RM100,000 BARANGAN DAPUR DIMENANGI PEMENANG-PEMENANG PERADUAN MAKAN & MENANG ANJURAN LENGQUAS


Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021.Berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. Pemenang telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumukan secara rasmi melalui media sosial LengQuas.

 

Selain menawarkan hadiah buat pembeli0pembeli LengQuas, KOPETRO turut menawarkan hadiah-hadiah lumayan buat ejen-ejen dan pengedar-pengedar yang berjaya mendapat jualan tertinggi pada bulan April, Mei dan Jun 2021.

LengQuas adalah produk keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd. salah sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula mmperkenalkan dua menu produk sejuk beku pada tahun 2019. LengQuas boleh ditempah secara atas talian melalui akaun sosial media Facebook dan Instagram @LengQuas.official. Tempahan boleh dibuat juga melalui WhatsApp di talian 017 319 5764

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO Berhad, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, biarpun KOPETRO sudahpun lebih 40 tahun ditubuhkan, ini merupakan kali pertama peraduan seumpana Makan & Menang diadakan bagi mana-mana anak syarikat milik KOPETRO. Sambutan di luar jangkaan yang diterima melalui peraduan ini menjadi pembakar semangat bagi seluruh tenaga kerja LengQuas untuk berusaha dengan lebih inovatif lagi demi meningkatkanjualan LengQuas pada masa hadapan.

Ahmad Shakir merypakan bahawa sepanjang tempoh peraduan dijalankan pelbagai aktiviti promosi telah dijalankan termasuklah mengiklankan produk-produk LenQuas di stesen televisyen. Hal ini menyebabkan sambutan yang luar biasa di terima sehinggakan jumlah pengeluaran produk LengQuas terpaksa di tingkatkan demi memenuhi permintaan pembeli. Sambutan yang cukup hebat ini juga dirasai ejen-ejen dan pengedar LengQuas yang turut menambah jualan tempahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap LengQuas.





Tambah beliau lagi, KOPETRO turut menerima banyak permohonan daripada orang ramai untuk menjadi ejen jualan LengQuas. Sehingga kini, LengQuas mempunyai 400 ejen berdaftar serata Malaysia. Sedia untuk mengembangkan pasaran LengQuas ke negara jiran dalam masa yang terdekat ini.

Sambutan yang memberangsankan unu membuktikan masyarakat semakin terbuka untuk menerima produk sejuk beku sebagai menu sajian makanan. Menawarkan sajian makan tradisional seperi Ayam Percik, Daging Masak Hitam, dan Daging Dendeng. Makanan sejuk beku amat mudah , cepat disediakan juga enak dan berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga.

Untuk informasi lanjut mengenai senarai produk LengQuas,ikuti Akaun media sosial LengQuas di Facebook, Instagram dan TikTok.

RM100,000 BARANGAN DAPUR DIMENANGI PEMENANG-PEMENANG PERADUAN MAKAN & MENANG ANJURAN LENGQUAS Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 31, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.