Richiamo Coffee Menawarkan Hidangan Premium Pada Harga Mampu Milik

Kafe yang cukup cantik, punyai identiti dengan warna hitam serta putih tampil dengan kelasnya tersendiri membawa jenamanya. Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan Richiamo Coffee yang cukup popular dengan variasi minuman kopi yang premium tetapi ditawarkan pada harga rahmah. Boleh dikatakan agak murah!


Sebagai peminat tegar kopi, Kafe Richiamo Coffee adalah antara port yang saya suka datang untuk makan-makan dan lepak bersama suami dan ahli keluarga yang lain. Kopi yang sentiasa menjadi kegemaran saya tentulah Hot Cappuccino dan Hot Salted Caramello Cappucino.

Pelbagai pilihan pastri

 Di Richiamo Coffee juga bukan sahaja ada menawarkan kopi bahkan terdapat pelbagai minuman lain, pastri seperti kek dan roti serta menu hidangan utama. Datang sini jangan lupa untuk mencuba Salted egg yolk croissant, ini kerana ramai yang sudah terpikat dengan rasanya.

Menariknya untuk hidangan utama ada ditawarkan masakan melayu tradisi lama (masakan kampung) seperti set nasi ikan patin tempoyak, set nasi daging asam pedas dan pelbagai lagi. Menu yang kebiasaannya menjadi kegemaran kanak-kanak iaitu pasta ada juga ditawarkan dengan pelbagai pilihan.

Sekiranya korang datang untuk minum petang jangan lupa untuk mencuba keropok lekor terengganu dan murtabak raja. Menu yang sangat serasi bersama kopi untuk minum petang.  Apa yang penting ke semua hidangan ditawarkan di Richiamo Coffee adalah halal dari segi bahan-bahannya dan juga cara penyediaan adalah mengikut syariat Islam.

Dekorasi Cantik di Kafe Richiamo Coffee Cawangan Gurney Mall UTMKL


Untuk makan-makan kali ini saya ke Richiamo Coffee Gurney Mall yang terletak bersebelahan dengan UTM KL. Kafe di outlet ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam. 


Dekorasi didalam outlet Richiamo Coffee di sini sangat cantik dan kemas.Terasa berada di dalam rumah sendiri dengan suasana ruang tamu dan ruang makan yang cukup privasi.

Pelbagai Hidangan Menarik di Richiamo Coffee
Jom saya kongsikan hidangan menarik di Richiamo Coffee yang memang saya rekomen pada korang untuk mencubanya bila datang ke kafe ini.


Jika anda lapar nasi, di Kafe Richiamo Coffee ada menawarkannya sajian melayu tradisi yang cukup menambat hati. Antara hidangan yang boleh dicuba seperti masakan itik salai asap, siput sedap asap, daging salai asap dan pelbagai lagi.

Dan saya sendiri telah mencuba Nasi Ayam Kampung Sambal Hijau dan juga Nasi Ikan Patin Masak Tempoyak.

Nasi Ayam Kampung Sambal Hijau


Sambal hijau memang padu teruk. Pedas dan cukup berperisa. Dinikmati bersama ayam kampung yang digoreng garing gabungan yang cukup sempurna. Sedap!

Nasi Ikan Patin Masak Tempoyak



Sebagai peminat masakan orang Pahang. Masakan ikan patin ini memang masuk dalam senarai jika saya temuinya di kedai makan. Kuah tempoyak memang pekat. Cukup masam, manis dan pedas. Saiz ikan juga sedang elok untuk 1-2 orang makan. Dalam set ini terdapat juga ulam, sambal belacan dan ikan kering.


Wajib untuk cuba minuman kopi dan kek dari Richiamo Coffee. Minuman signature seperti Salted Caramello Latte antara yang hot selling tau!


Kunjungan kali ini saya telah memilih kek cheese cempedak dan juga kek chocolate biscoff. Selain itu, anak saya Yara telah memilih set mushroom soup yang didatangkan bersama garlic bread. 


Makanan ringkas ini memang menjadi kegemaran Yara setiap kali ke Richiamo Coffee.

Salted Caramello Chocolate dan Salted Caramello Cappucino



Air minuman premium ditawarkan pada harga bawah RM10. Memang berbaloi dan puas hati. Samada datang ke sini untuk bersarapan, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam tidak ada masalah melihat pada kepelbagaian menu yang ditawarkan.

Menikmati hidangan dalam suasana yang esklusif dan kondusif memberi kepuasan yang cukup bermakna. Apatah lagi jika datang ke Kafe Richiamo Coffee bersama orang yang tercinta.


Jom lepak dan makan-makan di Kafe Richiamo Coffee. Ada lebih 100 outlet di seluruh negara :-)

Richiamo Coffee Menawarkan Hidangan Premium Pada Harga Mampu Milik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 06, 2023 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.