Entri Tertunggak | Besday Anaqi dan Hadiah Dari Saya!

24 Disember 2011, genap sudah 10 tahun usia Anaqi. Saya takdelah rancang buat besday party memandang sibuk menguruskan persiapan anak2 ke sekolah selain dari keluarga MIL yang datang bercuti ke KL. Tapi sempatlah saya sediakan tart buahan (gambar ntah mana), choc lolipop dan brownies oreo cheese :)
Brownies yang dibuat jadi agak keras setelah disejukkan didalam peti sejuk. Payah sangat nak bawa kuar dari talam terus jer saya suruh Anaqi decorate sendiri kek browniesnya itew. Mula2 ingat nak buat oreo cheese cake tapi lupa nak beli whipping cream so terbantutlah nak buat kek kegemaran Anaqi. Tak pe lain kali mummy buat ya :)
Dan semalam ketika saya dan anak2 bersiar2 di MV, Anaqi begitu beria mengajak saya singgah ke Butik Tropicana Life. Dengan bersungguh Anaqi meminta saya membeli beg sekolahnya di situ. Tak nak dah memakai beg troli Ben 10 dan segala karektor kartun memandangkan beliau merasakan sudah tidak sesuai dengan umurnya memasuki 11 tahun (tahun 2012).

Beg kat Tropicana Life rekaan die agak gila2 dan terlalu meriah - sesuai kot dengan jiwa remaja. Tapi saya lebih sukakan benda2 yang simple. So saya mencadangkan beg diatas memandangkan Anaqi dah tak reti nak membuat keputusan sebab rambang mata. Jenis anak yang mengikut ajer so tanpa banyak soal Anaqi setuju dengan pilihan saya. Selain rekaannya simple, keluasan beg ini agak besar berbanding beg2 lain di situ + harganya lebih murah, hik hik.
Dan juga wallet Tropicana Life. Wallet Ben 10 yang ada sekarang ni dengan suka hatinya disedekahkan kepada Afiq. Amboi! Dah rasa diri remaja lettew. Moga Anaqi lebih bersemangat belajar dengan persiapan sekolah berunsur jiwa remaja, ahaks.

p/s: Mummy doakan moga dengan bertambahnya usia, Anaqi menjadi lebih matang, sihat sentiasa dan menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Love u so much :)

Entri Tertunggak | Besday Anaqi dan Hadiah Dari Saya! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 30, 2011 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.