GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Terbaru dari Gintell Yang Berinovasi Tinggi dan Canggih



Umpama duduk di kerusi McLaren 720s, empuk dan selesa begitulah yang kita dapat rasai sendiri apabila mengurut menggunakan GINTELL S7 SuperChAiR. Apa yang menarik  kerusi urut versi baru ini didatangkan dengan teknologi terkini dan serba canggih. Sesuai dengan slogan yang diperkenalkan oleh GINTELL iaitu ‘Brilliance of Wellness’ yang membawa maksud  ‘Kecemerlangan dalam Kesejahteraan’ bersama inovasi teknologi AI dalam mencipta pengalaman urut yang selesa dan luar biasa.

Kerusi urut GINTELL S7 adalah kerusi urut pertama yang mempunyai AI SuperChAiR dengan 875 kombinasi urutan yang boleh memberi lebih pilihan dan keselesaan kepada pengguna. Produk ini telahpun dilancarkan di IOI City Mall Center Court, Lower Ground Floor oleh pengasasnya, Datuk Goh Cheh Yak. Turut menghadiri majlis pelancaran tersebut adalah duta jenama GINTELL, Amber Chia.

Bila kita melakukan pelbagai aktiviti seharian, badan kita memang penat dan perlukan rehat. Apatah lagi kita mula rasa letih, kebas dan sengal-sengal badan. Cara mengatasi masalah ini dengan cara yang baik adalah melalui mengurut badan. Mengurut dapat membantu melancarkan peredaran darah sekaligus dapat mengurangkan rasa kebas semut-semut atau kejang urat (cramp) kerana darah tidak berjalan lancar. 

Urutan boleh dilakukan di rumah sahaja dengan menggunakan kerusi urut GINTELL. Apatah  lagi sekarang ini telah diperkenalkan kerusi urut berinovasi tinggi iaitu GINTELL S7 SuperChAiR.


Kelebihan GINTELL S7 SuperChAiR

Kerusi urut GINTELL S7 adalah kerusi urut pertama yang mempunyai AI SuperChAiR. Ianya bukan sahaja boleh digunakan oleh orang dewasa bahkan untuk warga emas seperti ibubapa kita juga sangat sesuai menggunakannnya. Apatah lagi dengan ciri dan teknologi terkini yang diperkenalkan menjadikan kerusi urut ini lebih praktikal digunakan terutama mereka yang telah berusia. Terdapat pelbagai ciri hebat yang diperkenalkan dalam kerusi urut terbaru GINTELL ini, antaranya seperti:-

  •  Menawarkan 875 kombinasi urutan yang memberi lebih keselesaan kepada pengguna
Memang banyak betul jenis urutan yang diperkenalkan memberi kita pilihan untuk kita mencuba mengikut kesesuaian badan perlukan.

  • Dilengkapi oleh AI Senses bersama ViTec (Voice Intelligence Technology)
Kerusi urut yang pertama di Malaysia mengunakan teknologi kawalan suara pintar untuk beroperasi. Dengan adanya teknologi ini, kerusi ini boleh mendengar, menganalisi dan memahami keperluan badan individu, menghasilkan program urut yang sesuai dengan pengguna. Awesome!

Contoh jika kita mahu mulakan urutan hanya sebut sahaja Gintell, Start Massage!
Terus kita akan rasa pergerakan dari kerusi urut Gintell :-)

  • Menpunyai AI ViTec Massage Hand
Apa yang menarik tentang AI ViTec Massage Hand, ianya menggunakan kaedah urutan yang sama seperti tangan manusia, memberi penekaan roller sehingga 13cm, dan memberi urutan yang lebih berkesan. 


Memang kita akan rasa seperti orang mencengkan di bahagian bahu. Serius best!  Bayangkan teknologi kerusi ini boleh ukur struktur tulang belakang kita (measure back bone shape) mengikut ketinggian. Ianya boleh tahu kedudukan bahu kita dan secara automatik akan memperbetulkan/melaraskan pembaringan kerusi mengikut ketinggian badan juga.

  • Mempunyai teknologi “memory seat”

Seperti kereta “SUPER CAR” terkini yang mempunyai teknologi “memory seat”, kerusi urut GINTELL S7 juga terdapat 10 slot Vi-memory yang boleh meyimpan urutan kesukaan kita. Jadinya kita boleh set jenis urutan yang kita gemari di kerusi urut S7. Memang memberi kemudahan terutama buat warga emas seperti ayah dan ibu yang tidak perlu menekan atau mencari jenis urutan setiap kali mahu menggunakannya. Hanya pilih dari Vi-memory yang telah kita tetapkan (set) sahaja.

  • Urutan istimewa SIFU Dato Seri Master Chris Leong


Antara kelebihan lain kerusi urut Gintell S7 SuperChAiRuga mempunyai urutan yang dicipta khas oleh SIFU Dato Seri Master Chris Leong (Pengamal Rawatan Tradisional Cina “Tit-Tar”). Sifu dalam bidang pengurutan ini memang cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Dato Seri Master Chris telah berkongsi bahawa peregangan seluruh badan sebanyak 230° dapat membantu mengurangkan sakit leher, bahu dan belakang, dan juga dapat meningkatkan peredaran darah dengan memperbaiki otot. Kita akan dalam 3 minit untuk regangan badan sebanyak 2 kali ini juga bagus untuk mereka yang kerap rasa sakit pinggang.

  • Ada teknologi bluetooth!

Samil mengurut kita juga boleh mendengar lagu-lagu kegemaran dari te;efon pintar dan lain-lain menggunakan teknologi bluetooth yang didatangkan khas bersama kerusi urut ini. Ini terutama jika kita sukakan suasana yang tenang dan satu cara untuk 'me time' atau terapi diri.

  • Slot untuk urutan tangan 

Seperti kerus urut yang lain Gontell S7 SuperChAiR turut menyediakan slot khas tangan untuk jenis urutan pada tangan. Bukan sahaja kaki, tapak kaki, betis bahkan seluruh badan boleh diurut dari belakang menggunakan kerusi urut hebat ini.

  •  Kerusi urut yang boleh kita 'charge' phone

Korang boleh 'charge' phone sambil mengurut. Bestkan! Pertama kali saya melihat teknologi sebegini canggih.


Bersempena dengan pre-pelancaran, GINTELL menawarkan promosi dan potongan harga istimewa untuk pelanggannya. (Psst: Memang berbaloi untuk kita hadiahkan pada orang tua tersayang atau beli untuk kegunaan sendiri). Oh ya! Ada hadiah PERCUMA bernilai RM1488. Bestkan!!!

Jom korang rebut peluang dapatkan GINTELL SuperChAiR yang ditawarkan pada promosi pra-pelancaran pada nilai yang cukup hebat di roadshow GINTELL IOI City Mall sebelum 5 April 2021.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk maklumat yang lanjut, sila kunjungi mana-mana bilik pameran GINTELL yang berhampiran atau hubungi talian khidmat pelanggan +603-6277 9333. Ataupun sebagai alternatif, boleh layari www.gintell.com

#GINTELLMalaysia
 #GINTELLRoadshow 
#GINTELLLive 
#GINTELLS7 
#S7SUPERChAiR 
#BrillianceOfWellness
GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Terbaru dari Gintell Yang Berinovasi Tinggi dan Canggih Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 30, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Menarik juga ada kerusi mengurut 1 kat rumah ni you. Time lenguh2 tu ada yang tolong urutkan. Boleh la i pi IOI City Mall ni untuk tengok GINTELLSuperChair

    ReplyDelete
  2. Menarik. Ada urutan SIFU Dato Seri Master Chris Leong dan juga boleh charge phone? Gintell ni memang 'otai' dalam urutan kan.

    ReplyDelete
  3. okay tengok pun dah tahu selesa! selalu terfkir nak hadiahkan untuk mak ayah tapi takde rezeki lagi. doakan kite dapat beli gentell ni nanti

    ReplyDelete
  4. WOW! GINTELL S7 looks so comfortable to sit in. Fikir tadi duduk dalam supercar ;p

    ReplyDelete
  5. Wah makin hebat kerusi urut Gintell ye.siap ada Artificial Intelligent! Ni berapa puluh ribu rege ni kak oii!

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau ada kerusi ni kat rumah. Bila2 masa je boleh urut, tak payah pegi spa ke rumah urut ke.

    ReplyDelete
  7. Seronoknye ada kerusi gini kat rumah. Tido je kat kerusi. Siap ada bluetooth lagi

    ReplyDelete
  8. Wahhh Nell memang guna kerusi brand Gintell, boleh la upgrade to this one nanti... Very canggih bah....

    ReplyDelete
  9. Semakin hebat teknologi Gintell. Sentiasa up to date. Nanti nak pi IOI dna rasai sendiri kehebatan SuperChair ni

    ReplyDelete
  10. Dah boleh tukar ogawa kat umah ni ke gintelle hahah..ogawa umah ni uzir sgt da

    ReplyDelete
  11. Sebelum ni ada pi AEON, pastu test laa duduk, walaeiii manyak syokk wooo.. nanti Laki pencen nak beli laa satu hahahaha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.