AJI-YA Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia
AJI‑YA merupakan jenama Malaysia di bawah Gourmet Ingredients Sdn. Bhd. yang merupakan perintis kepada sup segera gourmet halal pertama di Malaysia. Penyediaannya sangat mudah dan pantas serta siap dalam 2 minit.
Soup erlicious Party’ majlis pelancaran AJI-YA telah berlansung dengan cukup meriah di Christine's Bakery, Pavilion Damansara Heights. Majlis yang penuh meriah ini telah dihadiri blogger, influencer, rakan kongsi perniagaan dan VIP bagi merasai sendiri sup segera gourmet AJI-YA.
Acara kemuncak adalah pelancaran produk rasmi, di mana pengacara majlis menjemput En Amir, Penolong Pengarah MATRADE untuk bahagian Halal, F&B dan Asas Tani, Pn Hasziah Mohd Yazid, Timbalan pengarah MATRADE untuk Unit Pertengahan, dan En. Leon Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Gourmet Ingredients Sdn Bhd untuk mendedahkan rangkaian Sup Gourmet Segera AJI-YA.
Tetamu yang hadir dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya "From Our Bowl to Your Heart! Soup's Better with a Little Love, Stick Yours Here", dengan menulis nota atau mesej positif tentang AJI-YA, sama ada tentang rasa sup yang kaya adengan rasa dan sebagainya. Seterusnya melekatkannya pada poster nota cinta interaktif.
Terkini Sup Gourmet Segera AJI-YA tersedia dalam tiga pilihan rasa iaitu Cendawan, Jagung dan Sayuran. Penyediaan Sup Gourmet Segera AJI-YA sangat mudah, hanya 2 minit sahaja diperlukan
AJI-YA Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 01, 2025
Rating:

Menarik ni.. boleh la cuba produk keluaran Malaysia :D
ReplyDelete