Kajian mendapati bahawa terdapat jurang pemakanan di kalangan wanita hamil di Malaysia

Berdasarkan kajian, 9 daripada 10 ibu hamil di Malaysia tidak mengambil folat, kalsium dan serat makanan yang mencukupi,. Kekurangan kalsium daripada pengambilan pemakanan ini boleh menjadi semakin berat apabila hanya 25.6% daripada ibu-ibu mengandung mengambil vitamin D yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk menyerap kalsium. Selain itu, tidak semua ibu hamil di Malaysia mendapat zat besi yang mencukupi untuk menyokong kehamilan mereka2.


AnmumTM MATERNA, jenama Susu untuk ibu hamil (pra-natal) No. 1 di Malaysia* dirumuskan secara saintifik, mengandungi nutrien-nutrien penting bagi menyokong keperluan pemakanan wanita hamil di Malaysia. Nutrien seperti asid folik dan kalsium adalah penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin dan pada masa yang sama membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan juga janin. Adalah penting untuk menyokong Lapan (8) aspek penting semasa kehamilan.




Wanita hamil mempunyai keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Cara yang lebih mudah untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk menyokong kehamilan adalah dengan meminum susu untuk ibu hamil sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.


AnmumTM MATERNA menyokong 100% keperluan pemakanan semasa hamil^, ia disokong oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Fonterra di New Zealand yang memiliki 90+ tahun pengalaman penyelidikan dan kepakaran sains .


Terdapat 8 aspek penting kehamilan yang perlu dipertimbangkan. AnmumTM MATERNA menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA), Prebiotik, Probiotik Bifidobacterium lactis HN019 (DR10TM) dan nutrien penting yang lain, termasuk folat, kalsium dan zat besi, yang memberikan manfaat kepada bakal ibu dan janin yang sedang membesar. Prebiotik dan probiotik yang ditambah membantu menyokong sistem pencernaan dan pertahanan badan. AnmumTM MATERNA juga rendah lemak, rendah GI dan satu-satunya susu untuk ibu hamil yang tidak mengandungi sebarang gula tambahan#.





Menurut Dr Chuah Bee Poh, Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan dari Pusat Perubatan Sunway Velocity, pengambilan nutrien yang mencukupi semasa hamil membantu mengurangkan risiko morbiditi ibu, termasuk anemia, kenaikan berat badan kehamilan yang tidak sihat, diabetes mellitus kehamilan (GDM), pra-eklampsia, kelahiran pramatang dan keguguran. “Terdapat penemuan kajian yang menunjukkan bahawa malnutrisi (kekurangan/berlebihan zat makanan) ketika hamil boleh meningkatkan risiko anak menghidapi penyakit tidak berjangkit pada masa akan datang. “Salah satu mikronutrien yang penting bagi wanita hamil adalah asid folik. Perkembangan janin menyebabkan peningkatan bilangan sel yang terbahagi berlaku dengan cepat. Hal ini membawa kepada keperluan folat yang lebih tinggi yang diperlukan untuk perkembangan janin yang sihat. Asid folik penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf. Asid folik membantu badan untuk mengurai, mengguna dan membina protein baharu yang merupakan blok binaan bagi sel-sel kita. Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan DNA dan pembentukan sel darah merah,” kata beliau.




Dr Chuah juga menekankan kepentingan bagi bakal ibu agar mengambil kalsium yang mencukupi: “Semasa mengandung, badan anda perlu membekalkan kalsium kepada janin untuk membantu perkembangan struktur penting seperti rangka dan pada masa yang sama memperbaiki dan menambah tulang dan gigi anda. Sekiranya pengambilan kalsium tidak mencukupi, kalsium yang diberikan kepada janin akan diambil daripada tulang dan gigi anda – jadi jika anda mahu tulang dan gigi anda kekal kuat semasa dan selepas kehamilan, anda perlu mencapai pengambilan kalsium yang mencukupi. Pengambilan kalsium dari 2 gelas susu segar biasa hanya boleh memenuhi sekitar 50% daripada keperluan ibu hamil setiap hari. Oleh itu lebih baik untuk mereka mengambil susu untuk ibu hamil yang telah diperkayakan.”


Pada masa yang sama, prebiotik dan probiotik juga membantu meningkatkan kesihatan badan, terutamanya untuk pencernaan dan penyerapan nutrien. “Para saintis telah melakukan penyelidikan yang menyeluruh tentang potensi prebiotik dan probiotik untuk membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus. Keseimbangan ini dapat membantu kita, termasuk wanita hamil, untuk memiliki persekitaran usus yang baik,” kata Pakar Obstetrik & Sakit Puan dan Pengasas Hospital Wanita & Kanak-kanak ANDORRA, Dr Khamsiah Muda.



2 gelas AnmumTM MATERNA mengandungi tahap folat yang setara dengan 17 biji oren, kalsium daripada 4 cawan susu segar dan zink dalam 7 keping filet salmon. Selain itu, AnmumTM MATERNA turut dirumuskan dengan MFGM, Gangliosida (GA), DHA, prebiotik & probiotik Bifidobacterium lactis HN019 (DR10TM). Dengan peningkatan keperluan pemakanan semasa kehamilan, adalah penting untuk menyokong 8 aspek penting dalam kehamilan.


AnmumTM MATERNA boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara, serta dijual secara dalam talian di Kedai Rasmi AnmumTM MATERNA, Lacta & Essential di Lazada atau Shopee.


*No. 1 dalam nilai di Semenanjung Malaysia dalam Kategori Minuman Makanan Kesihatan. Berdasarkan Audit Runcit untuk Minuman Makanan Berkhasiat untuk 12 bulan yang berakhir pada April 2021 di Seluruh Semenanjung Malaysia (Hak cipta © 2021, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)


^Untuk Asid Folik, Kalsium, Zink, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E, dengan 2 gelas sehari (RNI Malaysia, 2017)


#Untuk varian biasa sahaja

Tentang Fonterra

Kami merupakan sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang dimiliki oleh 10,000 orang peladang dan keluarga mereka. Kami membina kepakaran menerusi warisan ribuan peladang yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju tenusu di dunia.  Menerusi semangat kerjasama dan sikap serba boleh, kami menjadi pengeksport tenusu yang terkemuka di peringkat global. Warga kami seramai 22,000 orang berkongsi kebaikan pemakanan tenusu dengan warga dunia menerusi jenama penyelesaian khidmat makanan pengguna dan ramuan yang inovatif dan operasi perladangan dan pemprosesan kami di empat buah benua.


Fonterra Brands Malaysia memulakan operasinya di Shah Alam, Selangor pada 1975. Hari ini syarikat memiliki dua kilang pengeluaran, Susumas dan Dairymas, dan seramai  700 pekerja yang berusaha untuk menyediakan khasiat tenusu terbaik untuk rakyat Malaysia. Semua produk tenusu Fonterra Brands Malaysia memiliki sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT). Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri antarabangsa dan tempatan dan memiliki sijil FSSC22000, Veterinary Health Mark dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali menerusi jenama terkemuka termasuklah Anlene, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, CalciYum dan Chesdale. Bagi bahagian khidmat makanannya, Anchor Food Professionals, dikenali menerusi jenama Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.



Kajian mendapati bahawa terdapat jurang pemakanan di kalangan wanita hamil di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 13, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.