Astro B.yond IPTV | Blogger Party: Hollywood & Celebrities Night
B.yond IPTV servis terkini yang menemukan anda dengan 3 dunia - Astro, Broadband dan "Voice". Sesuatu yang baru dalam cara hidup digital terkini pasti dapat memenuhi segala yang diingi seperi informasi, hiburan dan sentiasa berhubung (staying connected)
Pelan pakej yang sangat berbaloi, memberi lebih dari kepuasan dan keperluan hiburan yang diinginkan. Hanya melalui satu "remote control" ianya boleh digunakan untuk seisi rumah. Anda melakukan "pre-recorded programme", merekod sehingga DUA saluran HD dan bagusnya tidak perlu berebut dengan ahli keluarga lain untuk menonton racangan kesukaan masing-masing.
Apa yang BEST tentang Astro B.yond IPTV:Kekangan masa adakalanya menyebabkan kita terlepas menonton rancangan-rancangan yang digemari. Melalui kecangihan PVR yang didatangkan bersama B.yond IPTV kita boleh merakamkan kembali rancangan yang terlepas dan menontonnya bila-bila masa sahaja. Seronokkan!
Yang mana menawarkan filem-filem terbaik Hollywood seperti filem animasi "Despicable Me". "How To Train Your Dragon" dan "Shrek Forever After". Begitu juga filem yang menjadi kegemaran ramai seperi "Wall Street: Money Never Sleeps", "Takers" dan "Red". Siri televisyen yang popular tidak terkecuali seperti "Tru Blood: Season 4" dan "Game of Thrones: Season 1". Dan banyak lagi.Sempena kempen Pass the Popcorn ini Astro juga telah menganjurkan peraduan yang mana Hadiah Utama "Pakej Pelancongan 1 famili (4 orang) samada ke Singapura, Hong Kong atau Gold Coast". Keterangan lanjut mengenai peraduan, road show dan filem yang akan ditayangkan sepanjang November sehingga Disember, boleh layari di www.astro.com.my/passthepopcorn
Dan untuk memiliki set teater blue ray seperti diatas, adalah impian saya sejak dulu lagi. Apatah lagi dengan bersama B.yond IPTV keseronakan berganda kerana dapat menghabiskan masa bersama satu famili menonton rancangan kegemaran kami.
*********************************************************
Yeay!, Parti! Parti!
Jemputan Nuffnang dengan kerjasama Astro ke Parti : Hollywood & Celebraties Night memberi saya peluang untuk mengenali Astro B.yond IPTV dengan jelas lagi. Majlis bermula seawal 6.30 petang bertempat Solaris. Meriah sesangatnya!
Majlis dihoskan oleh Adam C, sorang yang serba boleh dan santai dalam mengacara. Paling best ada acara "Pop Kuiz" yang menawarkan hadiah khas dari Astro. Soalan yang ditujukan semuanya berkaitan dengan Astro B.yond IPTV. Dan saya tidak terkecuali memenanginya satu!
Selain daripada itu setiap blogger berpeluang memenangi IPad 2 dengan hanya mempertaruhkan slogan terbaik masing-masing. Blogger yang bertuah memenangi IPad 2 ialah saudara Samuel Chew Jian Jian - mesti best giler slogan die nih!
Ada juga permainan dalam kumpulan "Who kidnapped Kak Limah". Wahh, permainan menuntut setiap ahli pasukan berlari ke sana-sini untuk mencari jawapan pada klu-klu yang diberikan. Lenjan berpeluh satu badan tapi seronok sakan walaupun pasukan saya kalah dengan bermaruah :) Hadiah yang ditawarkan voucher Jusco bernilai RM500.
Top 5 untuk kategori wanita.
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 07, 2011
Rating:

No comments:
Sharing is caring...