GSK Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa dalam kalangan Rakyat Malaysia

Tatkala penduduk Malaysia beralih kepada demografi yang semakin berusia, kepentingan imunisasi dewasa menjadi semakin ketara. Dengan memastikan individu menerima vaksin yang diperlukan, orang dewasa boleh kekal aktif, menjadi ahli yang sihat dalam masyarakat dan ekonomi, sekali gus memanjangkan produktiviti, mengekalkan sumbangan kepada ekonomi tempatan, dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan, walaupun mereka memasuki usia emas.


Minggu Imunisasi Sedunia [24 April – 30 April] ini merupakan masa untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan impak sosioekonomi vaksinasi secara global serta meningkatkan perubahan dasar yang diperlukan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan, terutamanya di Malaysia.

Menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah individu berumur 65 tahun dan ke atas semakin meningkat dengan kira-kira 2.5 juta orang termasuk dalam kategori ini. DOSM juga mengunjurkan bahawa Malaysia akan mempunyai jumlah yang hampir sama daripada golongan muda (18.6%) dan golongan berusia (14.5%) pada tahun 2040. Hal ini bermakna dalam tempoh kurang 2 dekad, golongan berusia akan melepasi 6.0 juta, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berusia.

Bersempena dengan Minggu Imunisasi Sedunia 2024, GlaxoSmithKline (GSK) menganjurkan wacana yang tepat pada masanya, menghimpunkan pakar tempatan dan global untuk berkongsi perspektif mereka tentang landskap vaksin yang semakin berubah, faedah vaksin kepada orang dewasa yang lebih tua, dan nilai sosioekonomi imunisasi dewasa.


Acara ini dilengkapkan lagi dengan perbincangan panel tempatan yang menampilkan perbincangan yang bernas, perbahasan yang rancak dan perkongsian pengetahuan yang luas dalam memperlihatkan keberkesanan pencegahan penyakit cegahan vaksin (VPD) dalam kalangan orang dewasa Malaysia, cabaran utama yang dihadapi oleh industri penjagaan kesihatan, serta peluang untuk membangunkan penyelesaian yang praktikal dan berkesan dalam peralihan ke arah masyarakat semakin berusia yang lebih sihat di negara ini.


Dr. Thanabalan Fonseka, Pengarah Perubatan Vaksin GSK Malaysia dan Brunei berkata: “Inisiatif imunisasi kanak-kanak di sekolah dan dalam komuniti sudah mantap dengan kadar liputan yang tinggi. Berbeza dengan situasi ini, cabaran utama berhubung dengan vaksinasi golongan dewasa terletak pada kurangnya kesedaran mengenai VPD dan pilihan pencegahannya. Akibatnya, ramai orang dewasa masih tidak menyedari pentingnya mengemaskini vaksinasi yang terkini atau mungkin secara tidak sengaja terlepas pandang cadangan untuk suntikan penggalak atau vaksin yang baharu yang boleh didapati apabila mereka semakin berusia."

Selain itu, halangan logistik, seperti akses yang terhad kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kekangan kewangan, terus menjejaskan kadar vaksinasi dewasa. Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan kesedaran, menambah baik kebolehcapaian, serta menekankan betapa mustahaknya memberikan keutamaan kepada vaksinasi dewasa bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap penyakit yang boleh dicegah sepanjang masa dewasa. Kita mesti beralih daripada "penjagaan sakit" kepada penjagaan kesihatan pencegahan sebenar untuk menjadikan imunisasi dewasa sebagai standard penjagaan dengan membina kepercayaan terhadap nilai vaksinasi dewasa dalam kalangan rakyat Malaysia," tambah Fonseka.

Apakah Imunisasi Dewasa?
Vaksin dewasa ialah vaksin yang disyorkan khusus untuk individu dewasa bagi melindungi diri daripada pelbagai penyakit cegahan vaksin (vaccine-preventable diseases, VPD). Pemvaksinan dewasa yang paling lazim antara lainnya termasuklah COVID-19, influenza, penyakit pneumokokal, herpes zoster, dan ‘respiratory syncytial virus’ (RSV).

Siapakah yang Berisiko?
Kumpulan umur yang berisiko untuk pelbagai penyakit yang disasarkan oleh vaksinasi dewasa berbeza-beza bergantung pada penyakit. Walau bagaimanapun, secara amnya, orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas berisiko lebih tinggi untuk penyakit berjangkit tertentu disebabkan oleh faktor seperti sistem imun yang semakin merosot akibat penuaan, keadaan kesihatan sedia ada dan imuniti vaksin yang menurun mengikut peredaran masa. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa walaupun orang dewasa yang lebih berusia selalunya berisiko lebih tinggi, penyakit tertentu boleh menjejaskan orang dewasa dari semua peringkat umur. Selain itu, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah akibat keadaan seperti HIV/AIDS, kanser atau ubat imunosupresif mungkin lebih terdedah kepada penyakit berjangkit tanpa mengira usia.

Semasa Minggu Imunisasi Sedunia, GSK bersatu secara global untuk menekankan betapa mustahaknya imunisasi dewasa. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kelebihan kesihatan, struktur dan sosioekonomi meluas yang berpunca daripada penggunaan ekstensif vaksin dewasa untuk setiap individu di seluruh dunia. Dengan kerjasama pihak berkepentingan merentas industri, GSK menetapkan sasaran untuk menyokong Program 50 tahun Perluasan Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk melakukan apa-apa yang boleh dilakukan secara manusia, iaitu menyelamatkan nyawa melalui imunisasi.

GSK terus menekankan betapa pentingnya pencegahan sebagai asas penjagaan kesihatan. Dengan salah satu portfolio vaksin yang paling luas di seluruh dunia, GSK komited untuk melindungi individu dari semua peringkat umur, termasuk orang dewasa yang lebih tua dan membentuk semula dasar berhubung dengan imunisasi dewasa untuk kekal berada di hadapan dan meneruskan momentumnya untuk memainkan peranan dalam penambahbaikan kesihatan awam di Malaysia.
GSK Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa dalam kalangan Rakyat Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 25, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.