Belanjawan 2020, Sebanyak 20 Juta Untuk E-Sukan Telah Diperuntukkan

Sebanyak RM20 juta Kerajaan Malaysia telah peruntukkan untuk membangun dan menggalakkan E-Sukan di Malaysia. Iaitu penambahan RM10 juta daripada belanjawan tahun sebelumnya. Di mana pada hari ini tidak dinafikan E-Sukan menjadi 'trend' sebagai aktiviti alam maya dan industri yang diminati oleh generasi muda yang melibatkan pembabitan jurutera perisian dan juga pemaju permainan digital.


APA ITU E-SPORT
Untuk pengetahuan semua E-Sukan adalah singkatan kepada perkataan Elektronik-Sukan (Electronic-Sports) didefinisikan juga sebagai Permainan Video Kompetatif (Competative Video Gaming). Nagi permainan ditahap yang lebih tinggi dikenali sebagai Permainan Video Profesional (Profesional Video Gaming) atau Pro-Gaming.                                                                   (sumber : Anakmuda.my)


Sejarah E-Sukan bermula pada 1972 di Stanford University yang telah menarik 10,000 penyertaan, dengan permainan Spacewar ketika itu sebagai platform pertandingan. Bermula dari tahun tersebut, ribuan pertandingan telah diadakan sehingga ke tahap liga profesional yang sekaligus melibatkan kerjasama badan induk sukan dunia.

Pernah didebatkan mengenai kewajaran penggunaan istilah ‘sukan’ untuk E-Sukan. Ini memandangkan E-Sukan tidak melibatkan penggunaan fizikal seperti aktiviti sukan yang lain. Namun istilah ‘sukan’ tetap digunakan kerana E-Sukan sebenarnya seperti sukan yang memerlukan perancangan strategi, pengurusan masa dan kemahiran taktikal.                        (Sumber : Google.com)

POPULARITI SUKAN E-SPORT
Apatah lagi industri sukan ini paling pantas pertumbuhannya sehingga membolehkan menghimpun sehingga hampir beratus juta peminat di seluruh dunia. Lebih mengujakan hadiah pertandingan dan tajaan untuk E-Sukan rata-rata memang mencecah sehingga jutaan ringgit. 
E-Sukan merupakan sebuah industri sukan yang paling pantas pertumbuhannya dengan sejumlah 148 juta peminat dan pemain di seluruh dunia, hadiah pertandingan dan tajaan berjumlah jutaan ringgit. Pertandingan E-Sukan secara langsung (live) juga mempunyai penonton yang sangat ramai. 



Daripada penulisan mengenai E-Sukan di laman web Newzoo, dikatakan seramai 645 juta orang telah menonton acara E-Sukan dari seluruh dunia. Didapati juga penonton tegar E-Sukan adalah sebanyak  57% yang datangnya dari benua Asia Pasifik, ini termasuklah masyarakat Australia, Malaysia dan Asia Tenggara.

Pada tahun 2019 sahaja, keuntungan daripada E-Sukan ini mencapai $1,1Billion dolar Amerika iaitu peningkatan sebanyak 26.7%. . Dan dijangka akan meningkat lagi pada tahun 2020 dan seterusnya. Penajaan didalam sukan ini juga cukup meriah, sehingga mencapai sasaran berjutaan ringgit.
E-Sukan Malaysia
Perkembangan pantas E-Sukan secara tidak langsung mendorong Kerajaan untuk  mengetengahkan cadangan sebuah modul pelajaran E-Sukan bagi menghasilkan para penggiat dan profesional yang berkaitan dengan industri E-Sukan. Sepertimana misi Menteri Belia Dan Sukan sendiri yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Hub E-Sukan di rantau Asia. Ini kerana E-Sukan mampu memberi pulangan yang baik terhadap perkembangan ekonomi negara dengan penglibatan lebih ramai peserta sukan ini dari seluruh dunia.

Malaysia memerlukan lebih ramai atlit E-Sukan berbakat seperti pemain Dota 2, Mushi dan MidOne serta pemain FIFA, Luqman “Fenrir” Haziq. Melalui peruntukan yang telah diberikan. Sekaligus membolehkan kementerian mengadakan lebih banyak liga E-Sukan dan sekaligus menjadi platform untuk mencungkil bakat baru didalam industri sukan ini. Apabila Malaysia mempunyai liga E-Sukan yang stabil, ianya boleh memberi pendedahan kepada atlet E-Sukan untuk bersaing secara kompetitif dalam membantu ekonomi pasukan.

Pembangunan E-Sukan sememangnya sangat pantas, rentetan daripada itu untuk tidak ketinggalan pihak kementerian perlu merangka lebih banyak pelan perancangan dengan mengadakan lebih banyak pertandingan liga E-Sukan seperti Dota 2, Counter-Strike, Mobile Legends: Bang Bang.


#Belanjawan2020
#BelanjawanAnakMuda
#BelanjawanSukanNegara

Belanjawan 2020, Sebanyak 20 Juta Untuk E-Sukan Telah Diperuntukkan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 12, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Baru saya tahu E-Sukan tu apa. Saya ingatkan macam Virtual Run tu. Rupanya online games. Sesuai la ngan minat belia zaman sekarang. Semoga lebih banyak manfaatnya. Biar takde dah mat mat rempit. Hehe

    ReplyDelete
  2. Semoga e-sport makin berkembang di Malaysia. Dan dapat tarik para belia untuk masuk e-sport

    ReplyDelete
  3. Tinggi juga bajet belanjawan untuk sukan. Tak sangka ada juga peruntukan untuk e-sport. Suka pun dah bermacam cabang. Semoga bajat diuruskan dengan telus.

    ReplyDelete
  4. Sekarang memang trend e-sport, belia lebih berminat terhadap sukan electronik and mereka juga boleh menjadikannya sebagai punca pendapatan.

    ReplyDelete
  5. Memang zaman teknologi macam sekarang mmg ramai yang suka e-sport. Bagus ada peruntukkan untuk sukan macam ni sebab bagi peluang pada anak2 muda tunjuk bakat atau kelebihan yang boleh menaikan nama negara

    ReplyDelete
  6. E-sport semakin mendapat perhatian dan sokongan dari pelbagai pihak. Maka parents dah takleh nak komen anak-anak dok main games kan hahaha
    Asalkan parents pun tak menyibuk main games gak

    ReplyDelete
  7. Wah... Dah lama juga ya e-sukan ni... Sejak 1972 gitu... Tak expect pun that long... Anyhow, bagus untuk semua pihak tahu berkenaan bajet ni supaya dapat menetapkan hala-tuju seiring dengan penglibatan di dalam bidang tersebut...

    ReplyDelete
  8. esport memang best kalau ada penglibatan kementerian. Hadiah lumayan dan boleh wakil negara. Saya pun suka main game. Nanti bleh join tournament. ahahaa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.