#MainPlaceBigCatch : Outlet Fish & Co Terkini Memperkenalkan Menu Kanak-Kanak Yang Pasti Digemari

Wawawawawawa..memang wawawawa..
wa sangat excited!

                             
Apatah lagi berpeluang membawa satu famili (ahem ahli famili ai kan ramai, haha) makan-makan di Fish & Co bersama rakan lain. Istimewanya kali ini, kami akan diperkenalkan menu baru khas untuk kanak-kanak di outlet terbaru mereka iaitu di  Fish &C Main Place USJ.
Pendaftaran jemputan dibuka seawal 11.00pagi. So, tibanya ai sefamili di sana memang sudah kelihatan beberapa rakan media dan bloggers. Di meja pendaftaran kami disapa ramah Junee selaku tuan rumah. I was like "yeayyyy, finally dapat juga bertemu dengan Junee!"

Kids' Baits dan Hidangan Terbaik Fish & Co

Sebelum ai bercerita tentang keseronokan kami berada di sana.
Meh ai kenalkan antara menu famous, terbaru dan menu khas buat kanak-kanak..

Macam-macam ada ikan, udang dan sotong..........bersama fries yang menimbun :=)

Saya memang peminat seafood! Dapat merasai segala hidangan yang dikombinasikan dala satu platter memang menarik, nom nom nom
Untuk menu kanak-kanak "Kids' Baits" dengan harga Rm8.95 bagi setiap hidangan sememangnya sangat berbaloi dengan kelazatan hidangan yang dipertaruhkan.

Bagi yang gemarkan nasi dalam hidangan, di Fish & Co turut memperkenal  set Golden Coral yang mempunyai nasi sebagai hidangan utama.

Kanak-kanak mana yang tak suka spaghetti? Hampir semua kanak-kanak menggemarinya. Jadi sekiranya anak uolls sukakan spagehetti bolehleh cuba "Pirates Treasures".

"Treasure Trove"- ada nugget dan fries, menu yang sememangnya digemari si kecil..

Captain Hook!! Crispy fish n fries dalam pan...walaweh yummy in my tummy

Perasmian, Keseronokan Dan Kekenyangan!

Ucapan kata aluan oleh Junee dan perasmian oleh Cik Charmaine, sebelum acara santai makan-makan bersama media dan keluarga. Biarpun ringkas, namun saya dapat rasakan pembukaan Fish & Co di The Main Place sememangnya sangat dinantikan oleh penduduk setempat di sini.

Pembukaan secara rasmi outlet Fish & Co di The Main Place, hoyeh hoyeh

Memandangkan media dijemput bersama keluarga. Terdapat beberapa aktiviti khas disediakan buat kanak-kanak.
Antaranya seperti aktiviti mewarna. See betapa gigihnya Dedet menolong anaknya mewarna, hahaha. It's bonding time uolls...masa bersama keluarga terutama berhujung minggu di Fish & Co memang terbaek uollls!

Sand Art time! Antara menjadi feveret kanak-kanak. Menguji kekreatifan mereka menggunakan pasir berwarna seterusnya menghias gambar yang dipilih.

Face Painting! Alololo mak dier yang hover teruja.

See my Amani dengan bunga di sebelah kiri, dan rama-rama di sebelah kanan pipi. Kiut tak, ahaks.

Dragon katanya..hahah ai nampak cam belut di tangan Afiq, heheheheh


Akid bersama "black widow"..

Selain kehadiran "clown" yang menghiburkan, maskot LALA yang super kiut juga menarik perhatian.

My Ameer bersama pistol ajaibnya...kejap ada kejap pecah sebab kena gigit, aishhh

Acara yang dinanti...makan makan makan...sampai pengsan kenyang! 

Ai makan ni ajer...sedap dan kenyang!!!

Selain dapat gather-gather bersama bloggers bertaraf mak-mak. Berbual kosong, makan makanan yang enak-enak, kami juga sempat juga berposing sakan di photo booth yang disediakan

Klasik giteww...terasa ai bergambar kat kontena di pelabuhan, ekekeke.

Ni muka-muka yang suka gambar biarpun tak berapa fotogenik :p


Ai ai kapten!!
Many thanks Fish & Co kerana menjemput kami seisi famili,
Merasai sendiri kehebatan hidangan yang lama dan yang terkini,
Antara restoran terbaik harus dikunjungi repeat berkali-kali,
Layanan efisien, hidangan bervariasi, dengan harga mampu dimiliki errk dibayari, hehe

Jom LIKE https://www.facebook.com/fishncomy untuk informasi terkini dari Fish & Co!

#MainPlaceBigCatch : Outlet Fish & Co Terkini Memperkenalkan Menu Kanak-Kanak Yang Pasti Digemari Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 24, 2014 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.