ABARO Lancar Kasut ABARO Takraw, Sokong Skuad Sepak Takraw Selangor ke SUKMA 2026
Jenama kasut tempatan ABARO terus membuktikan komitmennya terhadap pembangunan sukan tanah air dengan memperkenalkan ABARO Takraw, kasut yang direka khas untuk sukan sepak takraw. Pelancaran ini turut disertai dengan sumbangan RM10,000 serta 56 pasang kasut ABARO Takraw kepada Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS) sebagai sokongan kepada persiapan skuad lelaki dan wanita Selangor yang bakal beraksi di SUKMA 2026.
Majlis ini turut menyaksikan pengenalan rasmi barisan pemain sepak takraw Selangor yang akan mewakili negeri dalam temasya sukan berprestij tersebut.
ABARO Perkasa Pembangunan Sukan Sepak Takraw Malaysia
Pelancaran ABARO Takraw menjadi permulaan kepada Kempen ABARO Langkah Juara, satu inisiatif yang bertujuan memperkasakan pembangunan atlet serta menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, menceburi sukan sepak takraw.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh Kian Wee, kerjasama bersama Persatuan Sepak Takraw Selangor lahir daripada matlamat yang sama iaitu membangunkan bakat baharu dalam sukan sepak takraw.
Beliau berkata, ABARO percaya kejayaan sesebuah sukan bermula dari peringkat akar umbi dan sebagai jenama tempatan, syarikat itu mahu memainkan peranan dalam menyokong pembangunan atlet muda.
“Kami berharap ABARO Takraw dapat diakses dengan lebih meluas dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk mengenali serta menceburi sukan sepak takraw. Setiap perjalanan seorang juara bermula dengan langkah pertama di gelanggang sekolah,” katanya.
PSS Hargai Sokongan ABARO Menjelang SUKMA 2026
Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Dato’ Haji Ahmad Zaffry bin Sulaiman, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu pelaburan penting terhadap masa depan sukan sepak takraw negara.
Menurut beliau, sokongan daripada rakan strategik seperti ABARO bukan sahaja membantu dari aspek tajaan, malah menjadi suntikan motivasi kepada atlet untuk memberikan persembahan terbaik di SUKMA 2026.
Beliau turut berharap lebih banyak jenama tempatan akan tampil menyokong pembangunan sukan sepak takraw dan generasi baharu atlet negara.
Farhan Adam Jadi Wajah ABARO Takraw Pro
Turut memeriahkan pelancaran ialah pemenang pingat emas Sukan SEA merangkap pemain sepak takraw kebangsaan, Farhan Adam, yang dilantik sebagai ABARO Takraw Pro.
Menurut Farhan, pemilihan kasut yang tepat amat penting dalam sukan sepak takraw kerana pemain sentiasa melakukan pergerakan pantas, lompatan dan libasan sepanjang permainan.
Beliau menyifatkan ABARO Takraw sebagai kasut yang menawarkan cengkaman baik, kestabilan serta keselesaan untuk digunakan ketika latihan mahupun pertandingan.
ABARO Takraw Direka Khas Untuk Prestasi Maksimum
Direka khusus bagi memenuhi keperluan pemain sepak takraw, ABARO Takraw menawarkan gabungan teknologi dan keselesaan untuk meningkatkan prestasi di gelanggang.
Antara ciri utama kasut ini ialah:
Sertai #RajaLibasChallenge dan Menangi Hadiah Eksklusif
Sempena pelancaran ABARO Takraw, ABARO turut memperkenalkan #RajaLibasChallenge, pertandingan digital yang berlangsung dari 3 hingga 31 Ogos 2026.
Kempen ini diterajui oleh Farhan Adam yang mengajak rakyat Malaysia mempamerkan aksi libas terbaik mereka menerusi Instagram atau TikTok.
Cara Menyertai #RajaLibasChallenge
Selain itu, 10 pemenang hadiah saguhati akan membawa pulang baucar ABARO bernilai RM100 bersama jersi bertandatangan Farhan Adam.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Harga ABARO Takraw
ABARO Takraw kini boleh dimiliki pada harga RM59.99 sepasang.
Sempena pelancarannya, pelanggan turut menikmati diskaun 20% untuk pembelian melalui laman web rasmi ABARO bagi tempoh terhad.
Selain laman web rasmi, kasut ini juga boleh didapati menerusi Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi ABARO.
ABARO Terus Menyokong Atlet Tempatan
Pelancaran ABARO Takraw membuktikan kesungguhan jenama tempatan ini dalam menyokong pembangunan sukan negara. Menerusi kerjasama bersama Persatuan Sepak Takraw Selangor dan penglibatan atlet kebangsaan seperti Farhan Adam, ABARO bukan sahaja menghasilkan kasut yang memenuhi keperluan pemain, malah turut memainkan peranan dalam membina ekosistem sukan yang lebih kukuh.
Dengan slogan “Langkah Juara”, ABARO berharap lebih ramai anak muda akan berani melangkah ke gelanggang, mengejar impian dan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
ABARO Perkasa Pembangunan Sukan Sepak Takraw Malaysia
Pelancaran ABARO Takraw menjadi permulaan kepada Kempen ABARO Langkah Juara, satu inisiatif yang bertujuan memperkasakan pembangunan atlet serta menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, menceburi sukan sepak takraw.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh Kian Wee, kerjasama bersama Persatuan Sepak Takraw Selangor lahir daripada matlamat yang sama iaitu membangunkan bakat baharu dalam sukan sepak takraw.
Beliau berkata, ABARO percaya kejayaan sesebuah sukan bermula dari peringkat akar umbi dan sebagai jenama tempatan, syarikat itu mahu memainkan peranan dalam menyokong pembangunan atlet muda.
“Kami berharap ABARO Takraw dapat diakses dengan lebih meluas dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk mengenali serta menceburi sukan sepak takraw. Setiap perjalanan seorang juara bermula dengan langkah pertama di gelanggang sekolah,” katanya.
PSS Hargai Sokongan ABARO Menjelang SUKMA 2026
Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Dato’ Haji Ahmad Zaffry bin Sulaiman, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu pelaburan penting terhadap masa depan sukan sepak takraw negara.
Menurut beliau, sokongan daripada rakan strategik seperti ABARO bukan sahaja membantu dari aspek tajaan, malah menjadi suntikan motivasi kepada atlet untuk memberikan persembahan terbaik di SUKMA 2026.
Beliau turut berharap lebih banyak jenama tempatan akan tampil menyokong pembangunan sukan sepak takraw dan generasi baharu atlet negara.
Farhan Adam Jadi Wajah ABARO Takraw Pro
Turut memeriahkan pelancaran ialah pemenang pingat emas Sukan SEA merangkap pemain sepak takraw kebangsaan, Farhan Adam, yang dilantik sebagai ABARO Takraw Pro.
Beliau menyifatkan ABARO Takraw sebagai kasut yang menawarkan cengkaman baik, kestabilan serta keselesaan untuk digunakan ketika latihan mahupun pertandingan.
ABARO Takraw Direka Khas Untuk Prestasi Maksimum
Direka khusus bagi memenuhi keperluan pemain sepak takraw, ABARO Takraw menawarkan gabungan teknologi dan keselesaan untuk meningkatkan prestasi di gelanggang.
Antara ciri utama kasut ini ialah:
- Tapak luar getah anti-gelincir untuk cengkaman lebih kukuh.
- Tapak dalam yang membantu menyerap hentakan bagi keselesaan maksimum.
- Tapak luar fleksibel yang menyokong pergerakan lebih lincah.
- Pelindung getah pada bahagian hadapan kasut untuk perlindungan tambahan ketika melakukan libasan.
- Gelung pada bahagian belakang kasut bagi memudahkan pemakaian.
- Rekaan klasik dalam pilihan warna hitam dan putih yang sesuai digunakan ketika latihan atau pertandingan.
Sertai #RajaLibasChallenge dan Menangi Hadiah Eksklusif
Sempena pelancaran ABARO Takraw, ABARO turut memperkenalkan #RajaLibasChallenge, pertandingan digital yang berlangsung dari 3 hingga 31 Ogos 2026.
Cara Menyertai #RajaLibasChallenge
- Rakam aksi atau gaya libas terbaik anda.
- Muat naik video di Instagram atau TikTok menggunakan #RajaLibasChallenge dan tag @abaroshoes.
- Hantar mesej langsung (DM) dengan kata kunci “LIBAS” ke akaun rasmi ABARO.
Selain itu, 10 pemenang hadiah saguhati akan membawa pulang baucar ABARO bernilai RM100 bersama jersi bertandatangan Farhan Adam.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Harga ABARO Takraw
ABARO Takraw kini boleh dimiliki pada harga RM59.99 sepasang.
Sempena pelancarannya, pelanggan turut menikmati diskaun 20% untuk pembelian melalui laman web rasmi ABARO bagi tempoh terhad.
Selain laman web rasmi, kasut ini juga boleh didapati menerusi Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi ABARO.
ABARO Terus Menyokong Atlet Tempatan
Pelancaran ABARO Takraw membuktikan kesungguhan jenama tempatan ini dalam menyokong pembangunan sukan negara. Menerusi kerjasama bersama Persatuan Sepak Takraw Selangor dan penglibatan atlet kebangsaan seperti Farhan Adam, ABARO bukan sahaja menghasilkan kasut yang memenuhi keperluan pemain, malah turut memainkan peranan dalam membina ekosistem sukan yang lebih kukuh.
Dengan slogan “Langkah Juara”, ABARO berharap lebih ramai anak muda akan berani melangkah ke gelanggang, mengejar impian dan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
ABARO Lancar Kasut ABARO Takraw, Sokong Skuad Sepak Takraw Selangor ke SUKMA 2026
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 01, 2026
Rating:
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 01, 2026
Rating:





No comments:
Sharing is caring...