AC GAS Kenang Tempat Mula Menapak, Kongsi Rezeki Termasuk Dengan Tabung Gaza

Kerjasama yang terjalin antara Astana City Group Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar LPG dengan jenama AC Gas dengan stesen Suria FM sejak tiga tahun lalu memberikan impak positif termasuk membawa satu acara besar ke Kota Bharu, Kelantan iaitu Konsert Suria Volusi hujung bulan lalu.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi pilihan kerana ia begitu dekat dengan AC Gas yang mula menapak di negeri itu pada tahun 2016, sekaligus menghargai warga tempatan.


"Kami dan Suria FM sudah  menjalinkan kerjasama sejak tiga tahun lalu dan memberikan kesan sangat baik. Maka untuk edisi konsert lalu saya mahu ia dibawa ke Kota Bharu dan Alhamdulillah dapat dilaksanakan.

"Ia ibarat sirih pulang ke ganggang. Pihak syarikat sangat berterima kasih atas kerjasama dan kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan dan negeri serta mengikut segala garis pematuhan syariah yang telah ditetapkan," katanya.


Lebih menarik, Nik Mohd Fareez berkata AC Gas turut berkongsi rezeki dengan masyarakat termasuk termasuk menyalurkan bantuan kepada badan yang berkaitan.

Katanya, AC Gas juga tidak ketinggalan dalam misi membantu rakyat Gaza yang kini sedang bergolak di dalam peperangan antara Palestin dan Israel, menerusi sumbangan yang diberikan kepada Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia dan Yayasan Nurjiwa.

Sumbangan turut disalurkan kepada Rumah Kebajikan Anak Aatim dan Dhufa’ Darul Mizan serta Masjid Al-Ridhuan di Lorong Kubur Tok Kenali.


"Berapa nilai sumbangan biarlah kami saja yang tahu yang penting kita berkongsi rezeki dengan yang memerlukan," katanya sambil menambah AC Gas kini mempunyai 65 wakil sah berdaftar di seluruh Malaysia dan menggeluarkan 90,000 tong gas baharu sebulan.

Selain Kota Bahru, konsert yang sama turut diadakan di Damansara di mana AC Gas berkongsi rezeki dengan pengunjung membabitkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk wang tunai di kedua-dua lokasi berkenaan.

AC GAS Kenang Tempat Mula Menapak, Kongsi Rezeki Termasuk Dengan Tabung Gaza Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 06, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.