Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023

Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali lagi untuk tahun ke-5. Terdapat lebih dari 50 jenis hobby dalam satu acara antaranya kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan pelbagai lagi.


Untuk info, Malaysia Hobby Expo akan berlansung selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 haribulan Disember 2023 dan pada masa yang sama turut diadakan Konsert “Passion of Sound” pada 2hb Disember 2023. 

Acara pameran teebeaar ini merupakan anjuran Specta Group Venture dan MAEPS Serdang dipilih sebagai lokasi rasmi acara. Manakala Shopee sebagai penaja utama Malaysia Hobby Expo 2023.


Pengasas Malaysia Hobby Expo, En Muhammed Fidzri Syafeeq menyatakan kewujudan Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow. Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019.
Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada 2019.
Penganjuran acara tahun ini merupakan tahun ke-5 sejak penubuhannya pada 2016. Namun ianya terhenti ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). 


 Pameran ini melibatkan pelbagai hobby dan setiap hobby ada di zon-zon yang dikhaskan.

Antara zon yang boleh dilawati seperti “Hobby Bazaar”, “Hobby Group”, “Vintage Bazaar”, zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” yang juga merangkumi 250 pempamer dalam acara ini. 

Yuran kemasukkan acara ini adalah serendah RM20.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara tersebut. Memang sangat berbaloi!

Hadiah Cabutan Bertuah Yang Cukup Lumayan
Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000. Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.

Penaja Yang Luat Biasa
Penganjuran Malaysian Hobby expo 2023 mendapat sambutan baik dari penaja seperti MPH, Todak, U Moblie, Gardenia, FITA Hobby Shop dan Decathlon. 
Selain itu, ekspo ini juga terlaksana dengan penganjuran bersama Malaysia Cat Groomer Association, Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala dan Eight Bar. Choii pula adalah “Rakan Merchandise” rasmi acara ini.
 
 Lebih membanggakan acara ini juga telah mendapat sokongan dari Kementrian Belia dan Sukan dan juga Rakan Muda.

Konsert “Passion of Sound”
Acara kemuncak yang akan di adakan adalah Konsert “Passion of Sound” yang menampilkan 5 artist tanah air seperti Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan. Konsert mega ini akan berlangsung pada 2 Disember 2023 bermula jam 7 petang sehingga 12 malam.


Dapatkan Tiket Hari Ini
Bermula pada 21 November. tiket  konsert ini akan di jual di platform Shopee & Platform digital  https://ticket.myhobbyexpo.com/register  

Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. Cabutan ini akan dibuat pada malam tersebut dan hadiah cabutan ini adalah yang teristimewa sempena tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo ini.

Ini adalah konsert gabungan yang cukup hebat dan harga tiket untuk konsert ini adalah yang termurah di Malaysia dengan artis yang membuat persembahan dan kami memastikan kelainan yang tidak ada di konsert yang lain.
Konsert “Passion of sound” ini di taja oleh Elf Bar sebagai penaja utama. Dengan setiap pembelian tiket konsert , pembeli layak menyertai cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti sebuah Kereta BMW, Motorsikal, PS5 & lain-lain hadiah yang menarik.

Mini 4WD MHXCUP2023 
Acara tahun ini juga istimewa dengan penganjuran Mini 4WD MHXCUP2023. Ini merupakan pengajuran pertandingan Mini 4WD terbesar yang pernah dilakasanakan di Malaysia. 

Jumlah keseleruhan hadiah bagi pertandingan ini adalah lebih dari RM30,000 dan lebih 300 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan ramai lagi. Penganjuran ini adalah usahasama antara FITA Hobby Shop dan juga MHX2023 dengan kolaborasi GTMC .

Pertandingan Memancing
Sempena ulang tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo 2023 pihak Malaysia Hobby expo akan membuat keunikan dengan menyediakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing. 

Pertandingan memancing akan dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama pertandingan memancing ini.
Kami sudah mempersiapkan pelbagai platform pemasaran seperti billboard, iklan di radio dengan radio Hot FM sebagai radio rasmi dan juga dari selebriti seperti Fizo Omar, Shuib dan ramai lagi.
Jom ramai-ramai ke  Malaysia Hobby Expo 2023  terutama generasi muda sama-sama mencari hobby secara sihat dan kreatif. 
Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 23, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.