Review Movie di Netflix : The Secret Diary of an Exchange Student

Filem Brazil, jalan cerita sangat ringan. Bagi saya sendiri menonton filem ini kita akan rasa relaks jer dan banyak juga part yang kita boleh sengih-sengih (hahahahah, gedik). Oh ya! Filem ini dibarisi oleh pelakon remaja yang agak popular juga di Brazil.

Mengisahkan Barbara (Larissa Manoela) yang mempunyai impian untuk mengembara melihat dunia luar. Antara tempat impian beliau adalah New York dan Itali. Beliau telah mencuba pelbagai pekerjaan dengan harapan boleh memenuhi impian satu hari kelak.

Bersama kawan baiknya Thalia (Thati Lopez) akhirnya mereka berdua telah menyertai program pertukaran pelajar di Amerika. Di mana Thalia tinggal bersama pasangan suami isteri yang suka berburu dan kehilangan anak perempuan mereka (wajahnya agak mirip dengan Thalia). Manakala Barbara tinggal bersama seorang peguam Shirly yang mempunyai anak kecil iaitu Josh.

Sebenarnya sebelum ke Amerika Barbara ada mengenali Brad (David Sherod) eorang pramugara dan mereka telah bercinta. Kiranya bila berada di Amerika Barbara bukan sahaja dapat memenuhi impiannya mengenali negara tersebut bahkan dapat mengikuti kelas Bahasa Inggeris di kolej dan lebih dekat dengan teman lelakinya.


Siapa sangka sesuatu perkara telah terjadi menyebabkan Barbara begitu kecewa. Dan dalam mengubati rasa kecewanya beliau telah menghabiskan masanya bersama Lucas (Bruno). Lelaki tampan yang berasal dari Brazil tetapi kini tinggal di Amerika menggunakan permit.

Banyaklah perkara yang terjadi seperti ibu Lucas ditangkap dengan pihak ICE, bagaimana Thalia yang terpaksa berhadapan dengan kakak angkatnya Kat yang tiba-tiba muncul dan beliau merupakan seorang perisik. Begitu juga dengan status Brad yang secara tiba-tiba melamar Barbara. 

Dan perasaan Barbara sendiri terhadap Lucas.

Banyak konflik.Tapi penghujung filem ni agak kelakar sedikit. Tapi nak kata filem ni outstanding sangat idokler. Cuma kalau korang suka cerita ringan. Tak nak nangis sangat. Tapi boleh nak gelak-gelak sikit hah bolehlah layan filem ni.

Yang bagusnya kita dapat melihat betapa kesungguhan Barbara untuk mencapai cita-citanya menjelajah dunia :-)


Review Movie di Netflix : The Secret Diary of an Exchange Student Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 29, 2021 Rating: 5

2 comments:

  1. Macam best. Tapi kalau takde netflix nak tengok kat mana ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau google.. ada laman web yg share link movie ni

      Delete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.