Minum Petang esklusif di Kafe Fairy Tales Genting Highlands
Fairy Tales, seindah namanya secantik kafenya. Terletak di ion Delemen Genting Highlands kawasan tanah tinggi yang sememangnya menjadi tumpuan kepada mereka yang datang bercuti ke sini.
Baru-baru ini ketika saya dan keluarga bercuti di Gloria Residences Genting Highlands kami sempat menikmati minum petang di sini. Apa yang menarik selain daripada lokasinya di kawasan tanah tinggi tempat percutian, dekorasi kafe yang cantik juga boleh mendatangkan rasa keterujaan.
Dibuka setiap hari dari jam 1 petang sehingga 11 malam, kafe ini menawarkan pelbagai hidangan enak terutama pencucui mulut seperti kek dan pastri. Oh ya! semua kek dan pastri di sini disediakan oleh chef mereka sendiri.
Dekorasi dia memang sangat cantik! Ala-ala english style :-)
Kafe gaya esklusif ini memang sangat sesuai kalau nak datang berdating berdua. Dengan pemandangan dan suasana tanah tinggi yang sejuk-sejuk. Kafe ini memang sangat saya rekomenkan :-)
\
Set minum berdua. NAmpak sangat esklusif bukan kan!!Sebab deko sangat cantik, banyak tempat/dinding kita boleh berOOTD di sini. Memang jadi tumpuan pengunjung bergambar bila datang ke kafe ini.
Sesuatu yang sangat manis dan indah,
Apabila dapat minum petang gaya mewah,
Di Fairy Tales Kafe cantik dengan dekorasi yang gah!
Minum Petang esklusif di Kafe Fairy Tales Genting Highlands
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 20, 2020
Rating:
Wow giler tempatnya..lagi kalau kena angin sejuk-sejuk, selera sungguh makannya..santai-santai petang hari makan ngadap muka laki, kompom #RoadToJannah kannn....
ReplyDeleteSerius nampak cantik dan sesuai dengan namanya. Seperti set minum petang dalam kisah dongeng Alice in Wonderland. Tu nasib Ayue tak pakai macam Alice kan.
ReplyDeleteHeyyy jauhnya dia pergi minum petang heheh..tapi bestnkan kak luangkan masa bersama yang tersayang sambil nikmati minum perang yg juadahnya sedap2
ReplyDeleteBest nye tempat ni. Cantik sangat. The tea set pun nampak sedap. Macam dalam fairy tales pulak! I would visit this place one day.
ReplyDeleteCantiknya tempat ni. Susunan meja pun sampai macam tu sekali. Betul betul eksklusif. Adui la... kalau saya datang kat situ agaknya sibuk amik gambar je ni. Hehehe...
ReplyDeleteAlaaa dah lama tak pergi genting highland sejak2 renovate tu.. nmpk dah mcam2 ada... bestnya tempat ni ala2 english garden gituuu fefeeling sejuk2 sambil mnum teh panas dan scones... nak pergi lah nnt dgn family.. terimakasih sudi share tempat cantik ni..
ReplyDeleteso romantic to have hi tea at the beautiful Kafe Fairy Tales Genting Highlands. Enjoy your vacation with fam dear
ReplyDeletesubhanallah, sangat cantik dan menarik. unik dan tersendiri konsepnya ^_^
ReplyDeleteKalau alas meja kotak-kotak macam beg Burberry tu memang konpem la English style sesuai dgn sejuk2 petang kat atas tu. Lama tak naik Genting. Nanti nak minumn secangkir kopi lah kat sini.
ReplyDeletewahhhh cantiknya cafe ni. dengan konsep fairy dan hiasan bunga dah macam dalam cerita barbie rasa. tempat yang menarik untuk ambil gambar ni
ReplyDeletewah cantikya dan super elegan. sesuaila dengan cuaca kat sana kan. rasa macam kat italy dah
ReplyDeleteNanti jika ada kesempatan naik Genting nk cubala makan kat sini... dekornya pun cantik untuk latar bergambar.
ReplyDeleteUittt bestnya berdating gan cik abang dn anak2 kat genting. Tempat pun nampak cantik sangat. Siapalah nak ajak sis ke sana ni..tunggu2 gak ni..hehehe
ReplyDeletewah best yer ayue makan kat sini dengan family tersayang. berkenan betul dengan deco2 kat sini. menarik sangat2
ReplyDelete