Kelab Ragbi Terulung di Malaysia Menganjurkan COBRA 10s ke-50

Kelab Ragbi terulung di Malaysia, COBRA telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah bersempena dengan 50 tahun COBRA 10s 2023. Kejohonan berprestij ragbi ini bakal diadakan pada 11 dan 12 November di Padang Astaka, Petaling Jaya.



Darryll Sinnappa, Presiden COBRA berkata, 
Sejajar dengan objektif kami dalam mempromosikan sukan ragbi, terutamanya Ragbi 10s, kami berbangga menganjurkan COBRA ke-50 10s.



Untuk info, COBRA telah ditubuhkan pada 8 Jun 1967. Pada mulanya terdiri daripada pemain ragbi tempatan yang tidak dapat menyertai mana-mana kelab sosial yang wujud ketika itu. Justeru itu, COBRA telah diwujudkan dan berkembang menjadi nama yang cukup besar dalam sukan ragbi.




Kejohanan COBRA 10s memang sangat dinantikan oleh pasukan ragbi tempatan dan juga luar negara.


COBRA Rugby Club telah mendapat penajaan korporat daripada IJM Corporation Berhad dan untuk info, syarikat korporat ini telah menjadi Penaja Utama COBRA 10s selama lebih dari 20 tahun.

Mereka telah berperanan penting dalam memastikan bahawa kelab ini dapat menjadi tuan rumah Kejohanan 10s setiap tahun.
Kami bangga memiliki Kejohanan Ragbi COBRA 10s dalam portfolio penajaan kami sambil terus menyokong perkembangan sukan di peringkat akar umb - IJM 


Bagi menyokong objektif dan populariti format 10 terutamanya di kalangan wanita. Untuk kejohanan tahun ini turut diadakan kejohonan ragbi untuk wanita. 


Kejohanan ini melibatkan 9 pasukan, termasuk 8 pasukan  teratas luar negara. Antara negara yang akan menyertai seperti Malaysia, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Fiji dan Papua New Guinea. 
  • PORT MORESBY HARLEQUINS  (PAPUA NEW GUINEA) 
  • CASUARINA COUGARS (AUSTRALIA) 
  • DAVETA RUGBY (FIJI) 
  • GLOBAL LIONS  (NEW ZEALAND) 
  • PAKURANGA UNITED RUGBY CLUB (NEW ZEALAND)
  • PALMERSTON NORTH BOYS’ HIGH SCHOOL (NEW ZEALAND)
  • NTK (SOUTH AFRICA)
  • WEST COAST SHARKS (SOUTH AFRICA)
  • COBRA (MALAYSIA)
Hanya 4 pasukan ragbi wanita yang akan mengambil bahagian iaitu:-
  • WOLVES RFC (SINGAPORE)
  • DINGOES RC (MALAYSIA)
  • BEDOK KINGS (SINGAPORE)
  • COBRA VENOM (MALAYSIA)
 Jom sama-sama kita meriahkan Kejohanan Ragbi Cobra 10s ke 50 pada 11 dan 12 November di Padang Astaka, Petaling Jaya.


Kelab Ragbi Terulung di Malaysia Menganjurkan COBRA 10s ke-50 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 07, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.