Apa Yang Saya Rembat di Karnival Karangkraf 2016

Karnival Karangkraf kali ini katanya lebih meriah daripada biasa. Selain daripada harga runtuh yang ditawarkan oleh pihak Karangkraf, kemunculan artis-artis terkemuka tanahair serta pelbagai aktiviti buat pengunjung antara yang menjadi tarikan untuk mereka yang datang ke karnival.

Buku cerita kanak-kanak yang bermula dengan harga RM1, novel-novel lama yang bermula RM3 dan banyak lagi yang benar-benar mencuri perhatian saya. Saya juga sememangnya menantikan karnival ini untuk melanjutkan langganan majalah, memandangkan saya pembaca majalah tegar hampir ke semua majalah Karangkraf. Tapi untuk kali ini, saya hanya menyambung langganan Majalah Keluarga memandangkan majalah ini sudah lama tamat tempoh langganannya iaitu bulan Julai tahun lepas :P

Yang paling best, tawaran hadiah yang ditawarkan oleh kebanyakan majalah untuk set-set kombo.

Ok, yang "grab"promosi yang ini. Sebabnya ianya menawarkan majalah terbaru Karangkraf dan juga dengan pembelian  3 majalah ini pada harga RM35 saya akan memperolehi 3 helai shawl dari benang Hijau dan juga Sincerelybyus Exclusive Hijabista!

Saper tak nak kan!!!!

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Hasil rembatan saya untuk 30 minit, hari Jumaat lepas. Datang pukul 4.10pm dalam 4.40pm saya dah balik :-)
Saya sambung langganan Keluarga dapat set Cadar dan Comforter (hadiah ni saya yang pilih), buku cerita anak2 saya (dia orang yang pilih) dan juga beberapa set kombo RM35, untuk kawan-kawan yang mengirim dan saya juga!


Cuba tengok kaler yang ditawarkan!!!
Banyak giler kan...
Rambang mata saya nak pilih :p

Semua ni dah ada pemilik masing2....

Seronok tau beli membeli sesuatu yang murah dan berbaloi..

Ai kann is maknyer Shin Chan :=)

psssssssssssssst: Hari ni last sampai kul 10 malam...rasa nak repeat pergi balik je malam karang, kahkahkah
Apa Yang Saya Rembat di Karnival Karangkraf 2016 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 28, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.