Pakaian Bersaiz Besar Cantik, Selesa dan Berkualiti Hanya Di Bob Rock Lovelily

Pakaian Bersaiz Besar Cantik, Selesa dan Berkualiti Hanya Di Bob Rock Lovelily - Pastinya agak  sukar untuk mereka yang berbadan besar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengan saiz mereka. Bukan sahaja saiz bahkan isu keselesaan juga antara faktor yang sering menjadi keutamaan terutama jenis fabrik yang sesuai untuk mereka yang berbadan besar. Hah! Berita baik untuk semua yang plus size, ini kerana Butik Bob Rock LoveLily merupakan kedai pakaian yang ada menawarkan pakaian berSAIZ BESAR.


Apa yang menarik rekaannya adalah bersaiz besar mengikut potongan badan orang Asia. Seperti yang kita maklum orang Asia biarpun badannya agak besar tetapi saiznya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan orang berbadan besar di negara Eropah, Amerika mahupun Asia Barat. Secara tidak langsung dengan membeli baju di Bob Rock seumpama membeli baju yang ditempah khas. Walaupun hakikatnya kita hanya dapatkan dari butik sahaja.

Ditawarkan dari saiz XL sehingga 6XL dengan pelbagai jenis rekaan pakaian terkini dan juga fabrik yang memang sesuai bukan sahaja mereka yang berbadan besar bahkan dengan cuaca Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun. Untuk informasi, pakaian lelaki adalah di bawah jenama Bob Rock, manakala untuk pakaian wanita di bawah jenama LoveLily.



Ke semua koleksi pakaian ditawarkan di Bob Rock Lovelily boleh dijadikan pakaian harian mahupun pakaian rasmi ke tempat kerja seperti baju kemeja, seluar slack kerja yang stretchable, seluar jeans, baju melayu dan juga kurta pelbagai corak. Begitu juga dengan baju wanita terdapat juga blouse plain atau bercorak, seluar panjang, baju kurung dan pelbagai lagi.

Antara keunikkan pakaian dari Bob Rock Lovelily adalah :-

Rekaan dan Material Terbaik

Mementingkan kepada kualiti dalam setiap pakaian yang dikeluarkan, Bob Rock Lovelily mencari dan memilih sendiri material fabrik sepertimana yang mereka mahukan. Pelbagai faktor diambil kira dan keselesaan menjadi keutamaan utama. Apatah lagi mereka yang berbadan besar memang senang berpeluh. Jika silap memilih fabrik boleh menyebabkan rasa rimas, tidak selesa dan pakaian akan kelihatan basah seperti baru mandi. Tambah pula keadaan cuaca Malaysia yang sememangnya agak panas memang mudah berpeluh. 

Fabrik berasaskan kain kapas sentiasa menjadi pilihan, ini kerana;
  • Tekstur kainnya  yang lembut, sejuk dan tidak mengecut. Selesa dipakai.
  • Kain kapas adalah hypoallergenic atau tahan hama dan habuk. Ianya  adalah kain pilihan terbaik terutama bagi mereka yang mempunayi masalah asma dan alahan. Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga sesuai kerana kain ini memang boleh elak masalah kerengsaan kulit.
  • Tekstur fabrik membenarkan peredaran udara berfungsi dengan baik bagi membantu mengeluarkan dan menyerap lembapan kulit, mengurangkan rasa kepanasan serta mengekalkan suhu sejuk dan kering pada badan.
  • Menpunyai gentian paling kuat iaitu tahan suhu tinggi ketika proses penyahkuman dilakukan. Jika dilihat di hospital menggunakan kain kapas untuk cadar dan pakaian pesakit. Ini kerana bekas baju dan cadar yang diguna perlu direndam pada air yang menggelegak bagi membunuh kuman. Ini membuktikan tekstur kain tahan lama dan tahan lasak.

Sentiasa Menawarkan Rekaan Terbaru dan Up To Date

Di Bob Rock, koleksi yang sentiasa mendapat permintaan adalah baju melayu bersaiz besar. Jadinya di sini memang menawarkan pelbagai baju melayu ready made bersaiz besar dengan harga yang sangat berpatutan. 
Berbanding dengan harga baju yang perlu ditempah kosnya lebih mahal. Ini kerana melibatkan pembelian kain dan juga upah menjahit yang agak tinggi. Baju melayu lelaki yang ditawarkan adalah dari saiz XL sehingga 6XL.


Selain itu koleksi kurta Bob Rock juga antara yang paling digemari dan dicari pelanggan berbadan besar. Untuk tahun sebelum ini  Bob Rock hanya menawarkan kurta plain tapi untuk koleksi terbaru ditawarkan kurta printed khas untuk bulan ramadhan dan syawal tahun ini.

Di bawah adalah contoh PREMIUM JAPANESE COTTON: KURTA PRINTED 



Seluar Slack Stretchable

Untuk koleksi seluar boleh dikatakan hampir ke semua rekannya jenis yang boleh meregang. Dan ini sangat sesuai untuk orang bersaiz besar. 







Contoh lain fabrik yang digunakan dalam setiap rekaan Bob Rock Lovelily:-

COTTON TWILL: BAJU MELAYU 


OXFORD COTTON: OXFORD OFFICE & KURTA 


PREMIUM JAPANESE COTTON: KURTA PRINTED & COUPLE SET 


Berminat nak matchy-matchy dengan pasangan? Di Bob Rock memang ada menawarkan baju yang sedondon lelaki dan perempuan.


COUPLE SET

Pelanggan pboleh datang ke outlet ataupun membuat pembelian dari laman web :


Social Media:
https://www.facebook.com/bobrockapparel
https://www.instagram.com/bobrocklovelily/

Alamat butik:
Bob Rock Apparel & LoveLily KL
Lot F-14 & F-15
Aras 1
Plaza Shah Alam
Seksyen 9
Shah Alam Selangor

Pakaian Bersaiz Besar Cantik, Selesa dan Berkualiti Hanya Di Bob Rock Lovelily Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 08, 2021 Rating: 5

15 comments:

  1. Bagus you ada fesyen dan size untuk Plus Size. Bukan apa kesian mereka yang Plus Size juga ingin mengenakan fesyen terkini. Nasib baik ada Bob Rock!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ezz...at least ada butik yang menawarkan untuk mereka yang sukar dapatkan saiz besar

      Delete
  2. wah. lama dah cari website yang jual baju plus size ni..kalau dekat luar memang payah nak cari..nak tengok-tengok ni jap

    ReplyDelete
  3. Wahhh...bagus lah sekarang dah ada fesyen and saiz untuk orang yang Plus Saiz. Jadi, mereka mudah lah nak dapatkan pakaian yang sesuai dengan saiz mereka.

    ReplyDelete
  4. dulu tau pasal kedai ni pun sebab akak yang share. baguslah dorang ni buat untuk mereka yang memerlukannya. hopefully dorang akan buka lebih cawangan lagi nanti mudah untuk orang2 comel dapatkan baju dorang

    ReplyDelete
  5. Urmph.........I think I heard of this retailer before. X silap I dia ada kedai di Shah Alam kan? Yeah, fashion dia boley tahan.

    ReplyDelete
  6. stylo jugak baju kat sini untuk plus size. boleh rekemen kat kawan2 nanti.

    ReplyDelete
  7. Susah tau nak jumpa orang yg jual baju plus size. Boleh laa usha web Bob Rock Lovelily ni. Design pun nampak smart. Thanks share

    ReplyDelete
  8. Oh. Boleh beli online gak ek? Boleh Rawlins rekomen kat my cousin yang letih mencari pakaian saiz beliau. Thanks sharing info nie

    ReplyDelete
  9. bagus brand ni, memudahkan orang size badan besar ni cari baju cantik2. siap ada baju couple tu. nice

    ReplyDelete
  10. Bagusla ada kedai yang khas for PLUS SIZE macam ni.. confirm ada size bila visit kedai ni kan.. boleh share2 dengan kawan2 yang lain tentang kedai ni.. boleh shop online juga senang juga ni.. (Y)

    ReplyDelete
  11. Bagi org yang berbadan besar, material pakaian penting untuk lebih selesa. Kdgkala mmg susah juga nak cari kat mana kan. Boleh bella share kedai pakaian jenama Bob Rock Lovelily.

    ReplyDelete
  12. Teruja pulak ada kedai untuk saiz badan besar gini laaa... bukan senang nak jumpa kan.. Sis sendiri pun agak besar badannya dan suka beli baju yang besar.. nanti boleh tengok-tengok..

    ReplyDelete
  13. Cutting dia cantik la Kak Ayu even saiz besar. Jadi nampak bergaya dan tak menggelebeh. Boleh suggest kat adik ipar ni

    ReplyDelete
  14. Bagusnya ada rangkaian fesyen khas untuk org Asia yg plus size. Selalunya kalau susah nak dapat saiz kat Malaysia ni, terpaksa beli di luar negara, tapi tu la, potongannya mungkin tak sesuai untuk orang kita.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.