Jom Photoshoot Raya di CVS Production Cheras Belakong | Harga Promosi RM79 Sahaja!

Hi korang! Apa khabar, hikihik. Raya musim PKP pastinya ada sedikit perbezaan seperti tahun sebelum inikan. Tapi bagi saya raya adalah sangat bermakna apabila kita dapat meluangkan masa bersama insan tercinta, melakarkan momen berharga seperti bergambar ramai-ramai dalam keadaan penuh ceria dan bahagia. Maka terlahirlah kanvas yang akan meninggalkan memori untuk dikenangkan sampai bila-bila.

Dan tahun 2020, saya dan keluarga berkesempatan mengadakan 'photoshoot'  bersama sebelum raya. Di mana? Di CVS Production semestinya. Dan ini merupakan tahun ketiga saya berpeluang menggunakan perkhidmatan studio dan jurugambar hebat dari CVS Production. Hasilnya memang terbaik dan mantap. Sebab itulah kami boleh repeat 3 kali bergambar di produksi yang sama. 

Cantik tak gambar Raya 2020 keluarga saya, hakhak. Ok, tema tahun ini agak caca marba sikit. Memandangkan setiap tahun memang ada konsep warna sedondon, sampai rasa tahun ini jadi 'blank' nak pilih warna apa. Apatah lagi di musim PKP pergerakan menjadi lebih terhad. Jadi saya dan suami decide kitaorang pilih tema 'batik' untuk raya tahun 2020.

Bila tengok balik, bolehlah buat acah-acah raya di perantauan di negara seberang sana, hakhak. Iya awokkk, dari keluarga Mas Joko Zulhazmi yarrr..bukan kaleng-kaleng.


Kenapa Photoshoot di CVS Production Best?

Saya senaraikan beberapa poin dan alasan yerp!!


1. Diberikan secara PERCUMA e-CARD RAYA (Kad Ucapan Raya Digital) kepada yang terawal. Ini BONUS kalau korang antara pelanggan yang terawal.

2. Pihak produksi studio memang patuhi SOP yang digariskan oleh Kerajaan, antaranya seperti-
  • Studio akan di sanitize setiap 2-3 hari sekali.
  • Photographer akan sentiasa memakai mask muka.
  • Pelanggan perlu serta kan detail mereka (QR Code).

  • Hand sanitizer akan di bekalkan di pintu masuk studio.

  • Perlu check suhu badan. Jika suhu panas, anda tidak dibenarkan masuk.
  • Hanya 1 keluarga sahaja di benarkan berada di dalam studio untuk satu-satu masa.
  • Tidak di benarkan berdekatan dengan photographer dan tidak perlu salam photographer.
  • Gambar yang sudah di edit akan di hantar melalui email dalam masa 1-2 hari bekerja. (memang cepat!!!)
****
Secara peribadi memang saya kenal baik dengan orang kuat CVS Production, Feeq dan Ateen. Mereka berdua memang bekerja keras memberi yang terbaik untuk pelanggan dan klien. Agak malang tidak berbau sebelum PKP baru-baru ini studio mereka telah dirompak dan dikatakan CVS mengalami kerugian agak banyak juga iaitu hampir RM70, 000. Jika dulu ada 3 studio dibuka dan kini hanya 1 studio sahaja yang beroperasi iaitu di C180 Cheras Balakong.

Namun dalam dunia bisnes, kejadian seperti ini adalah satu cabaran dan dugaan, CVS Production tetap terus bangkit memberikan yang terbaik kepada pelangan dan klien mereka. So, jom kita support CVS Production atas kegigihan dan usaha tanpa jemu mewarnai dunia industri fotografi Malaysia.


Di Sebalik Tabir Photoshoot

Antara momen yang saya sempat rakamkan ketika sesi photoshoot dijalankan.




Macam-macam gelagat anak, apatah sekarang bulan ramadhan. Semuanya berpuasa kecuali Yara. Tapi alhamdulillah anak-anak dapat berikan kerjasama yang sangat baik. Apatah lagi photographer Feeq memang sangat sabar dan sporting.

Antara Hasil Photoshoot Yang Ohsem

Gambar dalam X-Large! Ahaha.. Untuk view lebih cantik boleh lihat dan baca dari laptop/pc. Ada banyak betul gambar, rambang mata nak pilih. So ini antara yang saya kongsikan didalam blog :-)

















Hubungi CVS Production Untuk Tempahan

Kalau korang berminat buat photoshoot bersama CVS Production, bolehlah hubungi mereka di
📞 WhatsApp di --> https://api.whatsapp.com/send…


Rebut peluang Dapatkan Pakej Photoshoot Raya Yang Berbaloi

Antara pakej photoshoot Raya 2020 seperti berikut:-

💖RM79 (Normal price RM99)
- 10-20 min studio putih
- 1 keluarga (max 4 orang)
- Semua gambar termasuk "touch up" akan di berikan.
- Tambahan seorang ahli keluarga : RM10/seorang. Bayi percuma


💖RM99 (Normal price RM199)
- 10-20 min studio putih
- 1 keluarga (max 6 orang)
- Semua gambar termasuk "touch up" akan di berikan.
- Tambahan seorang ahli keluarga : RM10/seorang. Bayi percuma


Tambahan :
- Poster frame : 16"x24" : RM100 / 10"x15" = RM60


Lokasi Studio Cheras Balakong (BUKAN CHERAS KL) adalah di:-

CVS Production, 
B-28-2, Jalan C180/1,
 Dataran C180,
 43200 Cheras, 
Selangor.
Jom Photoshoot Raya di CVS Production Cheras Belakong | Harga Promosi RM79 Sahaja! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 23, 2020 Rating: 5

7 comments:

  1. wah seronok photoshoot raya sefamily dgn CVS Production..dugaan studio depa dirompak tu...smoga bisnes mereka akan kembali pulih

    ReplyDelete
  2. Wow! Bestnya photoshoot... Ikutkan haritu dah plan juga nak ke CVS tapi last minute pulak tak dapek nak balik awal dari outstesen... Nevertheless, memang cantik sangat gambar-gambar family Kak Ayu... Seriously, bukan kaleng-kaleng buk... Hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Huhuhu sedih tahun ni tak dapat amik gambar studio...kalau tak dah 3 tahun berturut gi studio bergambar raya pertama...so tahun ni, selpie welfie dalam rumah aje..

    ReplyDelete
  4. Wahhh sempat lagi photoshoot raya hehehehe bestnya rindu juga nak buat photoshoot cantik macam ni hurmmmm tengok baju raya pun menarik sangat best giler.. Selamat Hari Raya..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya to you and your family! The portrait pictures are so nice, happy family!

    ReplyDelete
  6. murahnyaaa. kalau family kat sini sure dah ajak photoshoot. kalau sorang2 tak best pulak kan

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Memang raya kena ada memori kan. Tahun ni tk bergambar sebab family ada tak blik. So thun ni tkde gambar potret family

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.