Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019

Cube Open 2019 anjuran Beaconhouse 2019 telah berlangsung dengan meriah apabila terdapat ramai pemain 'cube' yang mahir menyertai pertandingan yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2019 baru-baru ini. Apa yang menarik pertandingan 'Cube' ini bukan sahaja disertai wakil dari Malaysia bahkan dari seluruh dunia seperti Australia (ibusyurga), Singapura, Indonesia, Thailand, India, Filipina, Taiwan, Korea dan Amerika Syarikat (US).

Dan Beaconhouse Malaysia menganjurkan pertandingan ini secara bersama dengan World Cube Association. Melalui pertandingan berprestij ini secara tidak langsung dapat  menggalakkan peserta untuk merangka strategi dan penyelesaian logik yang memerlukan kesabaran untuk menyelesaikannya.


Menurut Nicki Coombs (Executive Vice Principal Beaconhouse Sri Inai International School);
 "Beaconhouse is proud to have hosted this epic cube competition drawing in participation from enthusiasts across the globe. We have always been focused on holistic development and this was a great opportunity to empower children to continue t pursue their passion".

Terdapat beberapa kategori (disiplin) yang ditawarkan, antaranya seperti:-

  • 2 x 2 x 2 cube
  • 3 x 3 x 3 cube
  • 3 x 3 x 3 One handed
  • 4 x 4 x 4 cube
  • 5 x 5 x 5 cube
  • Pyraminx
  • Skewb
  • Megaminx
  • Clock
Tiga pemenang utama dari setiap kategori akan membawa balik medal kemenangan dan juga sijil rasmi penyertaan.


Antara penaja bersama 'The Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019" seperti Mission Foods, JPearly, GoodMorning, Global Nature World dan Arristo Italy.

Ini antara gelagat peserta pertandingan yang mengambil bahagian sedang menunggu giliran untuk bertanding Ramai sebenarnya anak muda yang begitu hebat menyelesaikan 'cube' dalam masa yang singkat. Teruja saya melihat sendiri secara 'live' peserta-peserta bertanding.

Sememangnya terdapat banyak manfaat melalui permainan cubic, Antara yang ketara permainan ini mampu meningkatkan daya ingatan. Seperti yang kita maklum untuk menyelesaikan cube ini ianya memerlukan rumusan dan teknik yang perlu dihafal. Secara tidak langsung kita boleh mendidik ingatan untuk mudah ingat, fokus dan lebih peka.

Syabas Beaconhouse di atas penganjuran pertandingan 'Cube Open 2019'. Acara sukses yang menghimpunkan ramai pemain 'cube’' bertaraf antarabangsa.

Keterangan lanjut mengenai Kumpulan Sekolah Beaconhouse, boleh layari:-
Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 15, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. Alo alo comelnya kak ayu kita ni gambar last tu rasa nak cubit je pipi hoho! Btw, Yaya memang kagum dengan orang lagi-lagi budak muda dari yaya yang pandai dan arif main cubic ni! Sedara yaya pandai main tak kira la kita pusing macam mana pun sekejap dia settle memang rasa wow sangat. Selalunya orang yang pandai matematik diorang pandai main cubic! Teori yaya je la tapi rasanya betul hahaha

    ReplyDelete
  2. dari kecik sampai leni tak pernah pandai main menda ni. tapi memang menguji minda. nampak bijak sangat kalau dapat selesaikan ni.

    ReplyDelete
  3. seriousla aku sendiri langsung tak reti main cubic ni, pusing 80 kali pun aku still kat situ jugak hehehhe. tapi nowdays ni bebudak ni memang pandai lah, ajar 1-2 kali then terus jadi pandai.

    ReplyDelete
  4. Cubic.. hmm benda ni la buat Qiss rasa nak campak ke dinding. Tak pernah nya jadi kalau buat. Tengok bebudak ni selesaikan nampak senang. Ok. Lepas ni kena praktis lah

    ReplyDelete
  5. anak anak saya pun ada juga main cubic ni suka-suka, selain kepantasan yang utama kene faham macamana nak samakan warna tu kan. yang pasti maknya memang sepatah haram pun tak reti hahaha

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kecik kecik mmg gila main benda alah ni... suka sangat. Dah turunkan dekat anak sekejap je dia minat huhuhu

    ReplyDelete
  7. BBL sampai sekarang tak boleh solve cubic ni. memang fail. salute la budak-budak zaman sekarang boleh pro bab benda alah. memang surrender dulu la.. haha

    ReplyDelete
  8. Orang yang main ni mesti penyabar orangnya. Kak memang bole pusing pusing tp nk habiskannya memang x sabar haha... last last give up.

    ReplyDelete
  9. Saya ada anak sedara yang pandai main cubic ni. Cepat betul dia solve tapi untuk pertandingan maybe belum layak lagi kot sebab yang masuk bertanding ni confirm lagi pantas ^_^

    ReplyDelete
  10. AM mmg xreti main cubic nie.. Sampai sekarang xreti camna nak solve.. Tapi selalu n rasa seronok bila tgk org lain berjaya solve kan cubic nie.

    ReplyDelete
  11. amni failed cubic ni.adik amninsap2 terus siap eh.bijak naw la dia tu hahaha.akak dah cuba buatke cubic ni?

    ReplyDelete
  12. dulu masa saya sekolah ada satu trend main cubic ni. mmg boleh nampak ek hulu ke hilir semua orang main cubic ni. haha. dekat asrama, dalam kelas, semuanyalah. boleh dikatakan semua orang pandai main. sekarang pun saya masih ingat lagi.

    ReplyDelete
  13. Bagi saya orang yang mampu selesaikan cube rubic ni memang power, no doubt about it. Saya nak selesaikan satu warna pun dah susah, apakan lagi satu cube.

    ReplyDelete
  14. Aduh saya nak buat satu warna pun tak pernah berjaya. Serius tak pandai dan tak reti. Ni championship di antara yang terhebat di dunia pulak! Pergh. I surrender awal-awal. Hebatnya mereka senuaaa!

    ReplyDelete
  15. Tahniah penganjur yg menganjurkan pertandingan ni..mmg permainan ni menguji minda...tahniah kepada peserta

    ReplyDelete
  16. This looks fun! Thanks for sharing! If i am smart enough, I am so going to join!

    ReplyDelete
  17. Memang fail kalau main cube ni. Kalau for fun okaylah kalau ak join contest abislah.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.