Sambutan World Animal Day 2019 di Sunway Lagoon

World Animal Day adalah hari haiwan antarabangsa yang diraikan pada setiap 4 Oktober dengan objektif utama untuk memberi kesedaran mengenai kebajikan haiwan. Sambutan tahunan ini bermula sejak tahun 1925 menggabungkan persatuan kebajikan haiwan antarabangsa dengan menggerakkannya menjadi kuasa global untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk semua haiwan. Bertepatan dengan hari istimewa ini, Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon - zoo pendidikan yang interaktif yang mempunyai lebih daripada 140 spesies spesifik haiwan eksotik dan pelbagai jenis burung, ikan, reptilia dan mamalia dari seluruh dunia telah mengadakan kempen khas untuk menggalakkan pengunjungnya bersama-sama merealisasikan ke arah kehidupan yang lebih mampan

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Taman Hidupan Liar di Sunway Lagoon telah meningkatkan usaha ke arah menjadi lebih mampan. Antaranya, Sunway Lagoon mengumumkan sokongannya kepada dua daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 


“For World Animal Day this year, we wanted to create an experience where people of all ages can enjoy the Wildlife Park, while learning more about how they can play a role in protecting our environment. All this ties in with our commitment to be more responsible and sustainable, yet presenting a unique and exciting opportunity for the public to enjoy, especially the younger ones, because they are the future of our planet, and will take on the baton towards environmental conservation,”
Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon. 

Untuk sambutan Hari Haiwan Seduniat ahun ini Sunway Lagoon telah mengumumkan projek pengambilan " adopting " haiwan tuntung dari Turtle Conservation Society of Malaysia sebagai sokongan terhadap kerja pemuliharaan untuk tuntung di negara ini.
“The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles. With the same goal in mind, we are extremely honoured to have the opportunity to work with Sunway Lagoon on this project” 
Dr Chen Pelf Nyok, pengasas bersama Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia. 

Sunway Lagoon juga akan membina kandang kambing 'pygmy' di Pet Village yang dibuat daripada Ecobricks. Dijangkakan kandang Ecobricks ini akan menggunakan kira-kira 1000 botol air mineral yang dikumpulkan dari tong kitar semula di taman itu. Setiap Ecobrick mengandungi kira-kira 200g sisa plastik tidak boleh dikitar semula. Dengan jumlah Ecobricks, Projek ini bertujuan untuk menjimatkan sampah kira-kira 200kg plastik tidak boleh dikitar semula dari tapak pelupusan sampah. Pelncaran projek ini dijangkakan akan diadakan pada Hari Bumi Sedunia tahun hadapan. 

Pengunjung Taman taman tema Sunway Lagoon boleh menyertai pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dirancang khas bersempena dengan Hari Haiwan Sedunia. Antara aktiviti yang disediakan seperti bengkel membuat Ecobrick, bengkel 'take home garden', bermesra dengan Bani the Wildlife Park ambassador, pameran dari Jabatan Hidupan Liar dan Kebangsaan Taman (PERHILITAN), dan Papan Khas Ikrar Bumi, di mana pengunjung boleh memberikan ikrar mereka untuk mengurangkan penggunaan plastik (single use).

*****

Dan pada hari Sabtu yang lepas saya dan anak-anak telah dijemput oleh pihak Sunway Lagoon untuk menyertai Program 'Enrichment' dengan berpeluang menyediakan makanan untuk haiwan yang terpilih Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon. Kumpulan kami (saya dan Sherry) telah ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk haiwan otter (memerang).

Namun apa yang lebih menarik untuk menyediakan tempat makanan istimewa untuk otter ini kami perlu menjalankan satu misi. Di mana terdapat 7 check point yang perlu kami terjah dan membuat segala tugasan yang diberikan. Untuk setiap tugasan yang selesai kami akan diberikan satu 'item enrichment'.

Misi pertama : "Take Home Garden" . Di mana kami perlu menanam menggunakan benih tanaman, baja kompos dan tanah yang disediakan.

Misi Kedua : Tiru gaya haiwan guinea pig (aksi adalah bergantung kepada kad yang kita pilih). Sangat comel apabila melihat anak-anak dan ibubapa bersungguh melakukan tugasan ini. Hahahaha.

Misi Ketiga : Cari gambar haiwan yang menikmati cacing. Macam game fear factor, hahahah. Dan memang menguji keberanian untuk menyeluk tangan ke dalam bekas cacing yang banyak dan masih hidup untuk mencari kad. Nampak mudah tetapi ianya bergantung kepada nasib juga. Ini kerana adakalanya kita akan dapat kad binatang seperti harimau, kerbau dan lain-lain. Dan kita perlu terus mencari sehingga jumpa hawian seperti burung dan sebagainya (pemakan cacing).

Misi Keempat : Menyusun barang sepanjang yang mungkin sehingga 5.5 meter. Ini adalah berdasarkan kepada fakta yang mana haiwan cheetah boleh melompat sehingga 5.5 meter jauhnya. Aktiviti ini memerlukan kami sekumpulan bekerjasama menyusun menggunakan apa sahaja barang yang ada untuk mencapai kepanjangan tersebut.

Misi Kelima : "Solved Puzzle". Ada 2 puzzle yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan.

Misi Keenam : Buat 3 tanda 'spot' di 3 orang ahli kumpulan. 3 tanda 'spot' tersebut adalah jaguar, cheetah dan leapord. Memang 'fun' sangat time ni, hehehe. Sambil melukis sambil mengenal perbezaan 'spot' yang ada pada 3 haiwan ini.



Misi Ketujuh : Bina "Ecobrick". Dengan memasukkan plastik ke dalam botol sehingga betul-betul mendap. Kita akan dapat bekas air yang dimasukkan plastik akan betul-betul menjadi keras dan tegap. Misi kami hanyalah menyediakan 6 "Ecobrick".

Misi Terakhir : Membuat tempat makanan otter menggunakan enrichment item yang diperolehi dari setiap check point. Aktiviti ini memang memerlukan daya kreativiti dalam menghasilkan sesuatu yang dapat menarik perhatian 'otter'. Kita kena tahu sifat dan fizikal otter itu terlebih dahulu. Dan saya difahamkan haiwan otter sangat bijak dan mempunyai tangan yang agak kecil. 
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memupuk semangat kerjasama di antara ahli kumpulan terutama didalam menjayakan satu-satu misi. Paling menyeronokkan saya, Sherry dan anak-anak dapat belajar banyak perkara tentang habitat, sifat dan banyak lagi haiwan di Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon. Terima kasih Sunway Lagoon di atas jemputan :-)

Keterangan lanjut boleh hubungi :
603 5639 0000

ataupun layari ;

Credit Some Pictures to Sherry Go 
Sambutan World Animal Day 2019 di Sunway Lagoon Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 07, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Kenapa kandang kambing dipanggil “pygmy’ ya...patut ‘sheepmy’ ke barulah sedap sikit sebut hihi....

    ReplyDelete
  2. Bagusnya dpt buat aktiviti ngn ank2..menarik sgt..hope dpt join suatu hari nnt..

    ReplyDelete
  3. Nampknya ada banyak aktiviti bersama-sama kanak-kanak. Ia dapat memupuk sifat kerjasama dan pada waktu sama boleh berkenalan sesama satu sama lain

    ReplyDelete
  4. paling seronok kanak-kanaklah part binatang ni kan, ini kalau anak saya pun layan habis ni tak kira besar ke yang si kecik sama-sama suka tengok haiwan. Syok juga tempat dia ni

    ReplyDelete
  5. Baru saya tahu ada juga hari memperingati haiwan. Saya memang pencinta haiwan dan Wildlife Park Sunway Lagoon ni pun saya dah pernah datang banyak kali dah. Anak-anak saya cukup suka. Syabas Sunway Lagoon sebab selalu aktif & passionate dengan haiwan.

    ReplyDelete
  6. waa pantas. baru tengok kat ig dah ada kat blog. hehe. best kan kat sunway ni semua ada. berbaloi dengan harga tiket.

    ReplyDelete
  7. Bagus pendedahan aktiviti camni. Anak2 boleh belajar sesuatu ilmu. Misi ketiga tu agak menggelikan nak seluk. Hahaha. Akak memang buat ke? Memwng hebat lah

    ReplyDelete
  8. Wah.... Tahniah Sunway Lagoon. Bagus inisiatif yang di usahakan. Aktiviti.tu best sangat laaaa. Bagus ni bawak anak² explore, bermain sambil belajar. Beruntung nya dapat join...

    ReplyDelete
  9. eeee...gelinye nak seluk tangan dalam bekas yang penuh cacing tu..apa pun semua aktiviti bestlah.syabas dan tahniah kepada pihak Sunway Lagoon atas inisiatif dan usaha murni mengadakan kempen khas untuk menggalakkan pengunjungnya bersama-sama merealisasikan ke arah kehidupan yang lebih mampan.

    ReplyDelete
  10. Menarik semua aktiviti tu. Elok sangat usaha pihak Sunway Lagoon ni. Banyak perkara boleh belajar daripadanya

    ReplyDelete
  11. Bagus sungguh aktiviti ni... di samping dapat mencetus pengetahuan baru kepada anak-anak, juga dapat memberikan suatu pengalaman untuk mereka rasa sendiri secara live penjagaan juga segala perkara berkaitan haiwan... bravo to Sunway Lagoon and the entire team...

    ReplyDelete
  12. menariklah program2 dekat sunway lagoon skrg nie ya. no wonderlah tak pernah lengang. manjang ada je pengunjung. nanti nak pergilah bawak budak2 mesti dorg suka

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat buat aktiviti mcm ni dengan anak-anak. Sis dah lama tinggalkan semua ni sb anak2 dah besar, tapi kecik2 dulu ada gak lah bwk diaorg tempat2 mcm ni dlm dn luar negara

    ReplyDelete
  14. bagus nya buat aktiviti ni ..beri kesedaran kepada orang awam tentang hidupan haiwan..anak-anak pun seronok...

    ReplyDelete
  15. Nak cari apa dalam kotak cacing tu. Gelinya lahai. Memang mencabar ye task dia. Cuti ni boleh bawak adik-adik pi Sunway lagoon. Mesti dorang seronok belajar pasal haiwan

    ReplyDelete
  16. Menariknya aktiviti ni, selain dapat belajar tentang alam sekitar dn dunia haiwan, dapat juga main fear factor. Haha. Kalau saya mmg tak boleh dengan cacing tu. Haha dari dulu lgi mmgg geli.

    ReplyDelete
  17. amboi kak ayue seronok bawa family pergi sunway lagoon. BBL sendiri excited tengok haiwan dalam zoo sunway tu. bagus tuk educate generasi muda tentang pentingnya jaga alam semualajadi

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dapat join event macam ni. Bawa anak-anak lagi confirm diaorang suka

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.