Filem Tamil Aelay Memang Menghiburkan

Saya dah lama tak layan filem tamil. Cerita terakhir tengokpun filem tamil LION. Jadi bila ada kawan rekomen filem tamil Aelay yang baru sahaja ditayangkan di Netflix memang saya tak lepaskan peluang untuk menontonnya. Walaupun pada awal kisah, perjalanannya agak slow. Memang memaparkan betul kehidupan masyarakat negara India. Tapi saya suka menonton genre ala drama berat seperti ini, bukan sahaja intipati jalan cerita sahaja bahkan kita boleh mengenali budaya dan gaya hidup masyarakat di bumi India.
Ceritanya bermula dengan upacara perkabungan di atas kematian seorang penjual aiskrim tua, Muthukutty (lakonan Samuthirakan) di rumahnya. Agak sadis juga, permulaan cerita dimulakan dengan kisah kematian. Anak lelaki mendiang penjual aiskrim Parthi (lakonan Manikandan) tersebut baru tiba dari Chennai untuk memberi penghormatan terakhir dan menyertai upacara perkebumian ayahnya. Tapi yang peliknya Parthi langsung tidak menunjukkan perasaan sedih apatah lagi mengalirkan air mata. Apa yang terpapar di wajahnya hanyalah kemarahan dan dendam. 

Situasi biasa sewaktu nak laksanakan upacara pengebumian, untuk masyarakat India akan ada nyanyian mengenang si mati (ok, part ni memang kelakar. Sebab penyanyi tu menyanyi spontan), kelihatan orang-orang tua meratapi kematian, tudung periuk dipalu bertubi-tubi, ada sesi bergambar tetamu bersama mendiang dan pelbagai lagi.

Sebab mendiang ni memang ada masalah dengan hutang, waktu dah mati tiba-tiba ceti datang minta bayaran hutang, orang pulangkan harta mendiang yang berzaman - tukul dan macam-macam ragam berlaku di waktu upacara pengebumian mendiang Muthukutty. Tetapi Parthi anak lelaki mendiang tetap tidak menunjukkan rasa sedih sehingga kemunculan lagu majlis perkahwinan berkumandang secara tiba-tiba dari kampung sebelah. Sebaik sahaja Parthi terdengar lagu tersebut, beliau menangis teresak-esak. 

Kenapa beliau menangis sebegitu rupa. Secara tiba-tiba satu insiden berlaku di mana mayat mendiang hilang daripada pembaringan. Ini menyebabkan Parthi bersama 3 rakan baiknya menjadi panik. Apatah lagi dengan kemunculan seorang lelaki yang serupa dengan wajah mendiang. Apa hubungan sebenar antara kedua mereka ini? Jeng ..jeng...


Susunan cerita dalam filem ini memang kemas dan teratur. Kita akan dapat lihat beberapa babak flashback terutama hubungan antara Muthukutty dan Parthi dari zaman kecil sehinggalah besar. Dari sini kita akan tahu kenapa Parthi begitu marah kepada ayahnya. Tapi apa kaitan majlis perkahwinan di kampung sebelah dengan Parthi ?  Dan paling misteri bagaimana mayat mendiang boleh tiba-tiba hilang.


Jalan cerita 'Aelay' ini memang best! Walaupun ada part bergaduh sikit-sikit, lagu pun ada (adengan berguling-guling jer takde). Tetapi filem ini kisahnya agak berat mengangkat elemen kasih-sayang seorang bapa terhadap anaknya yang tidak pernah putus. Bagaimana kita melihat seorang itu nampak peranganinya teruk tetapi sebenarnya dia ada banyak perkara-perkara yang elok dan baik yang dilakukan. Memang banyak plot twist dan kejutan. Sampai kita rasa boleh dah agak perjalanan cerita tapi yang jadi sebaliknya. Nampak tak thrill-nya dekat situ.

Selain daripada kisah hubungan bapa dan anak. saya juga cukup suka elemen setia kawan yang dipertonjolkan dalam filem ini. Parthi masih mempunyai 3 kawan baik. Di mana mereka akan sama-sama tolong antara sama lain. Susah jumpa kawan yang macam ini zaman sekarang yang tetap ada dengan kita dan memberi sokongan untuk menjadi lebih maju. 

Kelakar dan banyak pengisian. Serius! Korang tak akan menyesal tonton. Filem tamil terbaru di Netflix, mula ditayangkan sejak 28 Febuari 2021 yang lepas.


Filem Tamil Aelay Memang Menghiburkan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 16, 2021 Rating: 5

14 comments:

  1. Jalan cerita macam best je Ayu. I pun baru2 ni ada tonton filem Tamil juga. Tajuk dia Munni. Kelakar pun ada, serius pun ada.

    ReplyDelete
  2. Wah ada plot twist ye?? dan tiada scene guling-guling? hehe. okay la nampak best sebab fokus pada jalan ceritanya yang menarik

    ReplyDelete
  3. Part hubungan sahabat dan kekeluargaan dalam citer Tamil ni memang Sal setuju . Kadang tu sampai menitis airmata dek kerana terlalu menjiwai .. hehe

    ReplyDelete
  4. Ok. Boleh masuk dalam list Movies To Watch nie. Buat masa sekarang ada 32 senarai movie dalam list hahaha

    ReplyDelete
  5. Filem Kollywood pun setanding Bollywood ye. Jarang dah tonton filem Tamil..asik korea je. Hehe. Nanti kite usha ye cite ni sb cm best je kelakar dia tu.

    ReplyDelete
  6. Samalah Sis, lama juga tak tengok filem Tamil.. last tengok yang Anil Kapoor berlakon, tajuk entah.. susah nau nak sebut hahahaha.. nanti boleh masuk list filem ni...

    ReplyDelete
  7. oh thanks for your recommendation. can watch the movie Aelay when I am free during the weekends with my fam

    ReplyDelete
  8. Ok kte nak cari cte ni kak sebab kte suka gak layan cte tamil ni hahaha..best wei cte tamil

    ReplyDelete
  9. Jarang sangat tengok cerita tamil. Seram sikit nak tengok bab mayat-mayat ni

    ReplyDelete
  10. macam best movie ni....nak kena tengok ni...konfim tak bosan

    ReplyDelete
  11. Nanti nak tengok lepas setel semua drama Korea ni. Hahaha. Filem tamil memang best. Tapi kena tengok fokus bebetul. Baru layannnn. Konflik dia tu buat kita rasa puas bila mereka dapat setel. Itulah filem tamil. Tangkap jiwa kita. Hahaha.

    ReplyDelete
  12. ohh woow...while reading this story, I have recalled I have not watching tamil movie long long time ago, still remembered when I was young, will watch from tv :D thanks for sharing this. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. sara jarang nak tengok filem tamil tapi tengok orang lain review macam best je

    ReplyDelete
  14. Based on review kak Yu, macam kena tengok juga la filem tamil ni.. Kit pun jarang2 layan filem oversea, especially foreign language.. kecuali fews like Thailand, Korea, Philippines :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.