Movie Review : Sazali Meor Coco

Filem SAZALI MEOR COCO’  terbitan Aquila Emas Sdn Bhd telah ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea pada 7 hingga 10 Oktober 2023 yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival. Filem edaran METROWEALTH ini merupakan arahan  Zizan Nin, pelakon yang cukup dikenali di Malaysia.


Filem Sulung Arahan Zizan Nin
Ini merupakan filem sulung arahan Zizan Nin yang cukup berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang lakonan dan mengarah beberapa telemovie khas seperti A Christmas Hug, Papa Jinak Singa, Api Cinta Ramadan dan Opah Jangan Lupa, untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM),.


Beliau merupakan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki (Anugerah Skrin 2014) melalui filem ‘Tanda Putera’ dan Pelakon Harapan Lelaki (FFM ke-20) melalui filem ‘Cinta Terakhir’. 


Selaku pengarah, Zizan Nin yakin dengan bakat-bakat baru yang menjadi tonggak utama didalam filem ini seperti Syazani Zikry, Shahradhy dan Iman Zulkarnain. Menurut Zizan, filem ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi sebagai barisan pelakon pelapis di masa hadapan.
Filem ini mudah untuk difahami oleh para penonton dan konflik yang dipaparkan amat relevan dengan situasi masa kini iaitu ditindas disebabkan kurang ilmu dan pengalaman, kemiskinan bandar, penderaan kanak-kanak, orang gelandangan dan pempengaruh (influencer) menjadi popular disebabkan ledakan pengaruh media sosial
kata Zizan Nin.
Semoga para penonton berpusu menonton filem ini di pawagam kelak kerana ianya menghiburkan dan bersahaja - Syazani Zikry 
Saya teruja kerana filem ini merupakan penampilan sulung saya di layar lebar. -Shahradhy 
Selain daripada berlakon sebagai watak Coco, saya juga menyanyi empat buah lagu dalam filem ini. - Iman Zulkarnain yang memegang watak Coco
Sinopsis Filem Sazali Meor Coco 
Mengisahkan tiga sahabat Sazali, Meor dan Coco yang tinggal di ibukota mencari rezeki dalam bidang seni. Pelbagai rintangan yang terpaksa mereka hadapi. Sehinggalah satu hari siapa sangka mereka menjadi popular di platform media sosial.




Namun di sebalik kejayaan dicapai, mereka telah diuji dengan perhubungan persahabatan. Mereka tidak lagi bersahabat seperti dulu. Bahkan saling menyalah antara satu sama lain. Bagaimana dengan kesudahan cerita ini, korang kena saksikan di pawagam . 

Filem Sazali Meor Coco ini yang akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 16 November 2023.
Movie Review : Sazali Meor Coco Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 09, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. I am huge fan of "Marvel" collection, I watch every movie of marvel. And this weekend me and my team members of CV Writing Services we go together to watch this movie thanks for sharing with us if you know another adventure movie so share with us your experience.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.