Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’ Dalam Kolaborasi Eksklusif

Jenama tekstil dan fesyen terkemuka negara, Jakel, terus mengukuhkan legasinya apabila buat julung kali dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhan, menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar menerusi acara eksklusif Jakel Fenomena Raya 2026.


Pertunjukan fesyen berprestij ini menjadi platform utama bagi memperkenalkan Koleksi Raya Jakel 2026, sekali gus menandakan transformasi baharu jenama Jakel dalam meraikan fesyen Aidilfitri dengan pendekatan yang lebih segar, moden dan berimpak tinggi.

Detik Bersejarah Buat Jakel Selepas 40 Tahun
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pemasaran & Promosi Jakel Trading Sdn Bhd, Muzaffar Jakel, penganjuran Jakel Fenomena Raya 2026 merupakan satu detik bersejarah buat syarikat tersebut.
Selepas lebih 40 tahun Jakel berada dalam industri, ini adalah kali pertama kami menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar. Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu, malah menjadi simbol evolusi dan aspirasi kami dalam mengangkat fesyen Raya ke tahap yang lebih tinggi
Fazura Curi Tumpuan Menerusi Kolaborasi Eksklusif Jakel 2026
Lebih mencuri perhatian, Jakel Fenomena Raya 2026 turut menampilkan kolaborasi eksklusif bersama bintang tersohor Fazura, yang menjadi antara sorotan utama acara tersebut.


Kolaborasi ini bukan sekadar pelantikan sebagai duta, sebaliknya merupakan kerjasama khas eksklusif Jakel 2026, sekali gus mencetuskan fenomena dan keterujaan dalam kalangan peminat serta pemerhati industri fesyen tanah air.
Kolaborasi eksklusif bersama Fazura dijangka mampu mencipta impak besar dan mencetuskan fenomena tersendiri, selari dengan matlamat kami untuk memastikan Jakel Fenomena Raya 2026 mendapat liputan meluas, khususnya dalam kalangan media digital dan e-media,
jelas Muzaffar.

Barisan Duta Jakel Raya 2026 & Duta Gen Z
Pertunjukan fesyen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026, terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air seperti Nabil Ahmad dan keluarga, Achey dan keluarga, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli serta Que Haidar.



Dalam usaha mendekati generasi muda dan pelanggan baharu, Jakel turut memperkenalkan Duta Gen Z Jakel Raya 2026, iaitu Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

Kesemua duta tampil memperagakan Koleksi Raya Jakel 2026 yang mengetengahkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk seisi keluarga dan pelbagai lapisan masyarakat.

JAKEL PRA-RAMADAN SALE Bermula 23 Januari 2026
Pada masa sama, Jakel turut mengumumkan pelancaran JAKEL PRA-RAMADAN SALE sempena pengenalan New Collection 2026, yang akan berlangsung dari 23 Januari hingga 18 Februari 2026.

Jualan Pra-Ramadan ini memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan koleksi Raya 2026 lebih awal dengan tawaran istimewa. Ia adalah sebahagian daripada komitmen Jakel untuk memastikan pelanggan menikmati pilihan terbaik menjelang Ramadan dan Aidilfitri
tambah Muzaffar.

Jakel Terus Kukuh Sebagai Peneraju Fesyen Raya Negara
Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar sebuah pertunjukan fesyen, malah menjadi manifestasi komitmen Jakel dalam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju fesyen Raya di Malaysia, di samping memperluas kolaborasi strategik serta mencipta fenomena baharu yang relevan dengan kehendak generasi masa kini.

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’ Dalam Kolaborasi Eksklusif Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 24, 2026 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.