Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup- Pandemik ini sememangnya memberi kesan terhadap  hampir ke semua perusahaan samada kecil mahupun besar di Malaysia. Kegagalan untuk bertahan, kurangnya permintaan dari pasaran, perniagaan tidak boleh beroperasi seperti biasa dan pelbagai lagi perkara yang menyebabkan ramai usahawan yang mula rasa hilang semangat dalam industri perniagaan.


Melihat kepada situasi ini, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) telah berusaha menyediakan satu platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika berlakunya situasi pandemik ini.


Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup akan dilaksanakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi membantu mereka untuk melakukan seterusnya menyaksikan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan walaupun ketika pandemik ini.

Semua usahawan boleh berjaya di zaman pandemik


Jelasnya Tuan Radz, dalam tempoh mencabar ini ada sahaja sebenarnya usahawan yang dapat berubah sehingga memperolehi pencapaian lebih baik. Ini seperti dialami oleh ramai usahawan yang telahpun mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.

Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa. Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan.
Radz Mohd


RichWorks memberi sokongan dan bimbingan kepada mereka yang ingin berjaya

RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi.


Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.
Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah. 

Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion. 
ujarnya lagi.


Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.
Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini.
 jelasnya.

Ini masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan ubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik. Melalui program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup, bukan sahaja pelbagai ilmu dari sifu perniagaan dapat dikongsikan bahkan membakar semangat kit auntuk terus lebih berjaya apabila berada didalam kumpulan (cirlcle) mereka yang sentiasa bersemangat dan mencari peluang untuk sentiasa mahu maju ke hadapan.

Layari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com bagi pendaftaran dan keterangan lanjut.



Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 24, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.