Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Tawar Pengalaman Beli-Belah Lebih Eksklusif

Menyebut sahaja slogan ikonik “Terlajak Laris”, sudah pasti jenama D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Diasaskan oleh usahawan selebriti tersohor, Dato’ Sri Aliff Syukri, D’Herbs telah mencipta fenomena tersendiri dalam industri kecantikan dan kesihatan tempatan sejak hampir dua dekad lalu.


Selepas lebih 10 tahun beroperasi di Persiaran Prestij, Kota Damansara, Wisma D’Herbs kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, eksklusif dan mesra pelanggan — sejajar dengan keperluan serta gaya hidup pengguna masa kini.

Konsep Butik Baharu Lebih Luas & Selesa
Selaras dengan perkembangan semasa, Wisma D’Herbs telah melalui proses pengubahsuaian menyeluruh dengan konsep butik yang lebih luas, tersusun dan moden. Ruang jualan yang sebelum ini tertumpu kepada satu seksyen khas kini diubah menyerupai ekspo mini, membolehkan pelanggan melihat, mencuba dan mengenali pelbagai rangkaian produk D’Herbs dengan lebih mudah dalam suasana yang kondusif.

Pendekatan baharu ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan, malah menjadikan pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan menyeronokkan.

Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan Mesra Keluarga
Bukan sekadar pusat jualan, Wisma D’Herbs berwajah baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan antaranya:
  • Ruang solat yang selesa 
  • Kafe mini 
  • Ruang permainan kanak-kanak 
  • Kawasan rehat lengkap dengan sofa
Kesemua fasiliti ini disediakan bagi memastikan pengunjung daripada pelbagai peringkat usia dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menyenangkan bersama keluarga.

Pembaharuan Sebagai Penghargaan Buat Pelanggan Setia
Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri, pembaharuan Wisma D’Herbs ini bertujuan memastikan jenama D’Herbs kekal relevan, kompetitif dan terus menjadi pilihan utama pengguna. Ia juga merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menyokong D’Herbs sejak penubuhannya hampir 20 tahun lalu.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif D’Herbs Holdings, Datin Sri Nur Shahida, memaklumkan bahawa pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sempena pelancaran rasmi Wisma D’Herbs berwajah baharu.

Pelancaran Rasmi Penuh Aktiviti & Artis Jemputan
Pelancaran rasmi Wisma D’Herbs yang berlangsung pada 31 Januari bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
  • Jualan Lelong Harga Runtuh 
  • Pertandingan Mewarna & Bouncing Castle untuk kanak-kanak 
  • Pertandingan Berhias 
  • Pertandingan Makan Kuaci Terpantas 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta beg AS iaitu Izara Aishah dan Sally Whoo, selain penampilan istimewa artis jemputan Amelina dan Sherry Alhadad.

Hadiah Eksklusif & Cabutan Bertuah Menarik
Sebagai penghargaan kepada pelanggan:
  • 100 pembeli terawal akan menerima goodies bag misteri eksklusif 
  • Pembelian RM300 dalam satu resit layak menerima payung eksklusif D’Herbs 
  • Pembelian minimum RM200 melayakkan pelanggan menyertai putaran lucky wheel dan cabutan bertuah 

Kemuncak majlis menyaksikan sesi perasmian rasmi Wisma D’Herbs pada jam 5.50 petang, manakala acara cabutan bertuah utama akan berlangsung pada 8.00 malam, khas buat pelanggan setia koleksi beg AS.

Alamat & Waktu Operasi Pelancaran
📍 Wisma D’Herbs, Persiaran Prestij, Kota Damansara
🗓️ 31 Januari (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam

Pelancaran ini merupakan julung kali diadakan pada skala sebegini dan dijangka menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif, unik dan mengujakan.
Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Tawar Pengalaman Beli-Belah Lebih Eksklusif Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 01, 2026 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.