Pengalaman Pertama My Ameer Ber-Baby-Spa

Saper yang tidak suka berSPA kan..
Sesi memanjakan diri sambil relax-relax..
Begitu juga dengan si comel kita, bila dapat diberikan sentuhan dan belaian yang esklusif di SPA, bukan sahaja memberi keseronokan kepadanya bahkan dari sudut psikologi dan perubatan ianya baik dan sangat disyorkan!

Ok, bila saya diberi peluang untuk membawa my Ameer merasai sendiri terapi dan perkhidmatan baby Spa di Giggling Jellyfish memang saya tidak lepaskan. Apatah lagi lokasi baby spa ini terletak di A-3A-10 Ativo Plaza, Persiaran Perdana (Damansara Avenue), Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia yang sememangnya sangat mudah untuk mendapatkan parking tempat letak kereta. Siyes uolls, sangat mudah!**

Sebelum saya kongsikan pengalaman My Ameer, meh kita tinjau dulu apa yang menarik terdapat di Giggling Jellyfish Baby Spa..

Kemon..Kemon..

Keluasan sederhana ya tapi tetap selesa...
Selain daripada terdapat kemudahan asas seperti bilik air dan bilik menyusu disediakan.
Terdapat juga sudut bersantai untuk keluarga yang menemani. Dan biasanya golongan bapa paling suka "lepaking" disini sambil  melayan karenah-karenah anak yang lain :)
Kolam mandian terapi juga disediakan mengikut keperluan dan kesesuaian bayi..
Ini adalah "private room" yang sangat tenang didalamnya..Yesza memang serius, dengan keadaan lampu yang boleh dimalapkan bersama saiz jakuzi yang sederhana besarnya memang sesuai ruang ini digunakan untuk seisi keluarga. Nota: Untuk jakuzi ini hanya sesuai untuk seorang ibu-bapa-bayi.
See... see betapa syoknya berada dalam ruang "private room" ini...
Ini pula kolam khas untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas...
Dalam kolam ini terdapat beberapa permainan yang sesuai dimainkan dalam air seperti bola, ikan dan lain-lain.

OK..
Meh saya kongsikan pengalaman my Amer selama 1 jam di Giggling Jellyfish spa :)
Sebelum aktiviti "hydrotheraphy" dimulakan.
Suhu badan anak akan diperiksa terlebih dahulu.
Sekiranya badan anak melebihi suhu 37c, alatan ini akan mengeluarkan signal warna merah.
Tandanya anak kita "DEMAM" dan tidak boleh melakukan sesi SPA pada hari tersebut.

See suhu my Ameer :)
So boleh berSPA!!
Di satu sudut juga trdapat ruang menukar pakaian bayi/anak..
Disediakan juga pampers khas untuk bermain air (kalis air)

Sebelum sesi hydrotherapy dimulakan, senaman ringgan akan dilakukan ahli therapist kepada bayi kita. Ini bagi mengelakkan bayi kita "cramp" ketika berada didalam air..
Syok, betul my Ameer bersenam time ni..

Siap ada pergerakan dan kiraan..1 dan 1..2 dan 2..., mak dier kat tepi pun gigih mengira bersama therapist...


 Ni regangan otot namanya..


Masa pun tiba..
Nak berendam ya...
Menggunakan konsep "hydrotherapist" yang mana mampu menguatkan otot-otot si kecil. Dengan membiarkan mereka membuat kawalan dengan memberi tindakbalas dan rangsangan dalam air.

Saat my Ameer dilepaskan.
Untuk proses ini biasanya mengambil masa sehingga 30 minit..
Tapi ianya bergantung kepada bayi kita ya..
Untuk pertama kali hanya 20 minit maksimum, sesi kedua 25 minit dan sesi seterusnya boleh mencapai 30 minit...
My Ameer yang sangat cool semasa diletakkan didalam jakuzi..
Serius jer muka, hahaha
5 minit kemudian, air mula ada berombak sedikit..
Dan disini kita akan dapat melihat bagaimana bayi kita respon dan bertindak-balas dalam air..
Kaki dan tangan beliau..seolah-olah mahu berenang tanpa diajar..
Secara dekat dan jelas, kaki bayi mula menyentuh dan mencari permukaan dasar..

Untuk pengetahuan uolls, essence oil dan produk terapi yang digunakan di Giggling Jellyfish Spa adalah dari jenama herba yang terbaik khas untuk bayi.

Contohnya massage oil untuk bayi yang digunakan menggunakan herba yang mengandungi essence lavender dan charmomile, sekaligus ianya memberi ketenangan kepada bayi yang diurut..
Wah...masa mengurut memang besh...
Apatah lagi setiap sentuhan urutan, therapist juga sering berkomunikasi dengan bayi..
Erkkk my Ameer duk sibuk menjeling baby Sofea kat sebelah..amboiii
Saya banyak belajar terknik mengurut disini, terutama di bahagian tapak kaki dan perut...
Begitu juga urutan dibahagian belakang..
Memandangkan my Ameer baru sahaja disusukan, maka untuk diurutkan d bahagian belakang tidak boleh dibaringkan.
Untuk pengetahuan uolls, therapist-therapist disini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang fisio kanak-kanak. So saya memang puas hati :=) sebab banyak ilmu yang dikongsi selain daripada melihat sendiri bagaimana mereka menjalankan aktiviti terapi bersama bayi kita.
Pakej yang ditawarkan juga berbaloi-baloi..
Uolls boleh cikedaut kat sini..
Dan sempena dengan pembukaan, ada promosi beli satu sesi (urut dan mandi) dapat 2 lagi sesi FOC! Pehhhhhh!

My Ameer bersama kakak therapist Bella..
Sama-sama comey!!

Dan pastinya saya akan membawa Ameer ke sini lagi :=)
Jangan lupa ya uolls, ianya dibuka dar pukul 10 pagi sehingga 7 petang..

Untuk tempahan..
Phone +603 6262 6762 / +6012 383 1735
Email info@gigglingjellyfish.com

Keterangan lanjut boleh layari..
Pengalaman Pertama My Ameer Ber-Baby-Spa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 18, 2014 Rating: 5

6 comments:

  1. syiok nyer baby ameer kena urut sebelah awek :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya jadi baby.. Dibelai2 dimanja2.. Nanti ada baby nak bawak gi sini.. Mudah2an murah rezeki utk ada baby sendiri.. Amin..
    Btw, saya dah nominate awk dalam award nih -- LIEBSTER AWARD!
    Jemput join! ^^,

    ReplyDelete
  3. mz- mmg beshhh

    illy- cute kan baby sofea :)

    rosmiza- wah ai dicalonkan hehe.

    ReplyDelete
  4. Wah bestnye..selalu pegi ativo xtau pun ada babyspa :)

    ReplyDelete
  5. Nice to read your article! I am looking forward to sharing your adventures and experiences. pannolini neonato

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.