Tronserve (M) Sdn Bhd Memperkenalkan Laman Web Berkonsepkan DIY (do it yourself)

Kita sebenarnya berada didalam dunia internet. Di mana kebanyakan urusan diselesaikan hanyalah melalui hujung jari sahaja. Bahkan masa kehidupan seharian juga dihabiskan bersama internet. Nah! Atas sebab itu, syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia, Tronserve (M) Sdn Bhd memperkenalkan laman web berkonsepkan DIY (do it yourself) serta aplikasi mesyuarat maya, Tronserve Link pertama di Malaysia.

Menariknya mengenai laman web berkonsepkan DIY pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh rakyat tempatan di platform Tronserve ini ada menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti membina komuniti, peluang pekerjaan serta pengajian secara online.

Foto dari laman web Tronserve

Malah kemunculan Tronserve Link turut mencipta satu fenomena baharu apabila kehadirannya memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan sebarang mesyuarat atau interaksi secara maya apabila hampir seluruh dunia kini berdepan pandemik Covid-19 hingga ada yang bekerja daripada rumah.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Arash Abdullah, pelancaran dua platform terbaharu ini dilihat sebagai satu kemudahan baru bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan dalam mendepani Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0) yang kini giat dibicarakan oleh pelbagai pihak.

Suka atau tidak, sekarang atau nanti, masanya sudah tiba untuk kita menyesuaikan diri dalam mendepani gelombang perubahan kepada gaya hidup dan cara kita bekerja. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, platform yang disediakan ini bakal membantu rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih maju serta mahir dalam IT.

Laman sesawang berkonsep DIY yang ditawarkan ini turut menampilkan beberapa cabang menarik seperti mencipta satu komuniti baharu yang mana ia dapat menarik lebih ramai badan korporat dan individu menyertai dan mengembangkan idea di dalam satu platform.

Selain itu, laman web ini turut memberi peluang pekerjaan bagi membantu syarikat dan rakyat yang saling mencari pekerja dan pekerjaan dengan lebih mudah dan berkesan. Menerusi platform yang disediakan ini juga, memberi ruang kepada tenaga pengajar dan pelajar bertukar bahan pelajaran secara atas talian.
Ianya juga boleh dijadikan sebagai platform E-Dagang bagi membantu SME menjalankan perniagaan ‘offline’ ke ‘online’ serta direktori perindustrian. Sekaligus ini dapat meningkatkan imej SME dengan memberi kemudahan kepada pelanggan berpotensi untuk mencari maklumat syarikat.

Laman web berkonsep DIY yang ditawarkan ini memberi segala kemudahan dan akses dalam satu laman web kepada masyarakat. Bahkan menjadi lebih berdaya saing dalam mengetuai apa-apa tugasan dengan strategik.

Tambah Arash;
Platform mesyuarat maya yang dibangunkan kepada rakyat Malaysia ini dilihat adalah masa yang tepat untuk digunakan apabila kebanyakan syarikat tempatan meminta pekerja mereka untuk bekerja daripada rumah.
Tronserve Link turut mampu menghubungkan antara majikan dan pekerja dengan mudah dan pantas. Teknologi Tronserve Link turut menjamin keselamatan data setiap individu daripada tersebar.

Disebabkan oleh pandemik Covid-19 kesannya ramai yang dibuang kerja dan Tronserve ada memperkenalkan ‘Referral Program’. Ianya adalah satu program bagi membantu menjana pendapatan tambahan serta meningkatkan pasif aliran tunai kepada syarikat dan individu. Tawaran ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan.

Penubuhan laman web berkonsep DIY ini juga menawarkan tawaran harga yang berbaloi kepada mana-mana syarikat baru, usahawan, mahupun individu yang ingin memiliki laman web rasmi. Laman web DIY ini memberi peluang kepada semua individu untuk mencipta laman web dengan cara tersendiri dan mudah. Dengan konsep DIY memberi lebih keseronokan kepada setiap individu untuk membentuk laman web menjadi sebuah medan terbaik untuk dilayari bagi mempromosikan apa saja perkara yang ingin dikongsikan selain menawarkan pelbagai cabang menarik di dalam satu laman web.
Foto dari laman web Tronserve

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Tronserve (M) Sdn Bhd Memperkenalkan Laman Web Berkonsepkan DIY (do it yourself) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 03, 2020 Rating: 5

12 comments:

  1. rasa nak buat website dekat sini lah! murah dan macam yang menyakinkan. katanya ada bagi reward kan. bolehlah buat sambil2 tu dapat duit heheehe

    ReplyDelete
  2. Selagi keamanan dan privasi terjaga di Tronserve. Tentunya ini hal positif yang harus di teruskan dan dibagikan. terutama membantu mereka yang terkena dampak covid. sangat informatif :) nice.

    ReplyDelete
  3. Wah, tak sangka Malaysia pun dah ada perisian sebegini. Ada referral program pulak tu

    ReplyDelete
  4. Akak, apa lagi kelebihan Tronserve ni? Dari faktor sekuriti semua camana? Mereka guna platform apa utk bina website seperti wordpress,wix or anything else?. Kalau akak ada more info, saya nak guna juga DIY Tronserve ni. Jimat duit dan boleh belajar buat sendiri.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Tronserve! Satu platform carian yang ramai dok usha sekarang ni. Jimat! Bagus bagi yang suka rebut peluang, DIY dan punya minat explore sesuatu yang baru.

    ReplyDelete
  6. Menarik juga ni.. Teringin nak belajar benda2 ni dan kalau ada platform tempatan, lagi bagus start dari platform ni.. At the same time boleh #SapotLokal kan...

    ReplyDelete
  7. Wah DiY website sndiri.. Ada jaminan terjaga ke website kita tu nak buat tu. Kalau ok boleh usha jap utk tau macam mana. Nampak menarik tengoknya ye

    ReplyDelete
  8. Kita ni tak la pandai sgt bab IT tapi bagus la ada web begini utk yg minat.

    ReplyDelete
  9. bagus ada platform macam ni, memang ikut trend tahun 2020, semua atas talian dan boleh akses di mana sahaja

    ReplyDelete
  10. Wow !! Bolehlah consider platform nie nanti. Maklumlah, zaman semakin canggih, netizen semakin menitikberatkan privacy dan security. Platform nie nampaknya very secure

    ReplyDelete
  11. So convenient with diy website no nd to trouble to find which developer to engage

    ReplyDelete
  12. laman web berkonsep DIY ? bagusyaaa.. yang ni lah yang ramai cari sebab ada kemudahan dan akses dalam satu laman web yang banyak manfaat nya.. senang nak akses

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.