Prasekolah Todak Kids Cyberjaya
Tidak dinafikan semua ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Terutamanya didalam bidang pendidikan. Pemilihan pusat pembelajaran terbaik dari awal pendidikan sentiasa diberi penekanan. Menyedari tentang keperluan ibubapa hari ini, prasekolah Todak Kids cawangan Cyberjaya telah diperkenalkan.
Para ibubapa yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Todak Kids cawangan Cyberjaya boleh menghubungi Pn Shikin +60 12 227 1041 dan boleh juga lawati IG dan FB rasmi Todak Kids.
Tidak dinafikan pendekatan belajar sambil bermain di tadika atau taska memang sangat diterima oleh masyarakat di Malaysia. Pendekatan ini dilihat sangat berkesan dalam membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan mereka berbanding pembelajaran secara formal. Menyedari keperluan tersebut, prasekolah Todak Kids dilancarkan yang memfokuskan 3 elemen utama. Ini termasuklah :-
- Islamik
- Pembelajaran berasaskan permainan digital
- Alam semulajadi
Pembelajaran Permainan Digital
Todak Kids merupakan antara prasekolah pertama di Malaysia yang menggunakan pembelajaran permainan digital/ computer (Game Based Learning) sebagai elemen pembelajaran utama.
Ini adalah satu pembelajaran interaktif yang dapat membantu kanak-kanak dalam pendidikan awalan mereka. Permainan digital bukan sahaja mudah diikuti bahkan boleh menarik minat kanak-kanak.
Suasana kelas juga sangat kondusif. Perletakan alat bantuan pengajaran, susunatur perabot sangat kemas dan tersusun.
Hari Terbuka Prasekolah Todak Kids
Bagi memberi peluang masyarakat setempat untuk mengetahui lebih lanjut tentang prasekolah ini. Todak Kids telah mengadakan hari terbuka pada 13 Januari 2024.
Acara hari terbuka ini juga telah dirasmikan buat julung kali oleh Ketua Pengarah Todak Holding Sdn Bhd, En Khairul Azlan dan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, En.Mohamad Taufik Rizal Aminuddin
Di majlis perasmian tersebut ibubapa yang hadir berpeluang menonton demo game based learning dan enrichment program yang diperkenalkan dalam silibus pembelajaran Todak Kids.
Kehadiran karakter kartun Didi and Friends sememangnya memeriahkan lagi majlis hari terbuka yang dianjurkan. Anak-anak yang hadir pastinya begitu teruja dapat sama-sama menyanyi dengan karektor kartun kegemaran mereka.
Para ibubapa yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Todak Kids cawangan Cyberjaya boleh menghubungi Pn Shikin +60 12 227 1041 dan boleh juga lawati IG dan FB rasmi Todak Kids.
Prasekolah Todak Kids Cyberjaya
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 14, 2024
Rating:
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 14, 2024
Rating:











Terima kasih atas perkongsian yang sangat informatif tentang Prasekolah Todak Kids Cyberjaya. Penerangan tentang pendekatan pembelajaran, persekitaran yang kondusif, serta fokus kepada perkembangan awal kanak-kanak memang membantu ibu bapa membuat keputusan yang lebih yakin. Jelas kelihatan bahawa keseimbangan antara pembelajaran akademik, kemahiran sosial, dan aktiviti kreatif diberi perhatian yang serius.
ReplyDeleteSebagai ibu bapa, saya rasa penting untuk memilih institusi yang bukan sahaja menekankan silibus, tetapi juga perkembangan emosi dan keyakinan diri anak-anak. Aspek seperti komunikasi dengan guru dan suasana pembelajaran yang positif memang memainkan peranan besar dalam membentuk asas yang baik sejak usia muda.
Menariknya, konsep memilih sokongan yang betul untuk menjimatkan masa dan fokus kepada perkara yang penting ini juga relevan dalam banyak aspek lain, termasuk hobi dan minat peribadi. Dalam komuniti permainan, misalnya, ada yang menyebut perkhidmatan seperti poe 2 boost dari Wow Vendor sebagai cara untuk mengurus masa dengan lebih efisien, sama seperti ibu bapa memilih prasekolah terbaik untuk perkembangan anak.
Sekali lagi, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Semoga ia membantu lebih ramai ibu bapa membuat pilihan yang tepat.