Pertandingan Bayi Merangkak Bersama Pipipau di TCE Baby Expo MITEC

Pada 29 September 2019 yang lepas saya sempat MITEC bersempena dengan TCE Baby Expo. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediaan oleh pihak penganjur. Dan antara yang menarik perhatian saya adalah PERTANDINGAN BAYI MERANGKAK BERSAMA PIPIPAU.


Pertandingan ini adalah terbuka untuk semua bayi yang masih merangkak dan untuk menyertainya tiada yuran dikenakan cuma hanya perlu berbelanja min RM30 apa-apa produk di booth #88 Pipipau. Ianya bertemakan "SUPERHERO" yang mana digalakkan bayi yang menyertai memakai pakaian seperti super hero.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah seperti:
Champion: RM200 cash + Hamper 2) 
Second Place: RM100 cash + Hamper 3) 
Third Place: RM50 cash + Hamper + 4) 
Special award "Superhero Special Award" : RM50 cash

Penerangan ringkas dari Puan Lydia Jominin  selaku CEO of Ayden Global Sdn Bhd tentang perjalanan bisnes Pipipau dan juga produk-produk yang ada ditawarkan. Produk Pipipau menawarkan produk makanan bernutrisi yang sesuai dinikmati mengikut peringkat umur anak.

Sebelum acara pertandingan dimulakan satu perjanjian diantara AYDEN GLOBAL SDN BHD & SUMMER SKY CO., LTD. (Thailand) telah berlangsung.Di mana AGSB telah dilantik sebagai pengedar tunggal produk ‘Be Delight’ & ‘Sweet Pea’ dari Thailand di Malaysia.  Tandatangan perjanjian ini telah dilakukan diantara Mr Prapan Koolhiran (Managing Director of Summer Sky Co., LTD) dan Puan Lydia Jominin (CEO of Ayden Global Sdn Bhd ).

Pertandingan ini dijalankan kepada 3 pusingan. Dan setiap kali pusingan pasti ada seorang bayi yang akan berjaya menempatkan diri ke acara akhir. Pelbagai reaksi dan keletah anak-anak yang dapat kita lihat sepanjang pertandingan ini.Memang comel sangat!!




Dan akhirnya top 3 telah dikenal pasti dan mereka berentap untuk menentukan kedudukan tempat.

Pemenang hadiah utama, tempat kedua dan ketiga serta pemenang kategori istimewa. Tahniah diucapkan.

Tahniah juga buat semua bayi yang menyertai.

Tahniah juga atas kerjasama yang terjalin. Moga terus sukses dalam menawarkan produk bayi/kanak yang terbaik buat pelanggan-pelanggan di Malaysia :-)

Pertandingan Bayi Merangkak Bersama Pipipau di TCE Baby Expo MITEC Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 06, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.