Bufet Ramadhan 2021 | Lugar De La Boda @ Puchong Menawarkan Lebih 60 Hidangan Yang Menarik

Bufet Ramadhan 2021 | Lugar De La Boda @ Puchong Menawarkan Lebih 60 Hidangan Yang Menarik- Rindu buffet ramadhan? Nak dapatkan harga yang berbaloi dan lokasi yang sesuai untuk datang bersama keluarga atau rakan. Hah! Apa kata korang datang berbuka di Lugar De La Boda @ Puchong. Sebabnya hidangan yang disediakan di sini semuanya memang sedap dan menarik

Jadi apakah juadah berbuka puasa yang disediakan di bufet ramadan Lugar De La Boda @ Puchong tahun ini 😉?


Untuk pengetahuan semua, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Dan untuk bufet ramadhan tahun ini, Lugar De La Boda telah menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 gerai dimana ianya diletakkan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disajikan lengkap dari pembuka selera, hidangan berat sehinggalah pencuci mulut.





Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'. Selain itu, anda bakal menikmati 'Nasi Beriani' yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)', 'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'.





Seterusnya, terdapat 10 stall yang anda Wajib cuba sebab semuanya menarik tau. Dalam 10 stall tersebut ada namanya yang tersendiri iaitu 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner'. Hidangan di stall termasuk 'Kambing Grill Sos Lemon', 'Char Kuey Tiaw', 'Tepanyaki', 'Roti John', 'ABC', 'Dim Sum' dan banyak lagi.



Tidak lengkap kalau makan tanpa pencuci mulut. Disini terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah buahan tempatan. 

Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis setiap hari termasuk 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'. Pastinya melengkapkan menu berbuka puasa anda nanti.




Harga Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong


Bufet Ramadhan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM79
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59

Special Offer!
Untuk anda yang ingin menempah secara beramai-ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa seperti berikut :

1 Meja (8 Pax) - RM632


Early Bird Offer!
Nak harga murah? Mestilah ada. Anda boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut :

Dewasa (Seorang) - RM59
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30
1 Meja (8 Pax) - RM450

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda, sila layari:

Instagram : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/buffetramadhanselangor2021


Alamat Lugar De La Boda [WAZE ]


Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Jom kita berbuka di sini!!!

#ramadhan2021 #buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetmurah #buffet #buffetramadhanpuchong2021 #buffetramadhanexclusive #iftarramadhan #buffetpuchong #berbukapuasa #buffet2021 #buffetramadhanpuchongmurah #bukapuasa #buffettermurah #buffetmurahpuchong #buffetramadhanhanan #buffetramadhan2021

Bufet Ramadhan 2021 | Lugar De La Boda @ Puchong Menawarkan Lebih 60 Hidangan Yang Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 31, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. Exploring new and interesting dishes is always a delightful adventure. Just like the diverse world of cuisine, the academic landscape also offers a variety of subjects. As a student, I've found that having a reliable supply chain assignment writing Service is like having a trusted recipe guide for tackling complex assignments. Just as we savor unique flavors.



    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.