Impian Jadi Kenyataan | Saya Memenangi Tilam King Koil
Salah satu impian saya untuk tahun ini adalah untuk membeli tilam baru! Tapi siapa sangka rezeki saya untuk memiliki tilam dari jenama King Koil secara PERCUMA.
Gara-gara saya ternampak tentang peraduan ini di FB saya pun cuba menyertainya. Dengan hanya mengunjungi ke pusat pameran di Kuala Lumpur Convention Centre, bergambar di booth King Koil, seterusnya muat naik di laman sosial FB akhirnya cabutan dibuat ternyata rezeki memihak pada diri saya dan keluarga.
Untuk pengetahuan semua, kebetulan tilam lama saya perlu ditukar. Al-maklumlah ketika itu saya menggunakan jenama tilam yang agak murah. Dan awal tahun ini suami saya disahkan mengalami masalah belakang yang serius. Tulang belakang bengkok. Jadi selama tidur di atas tilam lama, beliau sering mengeluh tidak selesa.
Tambahan pula, tilam lama ada 'dust mites' yang menyebabkan saya dan suami betul-betul ingin buang dengan segera tilam tersebut.
Setelah pengumuman pemenang di FB dibuat, saya terus dihubungi oleh pihak King Koil. Sangat efisien! Kuddos team King Koil :-) Dan saya telah memilih satu tarikh dan tilam King Koil telah selamat diterima.
Tilam yang diterima saya adalah dari siri King Koil Simplicity yang diinspirasi dari gaya dan rekaan Scandinavian dengan material 'flax linen'. Apa yang menarik tentang tilam ini, ianya:-
👉🏻Durable
👉🏻Breathable
👉🏻Optimal Sleep Temperature
👉🏻Antibacterial
👉🏻Anti-Dust Mite
Serius! Memang padu kualiti material tilam King Koil ini. Bayangkan saya mencuba dengan memberi tekanan pada tilam, ianya sedikitpun tidak melendut. Dan ini sangat bagus untuk postur badan.
Sememangnya ini adalah tilam terbaik buat suami sekaligus membantu beliau mengatasi masalah sakit belakang setiap kali baring terlalu lama. Jika dibandingkan dengan tilam lama, beliau ada rasa sakit yang teruk setiap kali bangkit dari tidur. Dan kini tiada lagi.
Perkara yang paling saya ambil berat ialah 'dust mites' , ini kerana saya mempunyai masalah alergik yang teruk dengan haiwan kecil ini. Ianya boleh menyebabkan kegatalan yang teruk dan juga penyakit asma yerp.
Tilam ini juga mudah dibersihkan sekiranya ada kotoran. Jadi tidak perlu risau juka si manja juga tidur bersama di atas tilam ini.
Si manja saya juga mendapat kualiti tidurnya setiap hari. Tidaklah bangun dengan keadaan meragam dan sebagainya.
So korang! Memang saya rekomen tilam ini. Setelah sebulan menggunakannya, saya memang puas hati dengan kualitinya yang tip-top dan paling penting ianya memberi rasa kepuasan dan keselesaan.
Keterangan lanjut boleh layari:
Tidur selesa, bangkit ceria!
Impian Jadi Kenyataan | Saya Memenangi Tilam King Koil
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 22, 2019
Rating:
Pasni pasti tidor suami dan anak anak termasuk Ayu lena diulit mimpi indah kan? Tahniah rezeki hujung tabun.
ReplyDeletetahniah kak ayue.. makin lena tidur atas tilam baru ni. masuk bilik sendiri macam check in hotel 5 bintang lah ye
ReplyDeleteTahniah Acik KOL ayue. Memang meletup sebab menang tilam yang besar dan mahal sebegini. Rawlins pun teringin nak menang gak. Macam nak masuk lebih banyak competitioin je pasni.
ReplyDeleteallah, rezeki kak ayu ! best lah dapat tilam baru. makin lena tidur. sat lagi mengarang entry atas katil je lah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWowww bestnye. Bertuah badan. Rezeki menang tilam king koil. Lena la tido atas tilam baru ye. Rajin masuk competition. Biasa marina masuk competition jarangla jadi pemenang. Haha
ReplyDeleteWah! Rezeki tahniah. Best sangat tu tilam king koil.
ReplyDeleteCantik tilam king koil..best dapat hadiah tilam ni
ReplyDeleteWah bestnya. Ada tilam baru nak nak King Koil.. Mmg nyenyak tidur la atas tilam empuk.. AM pun guna tilam King Koil gak.. So far mmg AM puas hati
ReplyDeleteWah bestnya. Ada tilam baru nak nak King Koil.. Mmg nyenyak tidur la atas tilam empuk.. AM pun guna tilam King Koil gak.. So far mmg AM puas hati
ReplyDeletewah.. betul2 murah rezeki menang katil dari king koil ni. selesa habis la tidur lepas ni.. Nak jgk la join contest kalau ada lepas ni. mana tahu rezeki terpijak kan
ReplyDelete