari pihak YFS.

Selain dari label YFS itu sendiri terdapat jenama label lain yang turut dipasarkan di outlet YFS Concept Store, antaranya seperti American Denim, AD Jeans, AD Kids & Mikayla.

Ok, jom kita lihat antara beberapa koleksi yang menarik yang terdapat di YFS Concept Store:-

AD Jeans
Seluar jeans berkualiti tinggi untuk lelaki dan perempuan. Dikeluarkan dalam pelbagai potongan dan warna yang menarik.




YFS Concept
Yang ini antara koleksi pakaian yang paling ditawarkan. Pelbagai jenis rekaan mengikut kesesuaian acara dan minat pembeli itu sendiri. Memang rambang memilihnya terutama dari segi koleksi "blous"dan jaket yang cantik. Terdapat koleksi untuk perempuan dan juga lelaki ya.

Jadi kita boleh pilih apkaian samada ianya kasual, pakaian ke office ataupun majlis santai serta perayaan.













AD Kids & Mikayla

Koleksi istimewa buat kanak-kanak yang direka secara esklusif untuk mereka agar tampil lebih bergaya.





Aksesori
Selain daripada pakaian, terdapat juga aksesori yang ditawarkan pada harga sangat berpatutan, pada kualiti yang terbaik jauh lebih murah dari pasaran. Antaranya seperti beg tangan, topi, rantai, gelang tangan, cincin , shawl dan banyak lagi.






Terdapat juga kemudahan "fitting room" yang luas dan agak banyak, bagi membolehkan pengunjung mencuba terlebih dahulu pakaian yang mereka minat sebelum membeli.
Kaunter pembayaran juga banyak dan luas. Jadi memberi keselesaan untuk mereka yang datang berbelanja untuk membuat pembayaran.

Sepanjang majlis pembukaan turut diadakan sesi make over, yang mana para media boleh minta untuk di tata riaskan oleh jurumekap yang dijemput.

Dan kami juga diberi peluang mencuba pakaian di sini, seterusnya diambil gambar dan dimuat turus ke akaun instagram tag YFS. Bagi penerima LIKE tertinggi akan mendapat hadiah dari pihak YFS! Best giler (oh yaa tahniah Ateen sebab berjaya menjadi pemenang untuk mini peraduan ini)

Potongan yang sangat kemas dan selesa!

Terima kasih YFS Concept Store atas pakaian yang menarik ini buat anak dan suami tercinta!!!

Nak habaq maiii...
Ada peraduan ni..
1. Hanya perlukan anda menggayakan pakaian dari YFS Store
2. Upload ke FB dan jangan lupa tag--> https://www.facebook.com/YFSConceptStore
3. Minta kengkawan LIKE gambar anda
4. LIKE paling teringgi bakal menerima barangan RM300 dan 10 yang tertinggi dalam senarai bakal menerima produk YFS bernilai RM100.
5. Faitiiiiiiiiiiiiiii...jangan lupa sertai ya!!!


Keterangan lanjut boleh layari:-

insta: @yfsconceptstore

"Style It Your Way With YFS
Bergaya Dengan Cara Anda Bersama YFS! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 05, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.