Penyampaian Hadiah Cerita Pendek AEON - Gue Antara Pemenang!

Sempena dengan Ulangtahun ke-30, AEON telah menganjurkan satu peraduan online yang bermula pada 28 April 2014 dan berakhir pada 13 Jun 2014. Peraduan ini adalah bertujuan ini memberi peluang kepada para pelanggan AEON untuk berkongsi pengalaman mereka bersama AEON.
Menurut Puan Nor Laila Mohd Samin, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Penjenamaa AEON CO. (M) Bhd, AEON sendiri mempunyai falsafah untuk mempertingkatkan gaya hidup para pelanggan AEON, dan melalui peraduan yang dianjurkan, pihak AEON sekaligus dapat meneyalami kisah-kisah menarik bersama AEON.

Yang menariknya cerita-cerita daripada pemenang diadaptasikan ke dalam sebuah drama pendek yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha (pemenang Anugerah Skrin 2013 yang juga pengarah dan penerbit filem KIL). Drama yang diberikan tajuk "Hani-Bee" akan bersiaran pada 15hb September pukul 10.30malam di TV9. Oitts tak sabar ai nak tonton, ngeeeeeeee.


Cam biasa pemenang saguhati naik dulu atas penta smenerima hadiah. Ai memang tak berdebar langsung since cam dah dapat hidu jer menang saguhati, hahaha. Kalau pemenang utama sah-sah memang kena paksa datang. Tapi ai dijemput dan dengan rela hati untuk datang, kih kih. Tapi cam boleh kalut dalam debaran menunggu nama kena panggil, boleh masa berjalan ke pantas tersandung kerusi ler, tayar stroller ler hahaha... Ececece cam panik dan gelabah buat terkezut2 gitew... :p

Yang paling kelakar, sebab ai tolong amik hadiah beberapa rakan yang tak dapat menghadiri, so keraplah naik ke pentas. Siap dalam hati, ai cam nak cakap ngan abe kameraman, "Abang amik sekali jer gambar saya, erkkk " takpun "abang dalam banyak gambar yang amik, abang choose yang paling cun untuk disimpan dalam majalah AEON ya, giteww"..hahahah..Sebab ai datang selebet ari tu...
 Ini adalah pemenang utama...

Hadiah utama dimenangi oleh Adriana binti Adam dari Johor yang memenangi baucer AEON RM300 selama 30 bulan (so total RM9,000) dan kad keahlian AEON percuma selama 3 tahun. Apa yang menarik mengenai kisah pemenang ini ialah beliau hampir melahirkan anak nombor 3 semasa membeli-belah di AEON Tebrau City. Dan Adriana mengucapkan terima kasih kepada staff AEON yang memberi bantuan segera dengan menghantarnya ke hospital berhampiran. Beliau akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki.

Pemenang kedua dimenangi oleh Sakila Mohd Yahya turut dari Johor dengan kisah blind date bersama suaminya pertama kali di AEON. Beliau membawa pulang voucher RM300 selama 20 bulan (RM6,000) bersama kad keahlian AEON percuma selama 3 tahun.

Tempat etiga dimenangi leh Rohila Hamid dari Kedah dengan hadiah baucer membeli-belah RM300 selama 10 bulan (RM3,000) dan kad keahlian AEON percuma selama 3 tahun.

Dan pemenang saguhati mendapat voucher RM300 beserta kad keahlian AEON percuma selama 3 tahun.

 Dari 178 penyertaan, 30 pemenang. OKler...heheh takde pembeliaan diperlukan. Hantar online jaaa...
Semua pemenang bergambar keriangan...
Erkk paling riang takpa paksaan opkos pemenang utama... :p

I like goodie dari AEON, cun banget buku ada sticky note tu..

Hadiah ai bersama kengkawan yang mengirim...

Apapun TQ AEON!!!
Bolehlah 300 voucher ni gue kasi setel baju sekolah anak tahun depan :)
Penyampaian Hadiah Cerita Pendek AEON - Gue Antara Pemenang! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 12, 2014 Rating: 5

7 comments:

  1. congrats ayu!
    tq tau sb tlg amik hadiah i ;)

    ReplyDelete
  2. patut la nampk kak ayu dalam berita malam tadi! rupanya utk ini :)

    ReplyDelete
  3. lawka la cite ayu sbb byk kali kena naik pentas amik utk kwn2 ye...anyway tahniah...voucher aeon mmg best sbb tkde expired

    ReplyDelete
  4. wah RM300 nice to spend :D

    http://mykidshopping.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Tahniah Ayu!!!!

    minta favour sukakan blog anak Miera pls
    Dia baru start blog...
    http://cutiemonkee.blogspot.com

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.