EXTREME Challenge Di Sunway Lagoon! | Memang Seronok!!

Saya sebenarnya menyertai saat2 akhir. Itupun Dyat yang beria ajak. Saya hantar gambar eXtream yang rasanya tidaklah seberapa eXtream, hahaha. Tapi ianya disebabkan pemilihan seratus peratus oleh juri dari Sunway Lagon dan Nestle Drumstick so akhirnya gambar + caption dari saya pun terpilih. Mula-mula dapat tahu terpilih rasa eXcited jugak tapi dalam hati nerbesnya. Extreme beb kalau takde bungy jump mana sah keExtreman diri anda, hahahaha.

Pukul 8.45 pagi saya dah gerak keluar dari rumah. Singgah LRT Asia Jaya amik Devi terus straight ke Sunway Lagoon. Sampai disana bertemu dengan 20 peserta yang akan menyertai sama(10 pasukan = 2 orang untuk satu pasukan). Dan saya dapat satu team dengan adik Ridzwan dari Proton :)

Ada 8 task semuanya:
*gambar kredit dari Mr Goggle
Paling syok dapat main ATV challenge. First time saya naik ni wooo.  Nampak senang tapi susah jugak nak handle, paling tak boleh lupa masa kena turun curam yang agak tajam, pehhh hampir2 saya nak terbalik. Itu belum yang saya terbabas melalut tak ikut trail, hahahahaha. Bukan setakat kena bawa ATV tapi kena kira juga bendera di sepanjang trail yang disediakan.
*gambar kredit dari Mr Goggle
Ada Bungy Jump, kena terjun kat tengah jambatan gantung di Sunway Lagoon itew. Saya ni kan spesis gayat tapi semangat berpasukan begitu menebal sampai sanggup tu berlari2 anak ke tengah2 jambatan semata-mata nak beri sokongan kepada rakan pasukan dan juga my fren Devi. Lepas dowang dah terjun saya kena patah balik sowang masa tu kan, rasa nak merangkak jer. Tuhan jer tahu. Menggigil kaki :p siap saya genggam sampai hancur kertas task konon2 takut saya panik dan kertas itu kebarangkalian terjatuh. Poyo abis!
*gambar kredit dari Mr Goggle
Flying Fox, ni pun punyalah bersemangat saya nak lakukan bila dah tiba masanya saya siap pusing balik badan kat marshal tu "Cop2 tak jadi bagi kawan saya dulu boleh?" Terus jer marshal tu tolak saya tanpa perasaan simpati. Takleh blah, hahahaha. Dahlah satu tangan kena pegang belon dan harus mencampakkan belon di tengah-tengah kolam (ada petak khas). Saya siap terpusing2 kat situ. Tapi memang FUN lah first time main ,hahaha. Kalau owang lain Flying Fox dah biasa tapi saya nilah pertama kalinya :)

Lepas tu ada kena main go-kart. Pusing 10 laps dalam masa 5 minit. Weh saya tak tahulah apsal keta go-kart itu bukan untuk owang pendek macam saya. Siyes tak sampai. Terpaksa saya lenjur kaki  sampai punggung dah ke depan dan saya dapat duduk sipi jer. Tekan minyak punyalah payah. Dan saya bawa slow jer - mengikut undang2 bak kata Marsyal Go-Kart, hahahaha.

Main kayak. Adeh, ni pun pertama kali saya buat. Punyalah nerbes masuk dalam air. Ridwan jerit ke kiri ke kanan saya dah takleh fokus. Kena pusing buat angka lapan (jauh jugak!) dalam masa 4 minit dan kami berjaya melakukannya :)

Paint Ball challenge- Kena tembak bola pingpong sepuluh peluru, 3 bola mesti jatuh. Kitaorang failed bab ni. Susah beb sakit mata saya teropong guna senapang pendek tu. Kalau tahu saya praktis main game "counter strike" kat umah dengan Anaqi dulu, hahahaha.

Redbull challenge- wooots memanah. Saya panah semua tak kena kat pusat. Paling besh satu terpanah kat board owang lain, hahahaha. Tapi teamate saya Ridzwan dapat shoot 3 anak panah di tengah2 so dapat BONUS point kat situ :)

Challenge LAST ni ramai yang tak sempat buat, hanya satu team jer yang dapat buat. Dia macam main dalam air. So tak sure macamana bentuk cabaran dier :)
Ni antara peserta lelaki yang hadir. Dowang ni semuanya memang sempoi dan gila2. Memang BESH lah dapat kenal :)
Antara wirawati2 yang  berjuang pada hari itu. Kitaorang ni semangat yang lebih kalau dari segi penampilan bukan calonlah sebagai antara pemenang. Saya siap cakap ngan Devi sebelum acara start " I aim for the hamper only!"
Tapi alangkah terkejutnya bila diumumkan pemenang - team saya dapat no. 3. Masa ketua Marshal menyebut team E sebagai pemenang no. 3. Saya macam boleh tanya die balik E for Elephant is it?  Mana tahu G, B ke? Malu karang melompat2 sakan lepas tu salah nombor grup pulak.

Dan team Devi no 1, manakala team Mohd Husin (brother yang saya jumpa masa Cabaran Mountain Dew) no. 2. Ekceli  kalau tengok mata task kitaorang lebih kurang semua sama 6 + 1 tapi silapnya saya hand over kertas task tu lambat sikit dari team Mohd Husin. Berangan siot nak dapat TAB :) Dapat set kamera lamo pun OK gak. Even hadiah hamper RM200 (conso winners)  + goodies bag RM120 (setiap peserta dapat) dahpun BESH kalau memiliknya!
Apapun saya begitu eXtream hepi sebabnya saya tak sangka saya boleh melakukan semua aktiviti di situ. Semua aktiviti yang dilakukan merupakan pengalaman pertama kali saya buat saya. Saya bukanlah seorang yang HEBAT tapi lebih kepada BERSEMANGAT. Saya mahu lakukan dan saya sukakan CABARAN. Walaupun saya ni GAYAT dan PENAKUT  dan selalu juga kena bebel ngan Encik Hubby sebab saya terlalu fobia dengan tempat tinggi. Tapi jauh dalam hati saya memang dah pasang niat "Apa sahaja yang dilakukan buat yang terbaik buat diri dan nikmati keseronokan apabila peluang itu ada!". That's it!

p/s: Thanks to Devi and Mohd Husin for the pic ya!

EXTREME Challenge Di Sunway Lagoon! | Memang Seronok!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 27, 2011 Rating: 5

10 comments:

  1. wow tgk pon sgt seronok

    ReplyDelete
  2. wow...me salute u. i bukan extreme person....

    ReplyDelete
  3. gile tabik spring spring spring dengan you!! i tak mampu buat semua ni

    ReplyDelete
  4. bestnya..
    tahniah dapat buat semua task..
    me mungkin bungie jump tue takut sikit kot sebab tak pernah buat..
    yang lain dah pernah..

    ReplyDelete
  5. mak aiii! 5 anak bleh lagi buat xtream challenge terterrernya!

    ReplyDelete
  6. hebat2, xper,bdn u slim mcm anak dare sure bedesup je buat,hehehe

    ReplyDelete
  7. i lioke. tp keadaan yg x mengizinkan. hu3

    ReplyDelete
  8. Wow..caya la..
    Kuat sungguh semangat sis

    ReplyDelete
  9. kalau ila dah pancit ne..mmg tabik kat kak ayu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.