THOMAS & FRIENDS™ KINI TERCATAT DIDALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS




Thomas & Friends™ menderu penuh berkuasa ke halaman Malaysia Book of Records dengan Diorama Terbesar Thomas & Friends™. Pameran menakjubkan seluas 50 meter persegi ini – dibina sempena pelancaran koleksi terbaharu Thomas & Friends™TrackMaster™- boleh ditemui di Ground Floor Centre Court, Old Wing di 1 Utama Shopping Centre dari 25 Mei ke 10 Jun 2019. Jika anda merancang untuk membawa anak-anak anda mengembara pada cuti sekolah kali ini, lawatilah Thomas’ Holiday Adventure untuk hari yang penuh hiburan dan aksi pengembaraan.

“Dengan gigih dan cekal kami berjaya membina diorama terbesar menggunakan set-set Thomas &
Friends™ TrackMaster™ hingga diabadikan dalam Malaysia Book of Records. Dengan kejayaan ini
kami bertekad akan terus membantu merangsang imaginasi kanak-kanak dalam dunia yang lebih besar di sekeliling mereka melalui permainan keretapi yang hebat dan mengagumkan. Kami berharap kesemua jurutera cilik di seluruh negara akan mempelajari kepentingan ikatan persahabatan dan
kerja berkumpulan bersama Thomas melalui pengembaraan zaman kanak-kanak yang mengujakan,”
kata Ho Shu Ting, Pegawai Pemasaran untuk unit Prasekolah & Bayi di Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. (Mattel).

Diorama yang memecahkan rekod ini dijayakan dengan pelancaran koleksi terbaharu Thomas & Friends™ TrackMaster™. Koleksi terbaharu ini menawarkan sistem trek keretapi dengan kuasa bateri yang boleh disesuaikan dan penyambungan antara trek yang membolehkan jurutera trek menyuai padan beberapa kotak set koleksi ini kepada sebuah dunia besar yang saling berhubung.

Thomas & Friends™ TrackMaster™ bertujuan menggalakkan kreativiti dan merangsang peminat-peminat untuk mencipta dunia Thomas mereka sendiri dengan enjin baharu, trek baharu dan inovasi pelan baharu sebagai tambahan kepada set sedia ada sepanjang tahun.

Baru-baru ini Thomas meraikan ulang tahun ke-74 sejak mula menghiburkan kanak-kanak sedunia dari Pulau Sodor. Bersama Thomas & Friends™ TrackMaster™, pasukan baharu keretapi wap
(Thomas, Percy, James, Gordon, Nia, Rebecca dan Emily) akan meneruskan momentum Thomas’
Global Adventures dengan memastikan keterangkuman dan komunikasi lebih meluas kepada audien
di seluruh dunia.

Sempena sambutan ulang tahunnya, Thomas menjemput peminat-peminat untuk menikmati diorama
terbesar Thomas & Friends™ dan melihat Thomas & Friends™ TrackMaster™ beraksi di 1 Utama Shopping Centre. Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, di antara 25 Mei hingga 10 Jun 2019, kanak-kanak boleh bertemu dan menaiki replika saiz besar Thomas dan kawan-kawan dan merasai
pengalaman melalui terowong unik bercahaya-dalam-gelap serta melihat Thomas memecut ke serata
dunia dalam diorama yang memecahkan rekod ini.

Selain daripada pameran bergerak, peminat-peminat di Malaysia boleh mendapatkan set-set Thomas
& Friends™ TrackMaster™ mereka sendiri di kedai-kedai permainan utama, kompleks membeli-belah serta platform e-dagang. Mereka juga boleh melawat laman Facebook Thomas & Friends
(https://www.facebook.com/sea.thomasandfriends) untuk mempelajari lebih banyak tentang Thomas.
THOMAS & FRIENDS™ KINI TERCATAT DIDALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 09, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.