Illang: The Wolf Brigade | Suka Dengan Lakonan Gang Dong-won

Ini adalah antara filem Korea yang mendapat perhatian saya disebabkan oleh watak utamanya dilakonkan oleh Gang Dong-wan. Untuk pengetahuan semua Gong Dong-wan banyak melakonkan watak aksi, jarang sangat beliau berlakon dalam filem komedi.  Illang: The Wolf Brigade diadaptasi dari animasi Mamoru Oshii dan Hiroyuki Okiura.

Filem ini mengisahkan pada tahun 2024, keadaan ekonomi yang teruk akibat polisi negara China dan Jepun, menyebabkan Korea bergabung. Banyak konflik yang berlaku (serangan dan pembunuhan budak kolej yang tidak bersalah tanpa sengaja) dan wujudla kumpulan terrosist yang dikenali sebagai Sect menimbulkan lebih banyak kekacauan. Dan Kerajaan menubuhkan Special Unit untuk deal dengan kumpulan Sect ni.

Dipendekkan cerita dalam serangan melumpuhkan kumpulan ini, terbunuhla seorang budak perempuan (actually budak perempuan ni yang sebenarnya bunuh dirinya sendiri) dikenali sebagai riding hood. Masa kejadian itu Im Joong-Kyung (Gang Dong-won) memang berada depan budak tu.

Dipendekkan cerita beberapa tahun lepas tu, kawan Im Joong-Kyung pass lah diari budak yang dikenali dengan riding hood dekat dia. So, kawan dia suruh pulang diari tu pada kakak dia iaitu Lee Yoon-Hee. Masa jumpa kakak dia ni claim, dia meneruskan perniagaan bapa dia menjual buku-buku lama dan terpakai. Tapi sebenarnya ada plot, Lee Yoon-Hee ni sebenarnya dia anggota Sect kiranya macam ada tugasan nak perangkap si Im Joong-Kyung. Lee Yoon-Hee ni buat semua tu kerana perlukan duit untuk merawat adik dia yang sakit dekat hospital. 

Im Joong-Kyung kita akan nampak macam dia suka dekat Lee Yoon-Hee. Walaupun dia tak cakap tapi cara dia pandang dan melayan Lee Yoon-Hee ni memang nampak sesuatu dan gentleman sangat.

Bila tengok filem ni, kita akan nampak plot twist dekat part last. Samada Lee Yoon-Hee dan Im Joong-Kyung ini selamat atau tidak dan diaorang dapat hidup seperti yang mereka mahukan. Dan siapakah anggota Wolf Brigade dari unit khas - satu kumpulan amatur underground yang giler hebat. Tengok cara Wolf  Brigade ni bertarung memang ohsem...

Jang Jin-Tae orang kuat Wolf Brigade. Perancangan dan strategi dia memang best. Masa mula tonton tak boleh fikir dia ni sebenarnya sebelah special unit atau sebaliknya sebab caranya macam anti Kerajaan.

Gang Dong-won, bagi sayalah dia tidakla popular untuk drama berantai. Tapi lebih kepada filem aksi. 
Jarang juga baca gossip tentang beliau.

Filem Train to Busan 2 : Peninsular ni yang terbaru filem Gang Dong-won berlakon saya tonton. Untuk tahun 2021, filem lakonan Gang Dong-won yang bertajuk Broker akan ditayangkan. Masih tak dapat bayang lagi bulan bila akan dipertontonkan.

Saya perasan Gang Dong-won karektor dia banyak main dengan emosi wajah. Kurang juga dialog tapi lebih kepada aksi. Maybe dia memang ada skill dan asas ilmu mempertahankan diri. Sebab nampak memang best setiap kali dia bawa aksa bertarung.


Korang pernah tengok filem lakonan Gang Dong-wan tak?

Hiks.

Illang: The Wolf Brigade | Suka Dengan Lakonan Gang Dong-won Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 12, 2021 Rating: 5

15 comments:

  1. Patut la familiar Gang Dong - Won ni sebab berlakon dalam Peninsular. Nampak macam menarik ajer jalan cerita ni. Boleh tonton!

    ReplyDelete
  2. Wah... nampak menarik je cerita ni. Visual dia nampak cantik dan level tinggi. Saya baca sinopsis ni pun dah tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
  3. Gang Dong Won is a good actor. Kita pun suka dgn lakonan dia. Memang taletend and charismatic dia nie.

    ReplyDelete
  4. Ok. Yang nie mcam boleh masuk list movies to watch Rawlins ni. Movie Korea sekarang dah makin power dan sebahagiannya better dari Hollywood kan

    ReplyDelete
  5. Pernh tgk peninsular.. Memang muka penuh aksi tau dia ni.. Lain tak tengok lagi.. Lama2 suka dengan cerita korea ni.

    ReplyDelete
  6. Wahh layan Korean nampak. Semua ensem2 oppa. Haha. Nampak best cite ni. Kat Netflix ada tak?

    ReplyDelete
  7. Jalan cerita best dan unik. Kalau ada peluang nanti saya akan tonton.

    ReplyDelete
  8. Suka layan cerita korea tapi tak pernah duk hafal nama diorang. Cerita ni macam menarik je.bolehla layan nanti

    ReplyDelete
  9. Pernah tengok.. yang Peninsular tu belum dapat tengok lagi... lambat nau masuk Netflix ek hahahaha..

    ReplyDelete
  10. Actually Kit tak tengok lagi Train to Busan 2: Peninsular la huhu.. boleh la masukkan dalam watching list nanti, macam menarik jer! especially movie about the future... (Y)

    ReplyDelete
  11. dh lama tak layan movie Korea . camm best jer movie nki, storyline pun menarik. Nanti nak tengok lah, suka gak dengan hero tu berlakon

    ReplyDelete
  12. memang minat lakonan dia , paling best pernah tengok movie ni tajuknya A Violent Prosecutor ... memang best....tapi lebih suka layan dia punya realiti show...

    ReplyDelete
  13. Kak selalu tgk KDrama jer.. filem jarang tp bila baca cite dia rasa nti nak tgk, pelakon Gang Dong Won mmg best

    ReplyDelete
  14. Wah... macam menarik je cerita ni. Lagi-lagi Gang Dong Won berlakon memang mantap. Kitaorang satu family layan lah.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.