Seminar Amazing Success

Setiap manusia pastinya mempunyai impian dan cita-cita. Namun kerap kali kita mendengar keluhan, kenapa kita dah mencuba tapi tetap gagal untuk dapat apa yang kita mahukan. 

Adakah kita tidak cukup berusaha?
Apakah kesilapan sepanjang proses itu?
Mengapakah kita ditakdirkan begitu?
Kenapa tiada keadilan buat kita?

Sebenarnya kita semua boleh berjaya. Cuma paling penting kita kena tahu apakah potensi dan fitrah yang ada didalam diri kita.

Seminar Amazing Success


Suka saya kongsikan tentang program seminar Amazing Success yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berubah. Walaupun di bawah program Amazing Success memberi fokus tehadap 3 perkara utama iaitu saham, kewangan dan bisnes. Namun sebenarnya sesiapa sahaja boleh menyertai seminar ini.
Di dalam seminar ini diperkenalkan dengan Amazing MK (Mesin Kekuatan). Di mana kita akan kenal pasti kekuatan dan potensi kita melalui jenis darah dan pengimbasan semua jari. Ini kerana setiap manusia yang dilahirkan punyai minat dan keupayaan azali yang didorongkan daripada fitrah ciptaannya sendiri. 

Daripada Aisyah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda:
Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Contohnya orang yang dari darah O jenis suka berjumpa orang, pandai berkomunikasi dan mencari peluang. Bidang yang mungkin boleh menjadikan beliau berjaya adalah kerja-kerja yang melibatkan sumber manusia, perhubungan awam, penglibatan projek CSR, perniagaan dan pelbagai lagi. Walaupun jika dilihat seorang yang berdarah O ini pendiam atau kuat bercakap. Namun sebenarnya di sebalik itu beliau boleh eprgi jauh dan berjaya jika terlibat dalam bidang yang memerlukan ciri-ciri seperti di atas.

Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh belajar melalui perkongsian daripada 'speaker' yang cukup berpengalaman dalam bidang ini. Para peserta program juga akan didedahkan dengan pelbagai tips kehidupan yang sedikit sebanyak boleh membangkitkan motivasi dalam diri untuk boleh berjaya.

"Kebahagiaan" + "Kepuasan Diri" = Kenali Amazing MK Diri Sendiri

Sambutan Terhadap Seminar

Seminar Amazing Success mula diperkenalkan pada Julai 2020. Dan sehingga hari ini sebanyak 3 seminar telah sukses dijalankan di 3 lokasi berlainan iaitu di Desaru Johor, Puchong Selangor dan Kulai Johor.

Seminar yang dijalankan selama 2 hari 1 malam. Dan untuk keterangan lanjut mengenai program seminar akan datang boleh layari facebook Amazing Success :-

Jom kenal MK kita :-)
Seminar Amazing Success Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 07, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.