Empat Filem Antarabangsa (Foreign Language) Yang Korang Boleh Layan Time MCO

Empat Filem Antarabangsa (Foreign Language) Yang Korang Boleh Layan Time MCO - Ini adalah antara filem di Netflix yang saya memang syorkan untuk korang layan sambil hilangkan rasa kebosanan. Memandangkan kita dah biasa sangat menonton filem barat (mat saleh). Why not kali ini kita layan filem antarabangsa (foreign language).

Kebanyakan pelakon yang diperkenalkan dalam filem ini sebenarnya cukup popular di negara masing-masing. Patutla lakonan mantap. Dan kebanyakan pelakon wanita utama mereka memang cantik-cantik. Serius! Saya suka tengok wajah unik mereka:-)

Ada banyak cerita Mexico/Agentina/Turki di Netflix tau. Cuma saya baru sempat layan 4 filem seperti di bawah.

So Much Love To Give  
Filem dari Argentina mengisahkan seorang doktor bernama Fernando yang sukses tetapi memiliki 2 keluarga. Seorang lelaki yang baik, romantik dan penyayang tetapi kesilapannya mempunyai dua isteri tanpa penegtahuan kedua isterinya bahawa mereka adalah bermadu. Selama bertahun Fernando menipu keluarganya sehinggalah pada satu hari beliau terkantoi.

Di Malaysia perkara poligami adalah dibolehkan tetapi tidak di Argentina. Ianya adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk memiliki lebih dari satu isteri. Walaupun pada mulanya kita rasa marah dan geram kepada Fernando namun jika dilihat kepada karektor beliau yang sememangnya lelaki yang baik menyebabkan kita ada sedikit rasa simpati. Ending yang tidak tergantung yang menunjukkan apa yang terjadi kepada Fernando seterusnya. Beliau akhirnya menjadi lelaki yang ditinggalkan, sunyi bersendirian.
 
Dad Wanted
Kisah seorang remaja perempuan bernama Blanca yang sering diabaikan oleh ibunya yang sentiasa sibuk. Kematian ayahnya juga menjadikan punca hubungan antara beliau dan ibunya renggang. Apatah lagi beliau juga telah disekat oleh ibunya untuk terus bermain basikal (berkait dengan punca kematian ayahnya).

Keinginan Blanca untuk menyertai satu pertandingan BMX menyebabkan beliau terdesak untuk mencari bapa pinjaman (olok-olok) bagi membolehkan beliau mendaftar dan menyertai pertandingan tersebut. Dan ketika ini beliau berjumpa dengan Alberto bekas seorang pelakon yang telah menghilangkan dari dunia seni kerana meratapi kematian anak perempuan tunggalnya.

Di sini bermulanya di mana Alberto mula rapat dan memahami Blanca apabila mereka kerap menghabiskan masa bersama dalam usaha mencari dana bagi membelikan basikal baru untuknya. Alberto merasakan dnegan menghabiskan masa bersama Blanca seolah beliau menebus balik kesilapan satu masa dulu yang mana beliau kerap mengabaikan anak perempuannya.

Akhirnya Blanca dapt menyertai pertandingan BMX dan ibunya mula sedar atas kesilapannya. Intipati filem ini adalah lebih kepada kisah kekeluargaan dan kasih-sayang atas satu sama lain.

You've Got This

Filem Mexico yang menampilkan dua pelakon hebat Mexico. Kisah pasangan bahagia yang saling menyokong antara satu sama lain.Konflik bermula apabila suami merasakan beliau sudah bersedia menjadi ayah tetapi pada yang sama isterinya telah diberi jawatan yang agak tinggi di syarikat. Keadaan menjadi lebih tegang apabila suatu hari suaminya secara terpaksa menjaga anak seorang gadis yang beliau kenal di bar yang biasa dikunjungi.

Keadaan semakin tegang apabila isteri semakin menjauh dan tidak cuba mendengar penjelasan dari suaminya. Rupanya ibu kepada bayi tersebut menghidap kanser stage 4 yang menunggu masa untuk mati. Banyak konflik yang berlaku dan akhirnya mereka kembali bersatu kerana menyedari mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Apa sahaja masalah dapat diselesaikan dan endingnya walaupun agak sedih sebab ibu kepada bayi tersebut meninggal, namun akhirnya mereka hidup bersama dan bahagia. Saya suka dengan cerita ini kerana ianya tidaklah meleret dan pada yang sama kita dapat pelajari bahawa lelaki yang baik ianya akan menyokong sehabis baik wanita yang disayangi untuk mencapai impian.


The Paramedic
Filem dari Spain kisah lelaki yang bernama Angel seorang paramedik dan kehidupannya berubah sekelip mata selepas mengalami kemalangan. Dari lelaki normal menjadi beliau seorang yang hanya mampu berkerusi roda menjadikan beliau seorang yang psycho. Agak extreme biarpun berkeadaan cacat tetapi beliau mampu membunuh orang semata-mata kerana hendak mendapatkan balik teman wanitanya. Pengakhiran yang tidak disangka. Cuma banyak babak-babak yang tidak berapa logik dalam filem ini, hiks.

Kalau korang tanya saya antara cerita ni mana yang paling best? Semuanya best tapi paling saya suka You've Got Me :-)

Nak tonton boleh cari tajuk ini di Netflix tau ;-)

Empat Filem Antarabangsa (Foreign Language) Yang Korang Boleh Layan Time MCO Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 15, 2020 Rating: 5

21 comments:

  1. Ala semua ni dah tengok sejak ada Netflix dulu. Memang best semua ni. Boleh layan. Akak pi tengok Korean drama or film lg best tau. Cepat pula tu ada season baru. I like kepantasan Korean entertainment industry.

    ReplyDelete
  2. kite selalu cerita-cerita lain bahasa ni memang take time sikit nak tengok hahah melainkan tengok trailer atau org suggest. boleh la tgok ni! hahaha

    ReplyDelete
  3. Menarik ini tapi yanie tak ada Netflix lah. huhu Ramai lak yang sharekan movie best dekat Netflix ni, ini yang buat yanie nak join jugak langgan Netflix huhu..

    ReplyDelete
  4. Ok cte the paramedic tu cam kena dgn jiwa haha so leh carik n layan cte ni. Thanks kak

    ReplyDelete
  5. thank you so much for this list! i was just looking for movies to download :)

    ReplyDelete
  6. Semua cerita ni mcm menarik sangat utk di tonton.. boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  7. I dah tengok no 3 & no 4 tu. Benci yang no 4 tu. haha. Pasni senaraikan lagi sis

    ReplyDelete
  8. semua belum tengok lagi. boleh la masuk dalam list untuk ditonton. thanks review

    ReplyDelete
  9. okay tak prenah tengok lagi filem2 ni dekat netflix. skrg ni bolehlah layan time2 cmco ni. :)

    ReplyDelete
  10. Ala nape banyak movie best ea kt neftlix. Tak sempat lagi nak layan.

    ReplyDelete
  11. Saya memang suka filem antarabangsa, especially Turkish. Setiap kali ada film festival di GSC, saya akan tgk.

    ReplyDelete
  12. Semua cerita ini belum pernah tonton. Keempat-empat cerita tu memang menarik jalan ceritanya. You've Got this tu sedih betul.

    ReplyDelete
  13. Ok semua jalan cerita akak buat baca macam best. Lagi2 bab anak tu. Tapi kat rumah ni takde netflix.. Huhu.. Sedih.. Tv dh smart tapi tak langgan

    ReplyDelete
  14. Sonoknye layan netflix. Tak pernah tengok semua cerita ni. Ni yg buat nak langgan netflix ni

    ReplyDelete
  15. Betul juga kan.. selalu skip tengok filem Foreign Language padahal banyak juga filem2 yang best macam yang sis senaraikan.. Okay, nak explore dulu filem dalam list ni dulu..

    ReplyDelete
  16. Antara 4 tu yang Paramedic tu je Sis dah tengok, yang lain belum lagi..nanti nak tengok gak, sebab anak balik ni, boleh neman layan..

    ReplyDelete
  17. Menarik cerita yg kak ayu sarankan nie.. tapi AM nak try tgk movie yg last tue.. suka citer suspens n ending yg tak terjangka..

    ReplyDelete
  18. Ok boleh layaan semua cerita ni. Dah bagitahu suami siap2. Nnt malam nnt boleh layan

    ReplyDelete
  19. Jarang tgk cite mcm ni nti kena gak tgk mcm best jer cite semua tu, best tgk yg bdk perempuan mesti best

    ReplyDelete
  20. Lama tak layan movie. Duk layan movie lama jer. Bolehlah layan nnt bila free

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.