Baju Melayu Untuk Lelaki Bersaiz Besar Semestinya di Bob Rock LoveLily

Bersaiz besar bukan alasan,
Berbaju melayu di hari lebaran,
Nampak lebih segak dan tampan,
Material elok terletak di badan.

Seperti yang kita maklum, Bob Rock LoveLily (BRLL) mula memperkenalkan dan melancarkan baju
melayu sejak tahun 2019 lagi. Pada awal pengenalan BRLL hanya menghasilkan 4 pilihan warna sahaja. Ini memandang percubaan pertama kali untuk ditawarkan kepada mereka yang bersaiz besar (plus size). Namun siapa sangka ianya habis terjual dalam tempoh 2 minggu di awal bulan ramadhan sahaja. Memang benar-benar laku dan mendapat sambutan hebat.


Mengapa Baju Melayu Bob Rock LoveLily (BRLL) Menjadi Pilihan?

Baju melayu keluaran BRLL adalah jenis baju tradisi Baju Melayu Cekak Musang.Seperti yang kita maklum kolarnya mempunyaai bukaan yang luas sekaligus dapat memberi keselesaan. Apatah lagi untuk rekaan baju itu sendiri memberi potongan bentu A (Relax-Fit) dengan belahan di hujung baju melayu. Jadi ianya selesa terutama buat mereka yang berbadan besar biasanya akan mengalami masalah di bahagian perut.


Selain itu, fabrik yang digunakan adalah dari jenis Twill. Untuk pengetahuan semua kain Twill adalah berasaskan kapas dan jenis fabrik ini sangat bersesuaian dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas. Antara ciri-ciri kain kapas Twill ialah ianya mudah menyerap peluh dan juga cepat kering. Jika diperhatikan kain kapas Twill adalah sejenis fabrik yang tidak berkilat dan ianya lembut pada kulit serta
terletak elok pada badan.

Bob Rock LoveLily sangat mementingkan kualiti dalam setiap penghasilan pakaian di butik di mereka. Kita akan dapat lihat jahitan sememangnya sangat kemas dan kuat. Ini membuatkan baju melayu yang ditawarkan di sini lebih tahan lasak

Tiada masalah jika kita mahu menyinsing lengan baju samada untuk mengambil wudhuk mahupun mengambil juadah makanan. Ini kerana rekaan di lengan baju sememangnya luas dan ini sangat praktikal dan selesa.

Terdapat 3 poket di bahagian depan baju iaitu 1 di bahagian atas di sebelah kiri dan 2 lagi di bahagian bawah. Baju melayu ini hadir dengan 5 lubang butang baju melayu. Jadi kita boleh pilih rekaan butang melayu mengikut pilihan hati untuk dipadankan dengan baju yang hendak digayakan terutama di hari lebaran.

Potongan seluar baju melayu yang diperkenalkan agak klasik, lurus dan sekaligus memberi keselesaan. Ini jika dilihat pada pinggang seluar baju melayu yang mudah regang dan bergetah serta pembukaan getahnya yang lebar. Ciri rekaan seluar yang diperkenalkan dapat memastikan seluar tidak mencubit di
perut. Jadi kita akan tetap selesa biarpun telah menikmati pelbagai jenis hidangan.

Seluar adalah dari jenis berzip dan dikemaskan dengan cangkuk. Di samping itu, seluar baju melayu ini juga mempunyai 2 poket sisi bagi memudahkan penyimpanan dompet dan barang bernilai.


Baju Melayu Bob Rock LoveLily hadir dengan 8 warna menarik dan mudah dipadankan. Antara warna yang diperkenalkan adalah seperti:-
  • Black


  • Red
  • Dark Gold
  • Burnt Orange

  • Royal Blue
  • Royal Purple
  • Night Blue
  • Pewter Grey

Seperti yang kita ketahui butik Bob Rock LoveLily menawarkan semua baju untuk mereka yang berbadan besar ( plus size). Dan untuk baju melayu saiz yang ditawarkan adalah dari XL hingga 6XL. Namun demikian potongan saiz di Bob Rock LoveLily pada kebiasaannya adalah lebih besar dari kebanyakkan kedai pakaian yang lain.



Pastikan sebelum korang membeli, korang rujuk terlebih dahulu carta saiz yang disediakan oleh pihak Bob Rock LoveLily yerp..



Sekarang ada promosi untuk baju melayu di Bob Rock  LoveLily. Untuk harga asal (sebenar) bagi sepasang baju melayu adalah RM269.00. Tetapi untuk harga promosi sekarang ini adalah RM199.00* sepasang. Serius murah!! Paling best, tiada caj untuk penghantaran (percuma poslaju*)


Untuk Pembelian Pakaian Dari Bob Rock LoveLily

Tawaran pakaian adalah bergantung kepada stok sementara yang masih ada!!! Jadi pada mereka yang berbadan besar nak beli baju melayu, apa kata layari laman web Bob Rock LoveLily sekarang juga. Untuk mengelakkan kehabisan stok (siapa jangka!).


Untuk pembelian koleksi baju lain boleh layari juga laman web:

Shopee: 

Untuk sebarang pembelian atas talian. 



Untuk membeli terus dari butik, boleh ke:
Bob Rock LoveLily, 
Lot F-15 Aras 1, 
PLAZA SHAH ALAM, 
Seksyen 9, Shah
Alam Selangor.

Waze/Google: Bob Rock LoveLily
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Boleh hubungi:
Talian telefon: 03-55133588
Whatsapp Admin 1: 011-10091301 (https://linktr.ee/bobrocklovelily)

Sosial media: 
Instagram (bobrocklovelily): https://www.instagram.com/bobrocklovelily/

Baju Melayu Untuk Lelaki Bersaiz Besar Semestinya di Bob Rock LoveLily Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 25, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. Bergaya betul Bro dalam post you ni. Ye lah badan size besar pun nak bergaya juga. Mujur ada Bob Rock LoveLily. Bagi i nama kedai dia ni catchy.

    ReplyDelete
  2. cantik baju kat bob rock lovelily ni, nanti boleh suggest pada sepupu. dia plus size

    ReplyDelete
  3. Wow........Bob Rock dah iklan kan dah collection raya depa. Nice! I hope our raya will be better this year.

    ReplyDelete
  4. design simple tapi cantik dan kemas. sekaranf yg berbadan besar tak perlu risau lagi nak cari baju melayu yg cantik dan sesuai kan

    ReplyDelete
  5. Haritu pernah nampak membe pakai, walaupun plus size kurta, tapi lawa cutting dia. Memang tak nampak mcm plus size punya.

    ReplyDelete
  6. Mudah macam ni jarang ada baju melayu plus size , biasanya saiz2 gini semua kena tempah khas. Suka kaler royal blue tu, tapi kaler2 lain pun cantik jugak . Terasa sungguh bahang Ramadhan semakin menghampiri kita.

    ReplyDelete
  7. Kawan kita siap dah memborong dah Ayu..sebab anak sedara dia nak masuk asrama, bdn pun boleh tahan besar, so dia beli di BRLL ni jerr.. banyak pilihan katanya..

    ReplyDelete
  8. Akak, ni memang lokasi plussize utk lelaki. Ramai kawan saya yang besar-besar. Suami yang besar-besar suka ke sini. Ni nak dekat raya. Baju melayu lg banyak koleksi. Harus serbu!

    ReplyDelete
  9. Bagus la ada kedai mcm ni... No offense, but mereka boleh shop dengan happy mcm ni.. Tak stress... Kadang2 nell pun stress bila cari baju taw.. Size tak kena!

    ReplyDelete
  10. totally loving how they cater to even plus size people. so inclusive and beautiful!

    ReplyDelete
  11. I am happy for plus size friends! They no need to be worry & shy for hard to get their outfits. They can visit here!

    ReplyDelete
  12. uii sampai size 6xl eh. besar betul baju ni. senang la nk suggest kat kawan yg bersize besar

    ReplyDelete
  13. Memang sini lah tempat kita untuk dapatkan baju raya baru setiap tahun. Dan tahun ni kena lebih meriah sebab harap boleh rentas negeri lah nak beraya hehehehe bestnya...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.