AEON MALL Eco Journey 2026: Shopping Lebih Bermakna Dengan Gaya Hidup Lestari

AEON MALL terus memperkukuhkan komitmen terhadap kelestarian menerusi kempen tahunan AEON MALL Eco Journey 2026 yang kini berlangsung di 27 buah pusat beli-belah seluruh Malaysia. Kempen ini bukan sekadar tentang membeli-belah, tetapi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lebih hijau melalui pengalaman interaktif, aktiviti mesra keluarga dan pilihan membeli-belah yang lebih lestari.

Melalui kerjasama bersama pelbagai jenama terkenal seperti The Body Shop, Starbucks, Bayu Somerset, Mattel dan banyak lagi, pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi menarik sambil mempelajari kepentingan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Antara tarikan utama tahun ini ialah AEON MALL Eco Journey Safari yang kini sedang berlangsung di AEON MALL Tebrau City dan AEON MALL Bukit Tinggi. Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman safari bertemakan alam semula jadi yang interaktif dan sesuai untuk seisi keluarga. Dari dekorasi bertemakan hutan tropika hinggalah ke aktiviti pendidikan yang menyeronokkan, semuanya direka untuk memberi inspirasi tentang kepentingan kelestarian dan penjagaan alam sekitar.


Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai produk mesra alam pada harga istimewa sepanjang kempen berlangsung. Ini termasuk produk gaya hidup hijau, makanan organik, barangan kanak-kanak dan banyak lagi daripada rakan kolaborasi AEON MALL Eco Journey.

Bagi menghargai sokongan pelanggan, AEON MALL turut menawarkan hadiah eksklusif sepanjang kempen ini. Antaranya termasuk Plantable Postcard edisi terhad yang boleh ditanam sendiri di rumah, sekaligus membawa mesej bahawa perubahan kecil mampu memberi impak besar kepada alam sekitar. Turut ditawarkan ialah AEON MALL Toy Story Bath Mat eksklusif yang comel dan sesuai untuk peminat Disney serta keluarga.

  
Lebih daripada sekadar kempen membeli-belah, AEON MALL Eco Journey merupakan satu gerakan yang menggalakkan komuniti untuk sama-sama mengambil langkah kecil ke arah masa depan yang lebih hijau. Dengan gabungan pendidikan kelestarian, pengalaman interaktif, aktiviti keluarga dan ganjaran menarik, kempen ini membuktikan bahawa setiap pilihan harian mampu membawa perubahan positif kepada alam sekitar.


Jadi, kalau anda sedang mencari aktiviti hujung minggu bersama keluarga sambil menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna, AEON MALL Eco Journey 2026 memang wajib masuk dalam senarai anda.

Untuk maklumat lanjut, layari AEON MALL Malaysia⁠ atau ikuti media sosial rasmi AEON MALL di Facebook AEON MALL Malaysia⁠ dan Instagram AEON MALL Malaysia⁠.


AEON MALL Eco Journey 2026: Shopping Lebih Bermakna Dengan Gaya Hidup Lestari Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 03, 2026 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.