Korang Dah Cuba Edisi Istimewa Ais Krim Wall's Tealive Boba?


Siapa peminat air Boba? Saya sendiri salah seorang peminat minuman ini. Terutamanya daripada tealive. Sekarang ini  jenama ternama ais krim di Malaysia iaitu Wall's telah memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream. Ini merupakan kolaborasi terkini diantara jenama aiskrim Wall’s dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive.

Dihasilkan dengan 100% rasa teh susu dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan, ternyata #WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu kepada minuman yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. Biarpun didatangkan dalam tekstur yang berbeza tetapi ianya sangat unik dan menarik. Aiskrim berkrim yang kaya dengan rasa hinggalah kepada pearl yang kenyal dan lembut ini dijual pada harga cukup yang berpatutan. Sekaligus ini membolehkan peminat Boba dapat menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk sebatang aiskirm tanpa mengira tempat dan waktu!

Di Wall’s, kami sentiasa memberi perhatian kepada trend semasa dan ianya tidak dapat disangkal lagi bahawa boba telah menggegarkan negara kami semenjak dua tahun lalu. Untuk memastikan pengguna sentiasa dapat menikmati pengalaman menarik, ciptaan terbaharu dengan kerjasama rangkaian bubble milk tea popular, Tealive - Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice cream memberikan rakyat Malaysia pengalaman boba yang terkini, dan ianya boleh dinikmati dengan mudah dalam bentuk sebatang aiskrim, #BobaJeLAH dimana sahaja anda berada tanpa mengira waktu.
kata Shiv Sahgal, Direktor Pemasaran, Foods & Refreshments, Unilever Malaysia


Untuk tempoh yang terhad, #WallsBobalicious boleh didapati di kesemua kedai mini utama, pasar raya, pasar raya besar, kedai serbaneka (7-Eleven, myNEWS, Shell, Petronas, Caltex dan banyak lagi), termasuk cawangan Tealive terpilih seluruh negara dalam bentuk sebatang aiskrim pada harga yang disyorkan iaitu RM2.20 - RM2.70 sebatang.

Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream juga boleh didapati di laman e-commerce seperti Lazada, Grab, Shopee dan Beepit dalam pek 15 dan 30 batang aiskrim. Nikmati penghantaran #WallsBobalicious ke pintu rumah korang (Lembah Klang, Penang dan Johor Bahru) tanpa perlu korang  gerak ke mana-mana. Sambil korang duduk di rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial, asi krim ini dihantar sehingga pintu rumah. Penghantaran percuma kini boleh didapati di Lazada untuk 300 pesanan pertama secara atas talian. Setiap pesanan secara atas talian di Lazada, Grab dan Shopee juga akan mendapat baucar yang memberikan 50% diskaun untuk minuman kedua di Tealive. Wah! Ini memang berbaloi :-)



Review Dari Saya
Sebab saya peminat air minuman Boba jadi saya memang sangat suka dengan ais krim ini. Konfeksi ais krim perisa teh susu (milk tea) ini sangat lembut begitu juga dengan boba. Ya ampun! Nikmatinya ketika sejuk-sejuk, sewaktu moreh memang ohsem!

Korang kena cuba sendiri, baru puas hati :-)
Korang Dah Cuba Edisi Istimewa Ais Krim Wall's Tealive Boba? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.