Terapi Muzik Hargai Diri

Terapi Muzik Hargai Diri- Saya memang pernah mendengar tentang Terapi Muzik sebelum ini. Ini kerana terapi ini sememangnya cukup popular dan dipercayai dapat memberi rawatan dalam diri secara semulajadi. Walaubagaimanapun kita perlu tahu ada banyak jenis muzik - irama dan alatan yang mana boleh digunakan sebagai terapi dalam kehidupan seharian.

Berpeluang  mendekati Tuan Abib Syed Ali, seorang yang mahir dalam bidang terapi muzik memberi pendedahan pada saya bagaimana muzik boleh merangsang minda sekaligus seluruh badan kita. Terutama dalam memilih waktu yang sesuai untuk bermeditasi bersama diri dan muzik juga penting. Saya juga sempat belajar teknik-teknik pernafasan, cara merehatkan minda dan pelbagai lagi. 

Sedikit Info Mengenai Tuan Abib Syed Ali 

Dua tahun lalu, figura ini diuji dengan kesihatan diri dan masalah peribadi sehingga hampir hilang empayar perniagaannya. Tidak mengalah, Abib Syed Ali yang masyhur dengan jenama Jamu Mak Dara, bertuah apabila bertemu dengan seorang yang mengajaknya mencuba satu terapi. Terapi menggunakan alat muzik itu membuka satu laluan baru bagi Abib mengenal diri dan percaya bahawa setiap ujian Allah beserta hikmah.

Saya hampir hilang semunya, saya diam dan diuji sakit. Dalam pada itu saya meneliti satu persatu kaedah untuk mendapat semangat.
Alhamdulillah saya bertemu dengan kaedah terapi yang dikenali sebagai Sound Healing. Saya cuba, dan dengan izin Allah saya lalui hari dengan lebih positif dengan saya yang baharu,
 katanya dalam sesi perkongsian terapi bersama media di Kelas@10 di sini.


Terapi ini diusahakan dengan jenama Jajah Minda Diri (JMD) iaitu lebih kepada pengurusan strees dengan kenali seterusnya menghargai diri seseorang itu. Abib berkata, terapi ini sudah dikenali diseluruh dunia dalam kalangan profesional khasnya dan masih baharu di negara ini.
Merupakan anak Melayu pertama yang berkongsi ilmu ini, Abib berkata apa yang lebih menarik konsep terapi ini selari dengan amalan Islam yang diterjemahkan dalam bentuk sains.

Apabila kita mainkan alat muzik seperti gong misalnya, ia mampu menghasilkan satu getaran untuk merangsang saraf seterusnya membantu pengaliran darah. 
Melalui terapi ini gelombang dan frekuensi diaplikasikan untuk merangsang saraf di anggota badan kita.

Abib berkata, dia belajar mengenai terapi itu sejak dua tahun lalu dan berniat berkongsi ilmu yang dimiliki dengan mereka yang minat serta memerlukan. Dia berkata, mendapat undangan persendirian oleh beberapa rakan dan individu yang serasi dengan tetapi itu.

Semua ini daripada Allah yang sentiasa mahu hamba-Nya berusaha dan saya gembira apabila mendapat maklum balas positif.
Bukan sahaja masalah kesihatan tetapi juga dalam dan peribadi. Itu yang saya kata, bila diri kita positif, apa yang kita sangka mustahil sebenarnya tidak mustahil.

Terapi Muzik 

Terapi ini membabitkan bahagian iaitu empat bahagian kenali diri, kerohanian, zikir terapi dan sound bath (mandi bunyi).  

Tarikan terapi ini ialah sound bath (mandi bunyi) proses menyenangkan diri menggunakan kaedah gong dan crystal bowl. 

Pengalaman Saya Dengan Terapi Muzik
Kesibukan saya dengan perkara dunia dan pada masa yang sama terkejar-kejar mencari ganjaran akhirat membuat saya selalu lupa tentang diri sendiri. Self care, love ourself. Dari kelas ini saya dapat belajar 'if you change your thought (pemikiran), you need to change your feeling (perasaan) and it will change your future (masa depan). Sebab itu kita sentiasa kena bersangka baik dengan diri sendiri, orang lain dan persekitaran. 


Sebaik-baik perkara perlu dimulakan dengan 'alhamdulillah'. Samada rezeki atau masalah yang kita lalui, kena melukan dengan perkataan ini. Sebab ianya memberi kita rasa 'lepas', 'bebas' dan tidak berdendam dengan diri sendiri. Setiap malam sebelum tidur, lebih afdal kita dapat luangkan sedikit masa bersama dengan diri sendiri (dalam 2-5 minit). Berterima kasih dengan apa sahaja yang dilalui hari ini. Jangan 'over thinking' ini kerana dalam tubuh manusia sebenarnya terdapat 63 trillion sel dalam badan. Jadi kita nak serap yang baik dan positif sahaja.

Meditasi dengan muzik membawa diri kita lebih tenang. Jiwa lebih terisi dengan perkara baik-baik. Nescaya bila kita sentiasa berasa tenang, apabila kita mendekati dengan tuhan. Kita akan berdoa-doa sungguh dari hati. Banyak yang saya belajar terutama muzik dari alatan yang digunakan bagaimana ianya boleh mengurangkan kesakitan mental dan fizikal

Aktiviti terapi ini turut dikongsi di laman sosial menerusi akaun instagram @abibsyedali. Terapi JMD turut mendapat sokongan selebriti seperti Ayu Damit, Ustaz Akhil Hay, Fitri Hiswady dan Nazrief Nazri. 

So korang tak nak cuba terapi muzik? Saya rekomen sangat sebab ianya memang bagus untuk kita muhasabah diri dalam banyak perkara :-)

Muzik terapi,
Hargai diri,
Kita happy,
Ketenangan emosi.

Terapi Muzik Hargai Diri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 08, 2020 Rating: 5

17 comments:

  1. Ooo jamu mak dara tu dia punya ek..eh bagus la terapi ni hehe ni leh la join

    ReplyDelete
  2. Terapi tu memang betul kena buat untuk
    minda badan dan jiwa...muzik yang betul juga sangat memainkan peranan ...kalau hati tengah resah tengah gundah gelana memang kena dengar muzik ketuhanan ataupun zikir dan istighfar sampai hati jadi lembut dan redha pada ketentuan illahi ....tapi kalau tengah tak happy nak naikkan semangat memang kena dengar lagu yang rancak2 sikit tapi lirik dia biar yang bagus ....

    ReplyDelete
  3. Muzik adalah satu kaedah menenangkan jiwa selain zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad. Saranan peribadi jika ada aktiviti antara lelaki dan perempuan better asingkan seperti gambar di atas berbaring antara lelaki dan perempuan kerna ia tidak manis jika beragama Islam. :)

    ReplyDelete
  4. I have tried the sound therapy before. It was a nice one and relax our mind and soul

    ReplyDelete
  5. Ilmu baru..bagus utk di cuba ni..hilangkn stress emosi..stress kerja.. 😅

    ReplyDelete
  6. I've seen the metal bowl before, I think they also use it in Reiki and Buddhist meditations.

    ReplyDelete
  7. wow bestnya Ayu, sy suka dengar muzik, tapi main muzik tak pandai.. bolehlah cuba terapi ni utk hilangkan stress

    ReplyDelete
  8. Sesuatu yang baru yang syira dengar. Rupanya melibatkan banyak benda jugak ye. Syira kadang nak ambik mood memang dengar muzik jugak

    ReplyDelete
  9. Untuk purify crystal yang kita pakai memamg guna crystal bowl tue... Wahh tak sangka for us pun ada sound bath.. Menarik menarik ni...

    ReplyDelete
  10. wahhhh first time dengar pasal terapi muzik. nampak sungguh menarik terapi nie. rasa macam nak cuba. terima kasih kak ayu, sebab war2 kan pasal terapi muziknie

    ReplyDelete
  11. Ya Rabbi...mula nengok tu ingatkan lee si Afzal hahahahaha...
    Betul betulnya muzik apa yaa..macam menarik plak boleh buat terapi...

    ReplyDelete
  12. bestnya sis. teringin pulak nak join terapi macam ni. pertama kali ni dengar.

    ReplyDelete
  13. I heard about such therapy before and its help to calm down out mind and body.

    ReplyDelete
  14. Macam menarik terapi muzik. Di waktu kita stress dan penuh tekanan hidup, ada masanya terapi sebegini boleh membantu. :)

    ReplyDelete
  15. great for city dweller for are always busy with works and life =)

    ReplyDelete
  16. Ada rupanya terapi yang macam ni sis... saya baru saja tahu... Saya rasa waktu sekarang ni memang sesuai sangat amik terapi ni... macam macam difikirkan di waktu ada masalah pandemik ni.

    ReplyDelete
  17. selalu dengar musik adalah terapi, pertama kali dengar terapi musik. Bagus penenang begini. :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.