Limpahan Rasa Telur Asin, Hidangan Terbaru Di Marrybrown Yang Perlu Dicuba

Limpahan Rasa Telur Asin, Hidangan Terbaru Di Marrybrown Yang Perlu Dicuba - Yerp korang!! Marrybrown kembali lagi dengan memperkenalkan dua menu terbaru mereka dengan rasayang lebih hebat dan pasti digemari ramai masyarakat malaysia.
Dengan rasa telur asin yang dilimpahkan pada ayam goreng ranggup mahupun didatangkan didalam hidangan burger benar-benar membuka selera. Kesedapannya memang berbaloi apatah lagi ianya ditawarkan dalam set menu lengkap dengan hidangan sampingan dan juga minuman.


Dua menu hidangan ini adalah Salted Egg Burger dan juga Salted Egg Ayam :-)

✅ Salted Egg Burger 🍔⁣ Dihidangkan bersama fries 🍟 + Heaven & Earth Ice Lemon Tea 🥤⁣


✅ Salted Egg Ayam Meal 🍗⁣ Dihidangkan bersama mashed potato 🥔+ coleslaw 🥗+ Heaven & Earth Ice Lemon Tea🥤⁣

⁣Boleh didapati dari harga RM15 untuk Salted Egg Burger. Manakala Salted Egg Ayam harga yang ditawarkan adalah dari RM 15.90 dan ianya memang cukup berbaloi!

Menurut Dato 'Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown;
Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini.

Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Pasti menggugat selera rakyat tempatan.

Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya


Rasai sendiri keenakan ayam digoreng ranggup panas-panas, bersalut rempah dan juga percikan rasa serta bau daun kari dinikmati pula bersama sos telur asin. Gabungan lengkap bersama salad sayuran dan juga mashed potatoes. Didatangkan juga bersama air minuman lemon tea Heaven & Earth.

Begitu juga dengan set burger dengan patty isi ayam digoreng garing bersama limpahan sos telur asin. Pakej lengkap dengan minuman lemon tea Heaven & Earth dan juga kentang goreng yang ranggup.

Sehingga kini, terdapat 500 outlet Marrybrown di 16 buah negara dengan objektif untuk memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kualiti, servis, kebersihan dan pulangan nilai yang hebat dalam sajian yang ditawarkan kepada pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari:-
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my

Jangan lupa untuk rasainya sendiri, dan gerenti pasti puas hati!
Limpahan Rasa Telur Asin, Hidangan Terbaru Di Marrybrown Yang Perlu Dicuba Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 31, 2020 Rating: 5

10 comments:

  1. Dah makan. Memang sedap. Berbaloi la. Ni pun terasa nak makan lagi.

    ReplyDelete
  2. Jarang makan marrybrown ni. tapi paling suka nasi ayam dan mushroom soup dia.. menarik pula tengok menu baru marrybrown ni. mungkin boleh cuba nanti.. agak menggoda pula hahaha

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa menu baru mb ni. selalu pi mb beli nasi je hehe. bokeh try yang ni plak

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak makan MB ni. Nampak sedap lah ayam telur asin tu.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya menu baru ni kena terjah Marry Brown ni. Rugi kalau tak grab menu baru ni.

    ReplyDelete
  6. Selalunya apabila ada lumuran salted egg masakan mesti sedap... nqnti nak try yg terbaharu dari MB ni.

    ReplyDelete
  7. Suka ape je hidangan yang ada salted egg. Nak kena cuba la Salted Egg Burger dengan Salted Egg Ayam ni.

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak makan kt marrybrown. Ada hidangan salted egg pula. Mesti sedap

    ReplyDelete
  9. Nak pergi cari la. sedapnya salted egg tu. hope tak kena tahan roadblock la semata nak cari marrybrown kan.

    ReplyDelete
  10. burger dia sedap
    2 kali dah makan
    nak repeat kali ketiga :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.