Inilah Masa Wira Dengan Filem Ben 10 Terbaru di Cartoon Network pada 10.10.2020

Inilah Masa Wira Dengan Filem Ben 10 Terbaru di  Cartoon Network pada 10.10.2020- Seluruh galaksi akan terhenti secara tiba-tiba disebabkan kartun popular Ben 10 terbitan Cartoon Network menemui para peminatnya tepat jam 10 pagi dengan tayangan perdana global “Ben 10 vs. The Universe: The Movie”. Fuhhh!!!



Ben 10 vs. the Universe: The Movie Teaser | Ben 10 | Cartoon Network 


Yeszaaa!! Pada hari Sabtu, 10 Oktober 2020 para peminat dari seluruh dunia siri kartun  Ben 10 (pemenang Emmy Award) ini boleh menonton filem ini menerusi siaran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635), termasuk saluran-saluran WarnerMedia yang lain - *HBO, Boomerang dan Warner TV serta melalui khidmat penstriman HBO GO.


Filem televisyen penuh aksi tersebut akan memberi fokus kepada penceritaan sekitar letupan dari masa lalu, di mana Ben kembali melakukan dua kali ganda kerosakan terhadap pasukan Tennyson dan planet Bumi itu sendiri sekali gus memaksa Ben untuk pergi ke antara bintang untuk menyelamatkan keadaan. Sementara itu, Gwen dan Grandpa Max bekerjasama untuk melindungi dunia ketika ketiadaan Ben. Tetapi apabila hero kanak-kanak lelaki kesayangan kita dikelirukan sebagai penjahat di ruang angkasa, Ben mesti mencari jalan untuk kembali ke Bumi untuk menyelamatkannya!
   
Menjelang tayangan perdana filem, para peminat setia Ben 10 berpeluang menikmati aksi Ben 10 dengan segmen khas “Power of 10” yang akan disiarkan setiap hari Sabtu di Cartoon Network. Episod-episod khas ini membawa anda kembali ke saat-saat menarik bersama beberapa musuh Ben 10 yang paling kuat seperti Kevin 11, Steam Smythe dan Vilgax, panglima perang alien intergalaksi yang sukar untuk dikalahkan. Selain itu peminat siri ini jug aboleh memulakan misi mendebarkan bersama Ben 10 juga dengan menyertai Cabaran Peminat Ben 10 didalam talian. Dari membina pertempuran Ben 10 epik mereka sendiri ataupun mencari grafik GIF animasi tersembunyi di mikrosit Ben 10. Apa yang penting mereka perlu menyelesaikan pelbagai cabaran untuk memenangi Ben 10 Watch Party Pack yang boleh dimuat turun. 


Lawati mikrosit Ben 10: https://ben10.cartoonnetworkasia.com/ untuk maklumat selanjutya.
Siri ini diterbitkan oleh Cartoon Network Studios, manakala ditulis dan diterbitkan bersama Man
of Action Entertainment (Big Hero 6, Generator Rex), serta John Fang (Mixels, Generator Rex)
yang berperanan sebagai penerbit eksekutif.


Jangan lupa untuk tonton bersama Ben 10 vs. The Universe: The Movie” pada Sabtu, 10 Oktober jam 10 pagi yang ditayang secara serentak di Cartoon Network, HBO, Boomerang, Warner TV, dan HBO GO.


Inilah Masa Wira Dengan Filem Ben 10 Terbaru di Cartoon Network pada 10.10.2020 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 04, 2020 Rating: 5

5 comments:

  1. Boleh save the date ini nk dok depan tv dengan anak-anak penggemar kartun šŸ˜Š

    ReplyDelete
  2. Masa kecil-kecil suka tengok Ben 10 ni. Rindu pula nak balik zaman tu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah suka la budak2..time tu mak bapak semua kena ketepi hahah anak2 semua nak kena hadap ben 10 hahha

    ReplyDelete
  4. Waaa nak tengok...nasib baik tau ni, kalau tak memang Sis ko tak tau Ben10 ada movie...Sis peminat katon ni weyyy hahahahaha siap laa mak ko ijoooo

    ReplyDelete
  5. Antara cartoon fav anak saya. Kalau dh tgk ben10 ni, jgn harap mak pak dpt tgk citer lain.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.