Menikmati Hidangan di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Tidak Pernah Mengecewakan

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat adalah antara restoran saya bersama suami suka kunjungi di Shah Alam. Selain daripada kepelbagaian hidangan yang ditawarkan, harga yang ditawarkan cukup berpatutan antara faktor mengapa D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat sentiasa menjadi pilihan.

Restoran yang dibuka pada tahun 2010 ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Apa yang menarik di hadapan restoran sudah tersedia parkir yang agak banyak bagi memberi kemudahan pelanggan yang datang ke sini.


Konsep yang diperkenalkan memang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pelbagai makanan grill dan  bbq steamboat secara santai. Terdapat 2 ruang makan yang kita boleh pilih iaitu samada didalam kawasan yang dilengkapi dengan penghawa dingin ataupun di bahagian luar. 

Tandas perempuan serta lelaki yang selesa juga ada disediakan untuk kemudahan pelanggan yang datang ke sini. Bagi saya sendiri D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat bukan sahaja sesuai untuk dijadikan lokasi makanan besar bersama keluarga bahkan kita juga boleh adakan majlis keraian bersama rakan-rakan di sini.

Ada pelbagai jenis bahan steamboat, skew, ayam serta daging perap serta juga hidupan laut yang segar boleh dinikmati di sini. Begitu juga dengan  hidangan panas yang tersedia seperti bihun goreng, nasi lemak, kue tiau goreng basah, rendang dan pelbagai lagi ada tersedia yang boleh dijamu oleh pelanggan. Dengan konsep "eat all you can" tanpa membazir memberi peluang pelanggan mencuba pelbagai jenis hidangan hebat dan mereka gemari ketika berada di sini.

Antaranya hidangan yang ada di sini adalah seperti:-


Pelbagai jenis perapan untuk daing, kambing dan ayam. Begitu juga dengan sotong. Antara feveret saya tentulah daging perap. Sedap bethol. dengan hirisan nipis daging bukan sahaja mudah di gril ianya juga sangat lembut dan berjus. Tambahan perapannya yang cukup rasa :-)

Kerang, kepah, lala dan pelbagai lagi. Banyak betul pilihan. Saya memang suka kerang bakar, jadinya memang beria saya bakar kerang dan makan, hiks.

Pilih sahaja fish ball, crab ball, fish cake pelbagai jenis dan bentuk.

Nak tambah mi, telur dan sayuran. Tiada masalah ada juga ditawarkan untuk pelanggan di sini.

Penggemar sayuran hijau pasti tidak kecewa bila berada di sini.

Kepelbagaian sos yang boleh dicuba.

Masakan panas yang telah siap tersedia. Seperti kue tiau goreng basah.

Bihun goreng! Anak-anak memang menggemarinya.

Yup rendang ayam. Boleh dinikmati bersama bihun goreng atau nasi lemak.

Nasi lemak kukus. Suami saya bagi feedback katanya sedap!

Sambal yang ohsem!

Pencuci mulut seperti kek pun ada ya :-)

Kalau ke sini jangan lupa untuk cuba teh tarik. Memang terbaik! Terdapat juga minuman sejuk yang boleh dipilih seperti air oren, anggur dan pelbagai lagi.

ABC. Boleh pilih bahan dan buat sendiri.

Nikmati hidangan steamboat dan bbq mengikut pilihan dan kegemaran

Sup tomyam untuk steamboat di sini memang sedap. Cukup rasa, masam dan masin ngam sempurna.

Antara hidangan saya dan suami nikmati. Btw ni baru first round. Hiks.

Nom nom. Ber-steamboat dan BBQ mengikut citarasa sendiri.

Muka kenyang dan puas hati. So apa lagi jom ke sini :-)

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

No.1 Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi: 
Hari biasa: 4pm - 11pm
Hari minggu (Sabtu dan Ahad): 12pm-11.30pm
*Untuk hari minggu dan cuti umum, digalakkan membuat tempahan awal terlebih dahulu.


Harga:
Dewasa / kanak-kanak 12 tahun ke atas : RM29.90
Kanak-kanak (7-11 tahun): RM14.90
Warga emas: RM24.90


Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkayangansteamboat

Menikmati Hidangan di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Tidak Pernah Mengecewakan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 17, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Teringin betul la i nak makan steamboat macam ni you. Lama dah tak makan. Infact D Kayangan ni lama dah dia survive sebab Tupai2 yang berdekatan pun dah tutup.

    ReplyDelete
  2. Wah, dah buka balik ek? Tapi harga dia memang macam ni ke? rasa macam murah pulak sekarang ni. Maybe promo baru. Tak sabar nak makan sini llagi

    ReplyDelete
  3. Laa, no wonder lah Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ni popular sangat. Baru tahu yang deorang ada banyak pilihan buffet tu, harga dah la murah sangat.

    ReplyDelete
  4. Oh yummy!!!!!!!!!! The food look so yummy! Thank you for sharing your review of this restaurant with me.

    ReplyDelete
  5. Oh wow. Teringin nak makan steamboat pula bila lepas tengok your pictures nie. Teringat pernah makan situ dulu and their hot drinks adalah penambat jiwa Rawlins hahaha

    ReplyDelete
  6. sebelum PKP 2.0 hari tu sempatlah jugak saya makan dekat steamboat ni, memang best & puas hati sangat. makan sampai tak boleh masuk dah haha :)

    ReplyDelete
  7. Best makan dekat sni, antara tempat paling murah nad pernah pergi dengan pelbagai pilihan makanna.

    ReplyDelete
  8. Selalu nampak, selalu baca feedback, semua kata best makan sini.. entah bila dapat nak makan sini.. one day dah boleh merentas, nak singgah juga...

    ReplyDelete
  9. Wah mcm2 ada tu... Sedap nampak semuanya.. Harga pun reasonable bagi saya...

    ReplyDelete
  10. Fuhhh...menarik sangat ni Kak. Nanti nak belanja Mr Husband dan anak-anak la sini. Banyak betul pilihan menu. Gream tengok kek dia sebab Sal hantu kek..hehehe

    ReplyDelete
  11. wah sedap2 yer semua... dah lama tak bawa anak-anak makan steamboat macam ni. berbaloi makan sini, macam-macam ada....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.