Majlis Penyampaian Hadiah "Dream Drive Shop & Win"

Sebagai pengunjung setia Lulu Hypermarket & Department Store tentunya saya teruja kalau dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah yang dianjurkan. Dan baru-baru ini Lulu Hypermarket & Department Store telah mengadakan Peraduan "Dream Drive Shop & Win". Di mana setiap pelanggan yang berbelanja RM50 ke atas dalam satu resit akan menerima kupon cabutan bertuah. 

Peraduan ini adalah melibatkan dua cawangan Lulu Hypermarket & Department Store iaitu di Capsquare KL dan 1 Shamelin Mall. Dan ini merupakan tahun kedua penganjuran peraduan "Dream Drive Shop & Win" dari Lulu Hypermarket & Department Store. Peraduan dibahagikan kepada 2 sesi pemilihan pemenang iaitu 5 Julai dan juga 6 September 2019. Seterusnya majlis pengumuman pemenang peraduan telah diadakan pada 28 September 2019 dengan dihadiri semua pemenang bertuah.


Bagi meredakan debaran pengumuman pemenang, kami telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan seperti tarian india klasik, tarian joget melayu dan juga tarian tradisi masyarakat cina. Selain itu, turut membuat persembahan adalah ahli magis yang cukup berbakat dari Malaysia.

Untuk tahun ini hadiah ditawarkan lebih lumayan berbanding dengan tahun lepas. Antaranya seperti 2 buah kereta Proton X70, 6 buah iPhone Plus, TV Toshiba 49' dan voucher Lulu untuk 100 pemenang bertuah.

 Siapa sangka si cilik ini memenangi TV!

Berikut adalah pemenang hadiah TV 49" jenama Toshiba
1) Nur Adawiyah Bt Mohd Nasir
2) Sipinapa
3) Saw Wan Ying
4) Surina Yeo
5) En Yahya
6) Anoj Joseph


Manakala pemenang hadiah Apple iPhone 7Plus
1) Faizan Farooq Siddiqui
2) Rana
3) Ho Foong Lian
4) Nur Syazwani Afiqah Bt Mohd Nazri
5) Soh Bau Lai
6) Kelly Lim


Pemenang hadiah utama Kereta Proton X70
1) Khairul Hilmi
2) Roslee Bin Misman

Daripada 250,000 jumlah penyertaan dan ini adalah pemenang utamanya. Syabas diucapkan.

Majlis yang berakhir lewat petang ini juga meriah dengan kehadiran selebriti Amber Chia sebagai tetamu jemputan, rakan media, blogger dan pengunjung setia Lulu Hypermarket.

Moga pada tahun-tahun akan datang pihak Lulu Hypermarket akan menganjurkan lagi peraduan seperti ini dengan menawarkan hadiah yang lebih lumayan!

Dan jangan lupa untuk terus menyokong Lulu Hypermarket ya! Beberapa cawangan baru bakal di buka di beberapa lokasi seperti Setia City Mall, Bangi Gateway Bachang Melaka dan juga Johor Bahru. Wow! Memang best :-)

Segala informasi terkini boleh layari :-
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermarketkl
Majlis Penyampaian Hadiah "Dream Drive Shop & Win" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 01, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.