Telco Berpangkalan di China Mengintai Syarikat Tersenarai di Bursa Bagi Pengembangan Rangkaian 5G


Syarikat gergasi telekomunikasi (telco) dari China telah mensasarkan syarikat telekomunikasi bersaiz sederhana Malaysia melalui peningkatan usaha dalam pengkomersilan teknologi kepantasan 5G.


Sumber foto dari pixabay.com

Sumber industri turut menyatakan bahawa kumpulan China sedang mencari syarikat yang dinilai rendah dan mempunyai kemampuan 5G untuk mengembangkan perniagaan.

Mereka mungkin menyasarkan Green Packet Bhd dan XOX Sn Bhd. XOX merupakan saham telco termurah di Bursa Malaysia dan juga salah satu syarikat telekomunikasi yang paling pesat berkembang di Malaysia. 
Menurut sumber industri.

XOX mempunyai kira-kira RM35 juta tunai dan kini menawarkan pelan data 4G yang paling kompetitif dan inovatif. Syarikat ini juga memberi tumpuan untuk membina infrastruktur 5G di rantau ini.
Sumber foto dari pixabay.com

5G diatur untuk mengubah landskap telekomunikasi kerana ianya menjanjikan kelajuan muat turun yang lebih cepat dan kebolehpercayaan rangkaian yang tinggi. Sekaligus ini akan membuka peluang untuk perkhidmatan baru, operasi rangkaian dan peningkatan pengalaman pelanggan.

Sumber foto dari pixabay.com

Dengan 5G, penyedia (syarikat yang menyediakan internet servis) akan dapat meningkatkan kelajuan muat turun dan kapasiti data bulanan pada pelan internet tanpa had. Peralihan ke 5G diharapkan dapat menghasilkan kejutan bagi vendor rangkaian, infrastruktur, dan peralatan.

Tiga bulan yang lalu telah XOX bekerjasama dengan Advance Tech Communication Sdn Bhd (ATC) untuk melancarkan telefon pintar 4G dan 5G. Di mana telefon ini mempunyai keupayaan komunikasi satelit tambahan yang dikenali sebagai XPLORE.
Sumber foto dari screenshot laman web XOX

XOX akan menjadi telco pertama yang memasarkan dan mengedarkan produk tersebut kepada penggunanya di seluruh Asia Tenggara.

Telefon pintar, dilengkapi dengan sambungan satelit dan radio mudah alih digital, akan dilancarkan oleh ATC kepada pengguna XOX.

Pengarah eksekutif XOX, Mr. Steve Tan menyatakan bahawa syarikat XOX mempunyai target untuk menyediakan rancangan rangkaian terpadu dengan mengintegrasikan rancangan prabayar dan platform pesanan XOX melalui perkhidmatan satelit ATC yang luas.


XOX cukup kuat sebagai sebuah syarikat. Ia menerapkan strategi pemasaran yang tepat serta idea dan produk berinovasi ketika pandemik Covid-19 dan telah ini mendorong syarikat untuk terus maju ke hadapan. Faktor kejayaan  XOX telah dibina dengan memanfaatkan jenama , saluran pengedaran dengan pertumbuhan asas pelanggan yang kukuh.


Menurut sumber yang dekat dengan XOX.

Saham XOX melonjak 11.11 peratus di tengah perdagangan aktif pada hari Jumaat dan ditutup 5 sen menjadikannya permodalan pasaran sebanyak RM54.62 juta. Ianya telah meningkat satu sen dengan 154 juta saham telah diniagakan.

XOX menduduki tempat kelima dalam sektor telco dan merupakan syarikat MVNO nombor satu di Malaysia dengan jumlah pelanggan semasa hampir mencecah tiga juta, termasuklah pengguna telefon bimbit prabayar dan pasca bayar.
Sumber foto dari pixabay.com

Pada bulan lalu XOX telah menandatangani perjanjian bersma DGB Asia Bhd untuk bekerjasama dalam penggunaan sehingga 1,000 mesin layan diri Artificial Intelligence (AI )pada masa akan datang.

Langkah ini sejajar dengan strategi XOX untuk memusatkan perhatian pada perniagaan yang berlainan dalam membangunkan aliran pendapatannya. Penganalisis percaya saham telco akan naik kerana sektor ini mengaut keuntungan lumayan, ketika berlakunya situasi pandemik Covid-19.

Penilaian terhadap syarikat telekomunikasi di Malaysia sememangnya menarik dan sektor ini dijangkakan akan berkembang pada kadar yang segera, seiring dengan peralihan semasa yang berlaku di landskap digital seperti rangkaian internet 5G, Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI)


Telco Berpangkalan di China Mengintai Syarikat Tersenarai di Bursa Bagi Pengembangan Rangkaian 5G Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.